47🌟

260 46 7
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Maaf. Aku terlambat ke?" Jimin meluru ke arah kapsul lalu membuka pintu kapsul untuk mengeluarkan Naura dan Angela. Setelah pintu kapsul berjaya terbuka, Jimin terus memeluk roh Angela namun tembus. Dia mengerutkan dahi seraya memandang ke arah Angela dengan tanda tanya. Selama ini, elok saja dia memeluk hantu itu, kenapa sekarang tidak boleh?

"Jimin.." panggil Naura seraya menatap ke arah wajah lelaki itu. Jimin berpaling ke arah Naura buat seketika sebelum kembali menatap Angela.

"Angela..k—kenapa aku tak boleh sentuh kau lagi? Selama ni ok saja kan?"

"Aku sudah disihir, Jimin. Jasad aku pun sudah dijumpai. Sekarang, Leon sedang membuat sesuatu ke atas jasad aku di bilik bawah tanah...sekejap saja lagi, aku..akan jadi milik Leon Javier buat selama-lamanya.." ujar Angela lirih seraya menatap ke dalam sepasang mata Jimin yang berwarna hijau. Mata Jimin mula berkaca-kaca.

"Tak. Aku takkan benarkan itu semua terjadi. Tujuan aku datang ke sini dari jauh dengan nyawa aku yang sentiasa di hujung tanduk, semata-mata nak selamatkan kau sorang saja..bukan orang lain. Hanya Angela Alexender." Bidas Jimin tanpa memandang ke arah Naura yang terdiam kaku. Dia tahu hati gadis itu remuk setelah dia berkata begitu.

"Jimin..hiks..sampai hati awak buat saya macam ni..awak dah tak sayangkan saya ke?" Soal Naura bersama linangan air mata. Sepasang matanya sudah sembab kerana terlalu banyak menangis. Jimin membuat wajah dingin. Tanpa menoleh ke arah Naura yang sedang menatapnya dia berkata..

"Siapa yang tak sayangkan siapa? Siapa yang jadi lupa diri sedangkan aku yang merana seorang diri? Dan..siapa yang ada sewaktu aku susah saja yang patut diselamatkan bukan yang jenis tikam belakang—"

"JIMIN!!"

Naura menarik bahu lelaki itu menyebabkan Jimin berpaling ke arahnya. Jantungnya naik turun menahan amarah.

"Sampai macamtu sekali awak bencikan saya? Awak fikir saya rela ke berkahwin dengan iblis tu?! Setiap tindakan saya semuanya dikawal! Dia pukul saya, sepak terajang saya, langsung tak beri saya makan walaupun sebutir nasi dan dia adalah punca utama keluarga saya jadi renggang dan mati!!" Marah Naura seraya jari telunjuknya ditujukan pada jasad Taehyung yang sudah kaku, mati.

Jimin mendiam. Dia berpaling ke arah lain kerana tidak mahu bertentangan mata dengan sepasang mata Naura yang jelas menunjukkan kekecewaan dan kesedihan. Dia juga rasa bersalah kerana telah membunuh Taehyung. Tapi, apa pilihan yang dia ada? Kalau Taehyung tidak dibunuh, dia akan bergabung dengan Leon Javier untuk menakluki bumi ini.

"Sudah! Sekarang bukan masanya untuk bergaduh! Jimin..aku tahu kau mesti sudah masuk ke alam bunian kan sebab warna mata kau sudah bertukar hijau.." Jimin kembali memandang ke arah Angela dengan riak sedikit terkejut.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now