Daiyan merengus geram dan berlalu mengambil pesanan lelaki tadi. Hud senyum sinis.

Makanan yang dipesan Hud di letak kasar dihadapan lelaki itu. Setelah dia lihat lelaki itu membuka spek mata hitamnya, barulah dia tahu.

Itulah Hud Asyraff. Lelaki yang cuba samannya seminggu yang lalu. Dan hari ini lelaki itu muncul kembali.

Daiyan berlalu dan mengelap meja lain. Belum sempat dia ke meja yang kedua, suara Hud kedengaran lagi.

Semua pelanggan memandang ke arahnya dan Hud. Dee menghentakkan kaki. Apalagi yang mamat ni nak?

"Tak sedaplah the musketeers cake ni. Aku nak salted egg chicken!" Dee terpinga-pinga. The hell. Dia kata tak sedap sedangkan kesemua feedback mengatakan sedap?

"Encik, jangan menyusahkan saya di sini boleh?"

"Cik Daiyan, for your information. Kalau pelanggan you nak apa dia minta, you kena tunaikan. Kalau tak, baik tak payah buka cafe," herdik Hud. Bukan kek itu tidak sedap. Tapi dia saja mahu mengusik gadis itu.

Kebetulan pula Daniel lalu ke kaunter dan melihat adiknya bersama Hud.

"Kenapa pula ni?"

"Kek ni tak sedap," Daniel terkejut. Okay ini pelanggan pertama yang cakap kek tu tak sedap.

"Tak apa, aku tukar dengan yang lain. Kau nak apa?"

"Salted egg chicken!" Daniel berlalu mengambil salted egg chicken untuk Hud. Tetapi malangnya dah habis.

Dia pergi ke meja Hud semula. "Sorry Hud, dah habis!"

"Oh kalau dah habis, suruh adik kau buat lain!" Daniel menghela nafas. Apahal perangai Hud ni lain macam pula?

Tetapi Daniel mengikut saja. Dia memujuk adiknya supaya membuat salted egg chicken khas untuk Hud.

"Nanti pelanggan yang lain kata apa pula?"

"Tak apa, nanti aku panggil dia masuk dapur. Dekat dalam tu kan ada island kitchen," Dee mendengus geram dan berjalan ke dapur.

Bahan-bahan diambil dari dalam peti. Dee mula panaskan api. Telur masin direbus terlebih dahulu.

Ayam pula digaulkan dengan maggi cukup rasa. Selepas itu ayam diperap sekejap bagi meresap perasa.

Hud yang baru masuk melabuhkan punggung di atas kerusi island kitchen. Dia memerhati lenggok Daiyan.

Dari pinggang ramping sehingga pinggung gadis itu. Apabila tersedar terus saja dia menggeleng.

Astaghfirullah, apa yang dia lihat sebentar tadi.

Setengah jam menunggu, akhirnya menu yang dipesan telah pun siap.

Hud mencubit sedikit dan menyuap ke dalam mulut. Terus mukanya berubah.
"Eh, kenapa masin sangat ni?!" Hud menjerkah. Ish! Tak ikhlas tak payah buat.

Daniel yang terdengar jeritan dari dapur bergegas menghampiri mereka.

"Apasal?"

"Masin doh! Kata chef professional. Tapi salted egg chicken pun tak boleh buat. Selama kau belajar ni, kau buat apa ja? Nasiblah cafe abang sendiri. Kalau cafe orang lain mahu lingkup," Hud senyum sinis. Kau tengok muka budak comot tu dah merah-merah. Marah la tu!

2. DERN Where stories live. Discover now