46🌟

258 48 12
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

10.00 p.m.

'Taehyung' melangkah masuk ke dalam bilik pembedahan yang menempatkan Angela, Naura, Puan Kim dan mendiang Tuan Kim. Kelihatan Yeonjun dan Soobin sedang menunggunya untuk memulakan pembedahan ke atas Puan Kim. Taehyung mencapai kot doktor lalu disarungkan pada tubuh badan.

Yeonjun pula menyarungkan sarung tangan pada kedua-dua telapak tangan Taehyung manakala Soobin menyiapkan alatan-alatan pembedahan.

"Dah lama tunggu?"

"Tak lama sangat dalam 10 minit." Balas Yeonjun. Taehyung menganggukkan kepalanya. Dia menatap ke arah Puan Kim dengan riak dingin. Jelas terlihat raut wajah Puan Kim sudah pasrah dan redha saja dengan apa yang bakal ditempuhinya. Kemudian, dia berpaling memandang Naura dan Angela yang berada di dalam kapsul. Wajah 'adiknya' ditatap lama.

'Tae..jangan Tae..aku merayu pada kau tolong lepaskan omma, appa dan aku dari sini. Aku tahu abang aku dengar apa yang aku cakap walaupun badut gila tu ada dalam diri kau. Tae, wake up Tae! Jangan tidur lagi!!'

Rayu Naura dalam hati. Dia tahu 'Taehyung' mendengar rayuannya. Wajah abangnya ditatap penuh harapan dan simpati namun apa yang  dibalas hanyalah senyuman sinis dan mengejek saja. Taehyung berjalan ke arah kabinet lalu pintu kabinet dibuka. Terdapat plastik besar berwarna hitam di dalam kabinet tersebut.

Plastik hitam itu dikeluarkan lalu dibawa ke arah kapsul. Soobin dan Yeonjun hanya diam memerhati tanpa sepatah kata. Angela pula sudah menatap ke arah 'rakannya' dengan pandangan curiga. Kenapa lelaki itu memegang plastik berwarna hitam itu? Apa tujuan sebenarnya?

Taehyung mencampakkan plastik hitam yang beratnya lebih dari 40 kg itu di depan mereka berdua lalu dia melutut satu kaki. Sepasang tangannya mula membuka ikatan plastik hitam tersebut sambil matanya tidak lepas dari memandang segenap wajah Naura yang semakin pucat.

Setelah ikatan plastik dibuka besar, Naura terus menekup mulutnya bersama air mata yang bertakung di tubir mata. Sepasang mata Angela juga terbeliak kerana terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya di depan mata.

"Appa.." Naura mula menangis teresak-esak sambil memegang dinding kapsul yang lutsinar. Walaupun tubuh ayahnya sudah dikerat 14, dia tahu tubuh itu adalah milik Tuan Kim kerana terdapat seutas jam berjenama gucci masih terlilit pada pergelangan kirinya. Jam tersebut merupakan hadiah hari ulang tahun ayahnya yang ke-57 tahun. Dia dan abangnya yang menghadiahkan jam semahal itu.

Terngiang-ngiang mindanya berputar mengingati bagaimana reaksi Tuan Kim sewaktu menerima hadiah limited edition ini dari anak-anak sendiri. Sungguh gembira lelaki tua itu sehingga mengalirkan air mata kegembiraan. Mereka sekeluarga menyambut hari ulang tahun Tuan Kim di hotel lima bintang dan semuanya ditanggung oleh Puan Kim. Betapa gembiranya wajah masing-masing ketika itu.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now