2🌟

568 127 5
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Jimin yang duduk di barisan belakang hanya menongkat dagu mendengar bebelan dari pensyarah bidang multimedianya.

Bosan. Sudah 2 jam pensyarahnya itu membebel. Tak penat ke? Kemudian, dia melihat ke arah meja paling hujung di dalam kelas itu.

Terdapat satu-satu rakan hantunya, Angela yang sedang lena dibuai mimpi. Nak teman Jimin tapi dihalau oleh lelaki itu. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan, Angela tidur di salah satu meja kosong yang berada di belakang sekali di dalam kelas itu.

Jimin mengukir senyuman lalu menggeleng berkali-kali. Nasib baiklah tiada orang yang nampak Angela selain dirinya.

"Eherm..Jimin..kamu ada apa-aoa nak cakap ke? Dari tadi tersenyum lepastu geleng sorang-sorang?" Soal pensyarahnya, Puan Seo. Kening wanita itu berkerut memandang Jimin yang duduk di meja belakang dan tidak mahu bersosial dengan mahasiswa dan mahasiswi lain.

"Saem..dia kan ada 'kawan hantu'. Mustahillah dia nak berkawan dengan kami ni. Orang istimewa lah katakan..HAHAHAHA" Kata salah seorang mahasiswa dalam kelas itu, Jung Hoseok. Pelajar terbaik dalam universiti iaitu menyindir orang lain.

Mahasiswa dan mahasiswi lain tergelak besar mendengar pernyataan si lelaki kuat menyindir itu.

Tok! Tok! Tok!

Serta-merta suasana yang bising tadi kembali diam setelah melihat seorang gadis memasuki bilik kuliah tersebut.

"Oh lupa saya nak perkenalkan kepada kamu semua..Naura jemput masuk?" Puan Seo mengukir senyuman manis ke arah Naura yang mula menjejakkan kaki ke dalam kelas tersebut.

Langkah kaki Naura diatur sehingga dirinya berada di sebelah pensyarahnya itu. Segenap kelas itu dilihatnya dari dinding ke dinding sebelum nafas ditarik dalam. Senyuman manis diukir di wajahnya.

"Apa khabar semua. Nama saya Kim Naura. Student baru dari Daegu University. Umur saya 19 tahun. Selamat berkenalan." Naura menundukkan kepala selepas memperkenalkan diri.

Pelajar-pelajar lelaki di dalam kelas itu mula tersengih-sengih. Ada juga yang sedang memandang Naura seperti mahu tembus. Tidak dapat disangkal lagi, Naura Kim mempunyai wajah yang amat cantik bak bidadari syurga.

Warna kulitnya yang putih kemerah-merahan dan berambut hitam lurus sehingga ke paras pinggang. Tubuhnya juga yang seperti model membuatkan dia menjadi kegilaan ramai mahasiswa di Universiti Busan.

 Tubuhnya juga yang seperti model membuatkan dia menjadi kegilaan ramai mahasiswa di Universiti Busan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Naura..kamu boleh duduk sekarang." Arah Puan Seo seraya mengukirkan senyuman manis. Naura mengangguk lalu matanya meliar mencari tempat duduk yang kosong.

"Pweett.." ekor mata Naura berpaling ke arah gerangan yang membuat bunyi siulan tersebut. Kelihatan Jung Hoseok dan Lee Yongbuk sedang mengenyit mata ke arahnya.

Naura berdecit seraya langkah kaki dibuka mencari tempat duduk yang berada di bahagian atas.

"Eherm..boleh saya duduk sini?" Soal Naura lembut setelah berada di hadapan seorang lelaki. Jimin yang hampir tertidur terus mencelikkan mata.

"Ha? A-aku?" Soal Jimin tergagap-gagap. Naura tergelak kecil sebelum mengangguk. Jimin menggaru kepala yang tidak gatal kemudian berdiri memberi ruangan kepada Naura untuk duduk disebelahnya.

"Terima kasih." Kata Naura seraya mengeluarkan bekas pen dan buku nota. Jimin hanya diam sambil matanya memandang ke arah pelajar-pelajar lain.

Mereka memandangnya dengan tatapan yang benci dan tidak puas hati kerana Naura memilih untuk duduk di sebelahnya bukan mereka.

Jimin buat tidak endah sehingga Puan Seo bersuara untuk meneruskan pembelajaran pada hari ini.

💟


Jimin sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Puan Seo. Entah apa yang merasuk wanita itu, dia ingin tugasan ini dihantar esok juga! Sudahlah banyak!

Angela yang berada di sebelah Jimin hanya memerhatikan lelaki itu menyiapkan tugasan. Sekali-sekala keluhan kecil keluar dari mulut lelaki itu.

"Penat?"

Jimin mengangguk seraya membuka cermin mata. Jarinya diletup-letupkan kerana terlalu lama menaip di atas papan kekunci. Kakinya yang sudah kebas diurut-urut.

"Kau nak aku tolong apa-"

"Hi Jimin." Lantas kepala Jimin dan Angela ditoleh memandang ke arah gerangan yang memanggil Jimin.

"H-hi." Jawab Jimin gagap.

"Boleh saya tumpang duduk sini? Nak buat tugasan ni sama-sama dengan awak." Pinta Naura sambil bibirnya mengukir senyuman manis.

"O-oh boleh boleh. Duduklah." Balas Jimin. Angela yang berada di sisi lelaki itu menarik muka masam. Sibuklah minah ni!

"Awak dah siap sampai mana?"

"Baru siap separuh." Jawab Jimin. Angela menolak pipi dalam menggunakan lidah lalu lengan Jimin dicubitnya kuat. Jimin menjerit kesakitan apabila menerima cubitan berbisa dari si hantu.

"Awak ok? Kenapa ni?" Soal Naura cemas. Terkejut dibuatnya apabila Jimin tiba-tiba menjerit.

Lelaki itu mengangguk tanda dia ok. Angela di sebelah dijelingnya sekilas sebelum tumpuannya kembali pada tugasan yang diberi Puan Seo.

"Semaklah perempuan ni! Dia fikir dia cantik ke?! Dengan kau pun nak berkawan! Hee.. Bencilah!" Angela memprotes seraya kaki dihentak-hentakkan di tanah.

Kertas-kertas kerja milik Naura sengaja disepahkannya.

"Maafkan saya. Saya kacau awak berdua ke?" Serta-merta Jimin dan Angela kaku setelah mendengar perkataan 'awak berdua' yang ditutur oleh gadis cantik tersebut.

TBC
☄️

Stay tuned for more chapter❤️ please leave vomments for me..hehehe
♡(> ਊ <)♡

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now