"Oh ada dalam laci sana. Kejap aku ambilkan."

Mira mula mendekati laci yang berada di sebelah katil. Laci yang paling bawah dia tarik dan mengeluarkan handbag-ku berserta sekeping surat dan satu kotak cincin berbentuk hati.

Dari mana datang benda tu?

"Nah." Mira meletakkan semuanya di atas katil.

Aku menjongketkan keningku tanda hairan barang ni kepunyaan siapa.

"Ini doktor jumpa dalam hoodie Am. Aku rasa Am nak bagi tu pada kau sebab ada tertulis nama kau atas surat."

Surat itu capai.

"Erm aku keluar dulu lah. Kalau ada apa-apa panggil aku."

Aku sekadar mengangguk. Seusai beredarnya Mira, lipatan surat itu mula aku buka. Isinya tertulis..

Hi Fira, entah kenapa saya teringin sangat nak tulis surat ni untuk awak. Mungkin nanti kalau awak rindu saya, awak boleh baca semula.

Fira, saya cintakan awak dari dulu sampai sekarang. Tak pernah sedikitpun ada kurang rasa ini. Saya tahu mungkin salah kerana mencintai isteri orang tapi saya hanyalah diri saya. Yang tak mampu melupakan awak walau sekali pun.

Fira, cinta bukanlah mendapatkan atau menerima tetapi cinta adalah memberi. Memberi sepenuh kasih sayang kepada insan yang dicintai. Tak ada cara lain lagi untuk saya tunjukkan kasih sayang saya kepada awak selain bantu awak untuk hidup bahagia semula.

Tak ada sesiapa yang boleh memilih siapa yang patut saya cintai. Tak perlu alasan untuk menyukai seseorang. Cinta bukan syarat orang itu harus punya perasaan yang sama seperti kita. Saya mencintai awak kerana saya memang mencintai awak.

Simpanlah cincin ini sebagai memori kita suatu ketika dahulu. Di mana kita pernah tertawa, tersenyum dan menangis bersama. Dan di mana kita pernah mempunyai satu impian yang serupa.

Andai perjalanan hidup ini singkat, jaga diri baik-baik. Hiduplah bahagia bersama Dani. Harapan saya agar awak tak pernah padam nama saya sebagai teman baik awak.

Saya merelakan awak kerana saya mencintai awak.

For A.F
From A.M

Aku melipat semula surat tersebut seperti tadi. Air mata aku usah dikata, dah macam air paip yang mengalir keluar. Aku menghela nafas berat. Kotak cincin merah itu aku buka.

Terdapat dua bentuk cincin di dalamnya. Ia milik kami berdua suatu ketika dahulu. Cincin pertunangan kami.

Awak tak boleh pergi Am. Awak mesti kuat untuk lawan sakit awak. Saya masih teringin nak berbual panjang bersama awak. Awak mesti bertahan.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan Mira yang bergegas masuk ke sini. Air wajahnya nampak pucat. Tengok dia cemas macam tu aku dah dapat hidu khabar yang tak enak dia bawa.

"Kenapa Mira?"

"Dani.."

Janganlahh

*

Aku berdiri di hadapan bilik icu. Walaupun keadaan aku masih tak mengizinkan untuk bangun dari bilik rawatan tapi aku tetap berdegil suruh Mira bawa aku ke sini. Untuk tunggu Dani.

Doktor beritahu denyutan jantung dia berhenti dengan tiba-tiba tadi. Dan doktor terpaksa menggunakan mesin defibrilator ke atasnya.

Allah

Sekali lagi jantung aku rasa nak tercabut. Aku takut ya Allah. Jangan ambil suami aku. Aku benar benar tak mampu hidup tanpa dia. Aku tak bersedia langsung untuk kehilangan dia dari hidup aku.

Dia kekuatan aku. Dia satu-satunya tangan yang memimpin aku agar dapat terus berjalan di saat dunia aku dalam kegelapan. Dia datangkan kemanisan dalam hidup aku sehingga aku dapat gembira semula.

Alangkah nyawa dapat ditukar ganti, aku rela Tuhan ambil nyawa aku dahulu. Aku takkan mampu jalani kehidupan aku lagi jika dia tiada.

Hubby teruslah kuat.

"Tunggu hubby tau? See you soon sayang."

Berlegar ucapan terakhirnya yang dia lafazkan di hadapanku.

Yes. Fira tengah tunggu hubby sekarang. Kita akan berjumpa semula. Pasti.

Aku menahan dadaku yang bergelora. Sebak di jiwa sedaya upaya aku diamkan. I can't lose you because if I ever did, I'd lose my soulmate, my smile, my laugh and my everything.

"Fira kau jangan fikir banyak sangat tau? Dani will be fine. Dia kan kuat."

Sejurus selepas itu doktor di dalam bilik icu kelihatan sudah keluar. Mama, aku dan Mira lekas mendapatkannya.

"Doc how?" mama menyoal laju.

"Relax Doctor Dahlia, your son such a strong man. Alhamdulillah kadar degupan jantungnya kembali normal. Kami akan sentiasa memantau keadaannya selepas ini."

Kami bertiga menghela nafas lega. Lega yang teramat. Terima kasih ya Allah.

"Tapi.."

Aku dan Mira berpandangan sekilas. Doktor tersebut sedang cuba menyusun kata.

"What's wrong doctor? You just said my son is fine."

"Not your son doctor. Seorang lagi mangsa, dia.."

Aqram. Dia kenapa pula??

"Kami dapati hempapan yang berlaku ke atas dadanya mengakibatkan darah beku mula terjadi. Ia menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Dan jantungnya bermasalah untuk terus mengepam darah untuk tubuh."

"Jadi dia boleh selamat kan doktor dengan cara dibedah?" pintasku.

"Darah mangsa sudah berhenti untuk mengalir. Oleh sebab itu semua organ dalam badannya gagal untuk berfungsi. Maafkan saya, dia tak dapat diselamatkan."

Aku mendengus kuat. "Tak. Tak mungkin. Permainan apa ni doktor?" badanku serta-merta longlai. Aku jatuh terduduk di atas lantai.

"Babe.." Mira terus merangkul tubuhku.

"Gurauan apa ni Mira? Am tak mungkin pergi macam ni je kan? Huh?"

"Sabarlah babe."

Aku pun melepaskan tangisan semahu-mahunya. Rasa pilu ini seakan tak tertanggung.

Am bangunlah dan bagitahu saya yang ini hanya sekadar kejutan daripada awak.

🎈

Vote✔
Comment✔
Share if u want

Itu sahaja untuk kali ini.

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now