48🌟

267 44 6
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"A—Angela..t—tadi tu..kenapa kau buat dia macamtu?" Soal Naura tergagap-gagap. Jujur dia sangat takut tika ini apabila melihat Angela yang ketawa terbahak-bahak selepas melakukan kejahatan terhadap Yoongi. Angela yang masih tergelak cuba untuk meredakan tawanya kerana dia merasakan Yoongi menjerit meminta pertolongan amat comel dimatanya.

"Ish kau ni..aku main-main je dengan dia tadi. Alah kau ni nanti elok lah dia tu. Tak payah risaulah." Pujuk Angela seraya menepuk belakang Naura seperti mendodoikan anak kecil. Naura terpana. Main-main je? Adakah itu perkara sebegitu boleh dibawa main?

"Itu bukan main-main tapi itu kejam, Angela. Apa yang kau buat tu sangat kejam!" Bidas Naura menyebabkan tawa Angela semata-mata berhenti. Dia mencerlung tajam ke arah gadis itu sambil mengeram geram.

"Oh kejam? Jadi, apa yang dia buat pada aku, kau, Taehyung dan mak bapak kau tak kejamlah? Hei Naura, can you open your eyes this time? Waktu-waktu macam ni kau boleh fikir kejam atau tidak? Kalau dia boleh buat kekejaman ke atas kita, kita pun boleh balas balik apa yang mereka lakukan. Darah dibalas darah. Faham?!" Naura terdiam apabila ditengking sebegitu. Angela mengeram marah. Dia berpaling ke arah lain apabila sekali lagi Naura mula mengalirkan air matanya.

"Naura..aku tahu kau perempuan yang baik, cantik dan sopan. Berbeza sekali dengan aku yang hodoh, selalu dibuli, diejek sewaktu aku masih hidup dulu. Tapi, aku buat semua ni untuk balas dendam kepada sesiapa yang berani buat kekejaman ke atas sahabat-sahabat aku terutamanya Park Jimin—"

Serta-merta Naura mendongak dan menatap wajah pucat Angela yang mula bertakung air mata. Mereka bertatapan mata buat beberapa saat sebelum Angela mencapai telapak tangan Naura. Naura menunduk memandang ke arah telapak tangannya yang digenggam oleh tangan dingin milik Angela. Sejuk. Dia kembali mendongak memandang ke arah gadis itu.

"Biarlah aku protect Jimin dan kau kalini sebelum aku lenyap selama-lamanya dari dunia ni. Jimin sudah menjadi sahabat aku dari dia kecil lagi. Akulah yang tengok dia membesar. Dan kau...kau sangat memahami perasaan aku walaupun kita hidup di zaman yang berbeza. Dan personaliti kau tak lari seperti aku. Ada deria keenam. Dikelilingi dengan budak-budak nakal yang suka membuli dan mengejek kita. Tapi, kau beruntung sebab ada abang seperti Taehyung yang sanggup protect adik dia yang comel ni. Kau juga ada Jimin yang mencintai kau lebih dari diri dia sendiri.

Aku? Pennywise tulah satu-satunya kawan dan sahabat pertama dan terakhir aku. Walaupun dia sebenarnya seram dan suka memenggal kepala budak-budak yang membuli aku, tapi aku tetap sayangkan dia. Selama ni, aku tak pernah rasa ada kawan yang protect aku macam mana Penny protect aku. Sebabtulah aku butakan mata aku bila tengok dia melakukan kejahatan. But now, aku betul-betul kecewa dengan dia bila dia sanggup gunakan badan abang kau untuk lunaskan nafsu dia, sama macam Leon yang berhati iblis dan gila tu!"

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now