◆♔42♔◆

1.2K 138 47
                                    

Yugyeom menyilangkan kaki sambil menyisip cecair merah wain seraya matanya merenung ke arah beberapa tayangan slide yang terpapar di krin meja. Setahu mereka, tepat pada pukul 2 petang, Queen kepada Hera Rose akan bertolak ke tempat Black Ares bagi sesuatu perbincangan?

Dia perlu tahu. Yugyeom membuka paparan seterusnya yang menayangkan suasana pekarangan kawasan yang dikuasai Hera Rose. Dia memerlukan pakar hacker Zeus untuk mengesan pergerakan puak itu ke tempat Black Ares.

Jadi, mereka boleh merancang semula misi baru untuk memburu seseorang yang mereka tercari-cari selama ini.




"Apa yang kau fikir-fikirkan tu? Hampir dua minit kau tak berkelip mata, serem aku.", tegur salah seorang ahli Zeus ke arah timbalan King tersebut. Apa yang difikirkan huh? Selepas mereka berkunjung ke kelab malam milik Hera Rose, ada sesuatu pula yang datang mengelirukan kepala masing-masing.

King Zeus mengarahkan mereka untuk bertemu dengan Queen Hera Rose bagi menyampaikan satu pesanan. Ia berkaitan dengan penjagaan rahsia di antara kedua-dua ketua tersebut. Yugyeom dan ahli Zeus yang lain belum tahu, rahsia apa duh? Mereka hanya menjalankan tugas.


Kalau Queen Hera Rose terus berusaha untuk bongkarkan rahsia tersebut, nasib buruk lah jawapannya untuk nyawa wanita itu termasuk anak buahnya yang lain. Itu sebab Zeus menculik Beomgyu, katanya budak tu tahu segala rahsia.


Beomgyu masih hidup, mungkin perlu diseksa sedikit untuk memaksanya untuk bercakap. Luahkan segala apa yang dirahsiakan bersama Queen bagi puak wanita itu, namun lelaki itu tetap membisukan diri. Beomgyu kemudiannya akan dijadikan sebagai tebusan.




"Kita buat semua ni tanpa sebab? Kita dah seksa budak tu, kita dah usaha nak jumpa Queen Hera Rose tapi tak jumpa jugak. Kita still tak tau apa rahsia King dengan perempuan tu. Apa rahsia diorang? Jap aku tak faham.", rungut Yugyeom sambil mengurut dahi sendiri. Sebilangan ahli Zeus yang turut berada di situ saling berpandangan.


"He's our King. Kita buat je apa yang disuruh.", balas Lucas, salah seorang daripada puak yang terbahaya itu. Yugyeom kembali mengeluh, tapi sekurang-kurangnya mereka perlu tahu apa rahsia di antara King Zeus itu sendiri. Tak boleh juga kalau menyakiti orang lain tanpa sebab yang kukuh bukan?


"So apa plan King kalau si Queen Hera Rose ingkar jugak untuk bocorkan rahsia diorang berdua tu?", soal Yugyeom kembali ke arah mereka yang lain. Ada yang tersenyum sinis malah mengangguk sekali. Sekeping kad diletakkan di hadapan Yugyeom dengan tertulisnya satu perkataan.





"Kill?"


"Kita mesti bunuh dia."



______◆♔◆______

Lisa memimpin Haeri masuk ke dalam kereta, sejak dari tadi riak wajahnya begitu muram. Lisa tak senang hati, sudah beberapa kali pujukan diberikan kepada si ketua itu namun tidak membuahkan hasil.

"Saya tak rasa Miss akan selamat di sana.", ujar Lisa sambil tangannya menahan pintu kereta sebelum ia ditutup.

"Trust me. Aku pergi ada tujuan yang baik. Aku perlu hulurkan bantuan untuk anak-anak kakak aku. Diorang perlukan bantuan aku.", balas Haeri tenang.


"Macam mana dengan King Black Ares? Bukannya Miss sendiri tak mahu bersemuka dengan lelaki tak guna tu?", bentak Lisa semula. Iya lah kan, selama ni Haeri tidak terdetik langsung nak bantu anak kepada mendiang kakaknya sendiri disebabkan Lee Dong Hyeong. Sejak kedatangan semula lelaki durjana itu, fikiran Haeri kian berubah.


°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now