Kalini Angela pula yang menangis. Segera Naura menarik hantu itu ke dalam dakapan dan cuba untuk menenangkannya. Dia memohon maaf kerana menyalahkan Angela dan membela orang yang jahat.

"MIN YOONGI! KAU KAT MANA!! TUAN LEON DAH TUNGGU KAU LAMA TAHU TAK?!" Laung Namjoon memanggil rakan sekerjanya. Dia berjalan perlahan-lahan di lorong gelap sambil tangannya meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. Lantas Angela menekup mulutnya dan sebelah tangannya lagi naik menekup mulut Naura. Mereka bersembunyi di sebalik dinding berdekatan dengan Yoongi.

Tik!

Tik!

Kerutan di dahi Namjoon terbentuk. Dia menekan suis lampu berkali-kali namun ia tetap sama. Suasana di lorong bawah tanah tersebut gelap-gelita tanpa sebarang cahaya yang menembusi dinding. Dia meraba-raba suit-nya lalu mengeluarkan telefon canggih miliknya. Lampu dari telefon dibukanya dan menyuluh ke segenap kawasan.

"Oh..patutlah lampu tak boleh terbuka, terbakar rupanya. Tapi..peliklah kenapa semua lampu terbakar serentak?" Namjoon berteka-teki. Sambil fikirannya melayang tentang lampu di dinding yang terbakar, dia melangkah maju ke depan sambil menyuluh setiap lampu yang berada di dinding batu tersebut.

Tiba-tiba dia merasakan kakinya seperti memijak air. Ada kebocoran ke? Segera dia menyuluh lampu ke arah lantai. Dia melutut satu kaki sambil mengamati cecair yang berada di lantai. Jari telunjuk kanan dan jari hantu dirapatkan lalu dia menyeret sedikit cecair di atas lantai yang  tersebut seraya naik semula dan diletakkan di bawah hidung.

"Ini bukan air paip yang bocor, ni darah..mana datang darah ni?" Soal Namjoon pada dirinya sendiri. Dia mahu mencari jawapan yang sebenar. Lampu suluh dari telefon canggihnya digerakkan ke depan lalu dia bangun dan mengikuti darah tersebut sehinggalah tiba ke hujung lorong.

Perlahan-lahan lampu dari telefonnya digerakkan ke atas dan dia terjerit kecil lalu melangkah ke belakang beberapa tapak. Kelihatan biji mata Yoongi sudah jatuh ke lantai manakala tubuhnya melekat pada dinding dengan darah yang berlumuran jatuh membasahi lantai tingkat bawah tanah.

Namjoon terpempan dengan apa yang dilihatnya. Dia perasan, Yoongi masih lagi bernafas tapi kadar denyutan jantungnya sangat lemah. Mesti sakit apa yang dialami lelaki itu. Mahu saja dia bertanya keadaan Yoongi namun dia terdiam sekali lagi apabila melihat mulut Yoongi yang telah dijahit dengan dawai. Sungguh kejam orang yang menganaiyai lelaki tersebut.

"Y—Yoongi..m..macam mana kau boleh jadi macam ni?—"

"Aku yang buat. Kenapa? Kau nak jadi macam dia juga?" Celah Angela keluar dari tempat persembunyiannya manakala Naura masih lagi diam tanpa rasa ingin mengikuti langkah hantu itu. Namjoon terkejut dan terkebelakang. Dadanya diurut kerana debaran kuat terasa. Dia tahu Angela sangat bahaya jika hantu itu menjadi kuat.

"Kenapa kau buat dia macamtu ha?!" Marah Namjoon. Tubuhnya menggigil-gigil apabila Angela menapak ke depan menghampirinya. Lantas dia melangkah satu kaki kebelakang. Angela juga maju selangkah ke depan.

"Berhenti! Aku cakap berhenti!" Arah Namjoon tegas. Dia mahu mengeluarkan kuasanya namun dia terus terlupa tentang hal tersebut lagi-lagi dalam keadaan macam ni membuatkan dia hampir terkucil.

"Kalau aku taknak?" Soal Angela bermain kata. Namjoon melangkah lagi kebelakang dan kebelakang sehingga tubuhnya bersentuhan dengan dinding batu. Dia meneguk liurnya kelat. Waktu-waktu macam nilah ada dinding dekat belakang..

Angela menghampiri Namjoon dan berdiri tepat di depan lelaki itu. Ketinggiannya hanya separas dada Namjoon saja. Angela menarik senyuman manis namun bagi Namjoon ia amat mengerikan.

Jika Yoongi dia lakukan dengan kejam dan tidak berhati perut, Namjoon pula akan dilakukan dengan cara paling halus dan menggoda. Angela dan Namjoon bertatapan antara satu sama lain. Jantung lelaki itu berdegup dengan laju apabila Angela menarik telefonnya lalu dicampak ke lantai.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now