Bab 56

4.2K 272 37
                                    

-

Sekali sekali aku tersenyum melihat aksi bodoh dan gila gila Kwang soo. Dia ni memang aku akui sangatlah senang dipergunakan dan ditipu oleh ahli running man yang lain. Aku tak faham betul asal otak dia ni tak boleh berfikir dengan lebih bijak lagi.

Aku layan running man dalam youtube ni bukannya apa, aku cuba nak hilangkan benda benda negatif yang terus bermain dalam fikiran. Kepala aku pun sakitlah hadap banyak masalah yang tak sudah sudah datang. Sedikit sebanyak rancangan running man ni dapat redakan stress aku.

Dah elok mata aku fokus dekat skrin handphone, tetiba telinga menangkap satu berita yang disiarkan di televsiyen dan menganggu tumpuan aku.

"Kes pembunuhan bersiri yang telah berlaku sejak dua bulan yang lalu di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur nampaknya akan menemui jalan penamat." ujar pembaca berita tv9 tersebut.

Aku mula beralih ke televisyen. Itu kes yang Dani tengah pegang sekarang kan?

"Menurut DSP Zairil selaku pegawai yang mengetuai penyiasatan kes terbabit, pasukan mereka telah mengenalpasti pembunuh yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam itu."

Jantungku terasa berdetak hebat saat melihat gambar Kamil yang dipaparkan di kaca televisyen.

Dia..

"Seorang lelaki yang berusia lebih kurang 30 tahun ini dipercayai mengalami masalah jiwa beberapa bulan lalu mengakibatkan dia hilang arah dan membunuh orang awam tanpa alasan. DSP Zairil juga berkata, seorang detektif dalam pasukannya telah menemui bukti yang selama ini mereka cari."

"Detektif tersebut telah menjumpai alatan yang digunakan pembunuh untuk menjalankan pembunuhannya berdekatan kawasan rumah beliau. Jelas detektif tersebut, pembunuh cuba memecah masuk rumah beliau dan telah melarikan diri sebelum sempat diberkas."

"Dipercayai bukti tersebut tercicir dari hoodie milik pembunuh ketika dia tergesa-gesa melarikan diri. Bukti tersebut mengandungi senjata tajam seperti pisau, gunting, jarum dan benang yang diletakkan di dalam satu plastik putih."

"Oleh kerana cuba untuk menyembunyikan diri dari dikesan pihak berkuasa, pembunuh tersebut kemungkinan menyimpan dan menyembunyikan bukti di dalam hoodie miliknya."

Amarah bercampur geram di hati aku tahan. Si iblis Kamil bukan setakat bunuh orang yang tak bersalah tapi juga bunuh keluarga sendiri. Kenapa kami tak pernah tahu yang selama ni Kamil tu sakit jiwa?!

"Fira??"

Lantas tanganku mencapai remote di atas meja dan menutup televisyen tika mendengar suara Mira sedang menuju ke sini. Aku menoleh segera ke arahnya.

"Nasiblah ada baju kau yang muat dengan aku. Kalau tak, tak tahulah nak guna apa untuk aku balik."

Mujur dia tak perasan tingkah laku pelik aku tadi. Dia sedang bergaya dengan chiffon dresses pink labuh milik aku.

"Dah puas selongkar pakaian aku makcik? Mesti satu almari aku berselerak kan?"

"Relax lah wei. Aku berusaha sungguh sungguh tau cari baju yang tak berapa ketat pada badan."

"Ha habistu dah kemas semula baju baju aku? Aku nak almari aku kemas macam asal."

"Puan Fira, kau kan bini Dani yang misali. Kau rajin buat itu ini. Bilik kau kan so kau lah yang kemas."

Ee nak aje aku sepak minah tu. Sedap kepala otak dia je ey jadi perempuan. Memang dia dengan ustaz Akram tak padan sama sekali. Perangai tak serupa bikin.

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now