Bab 43

4.7K 351 26
                                    

-

Selepas menghantar kepulangan mummy, daddy serta Aqram, aku terus menapak ke ruang dapur. Nampaknya jiran jiran juga sudah balik ke rumah masing-masing.

Tinggal mama, mak tok, Eliya dan Mira mengemas dan mencuci periuk belanga yang kotor. Dazrin dan Darwish barangkali masih di luar rumah.

"Fira buat apa kat sini sayang? Cari apa?" mama menegurku.

"Fira nak tolong sekali,"

"Tak payah sayang, Fira baik pergi rehat sana. Fira kan penat tu."

Haa memang aku penat. Penat gila. Tapi itulah diorang mesti penat juga. Sehari suntuk layan tetamu. Even aku pengantin baru mana boleh lepas tangan macam tu je.

"Betul cakap mama tu Fira. Pergilah naik atas bersihkan diri sana. Dengan gaun nikahnya nak tolong orang.." sahut mak tok.

"Takpa ke Fira tak tolong? Banyak yang kena cuci tu."

Badan aku memang dah rasa lesu habis ni.

"Jangan mengada lah kau Fira. Aku sorang boleh lah cuci semua ni. Kau tu ha pergi naik atas layan suami kau. Malam pertama korang ni kena lah tidur awal."

Ha tak lain tak bukan itu mulut tak berlesen Mira berbunyi. Aku sodok-sodok muka tu dengan pinggan kotor baru padan sikit. Tak sudah sudah dengan malam pertama dia.

Aku mengunci mulut di samping merenung tajam ke arah Mira. Dalam diam aku perasan ada satu lembaga turut menjelingku. Bukan Mira. Tapi Eliya.

Mungkin mata dia tu sakit kot lepas tengok aku bersanding harini.

Haha

Tak kuasa aku nak melayan engkau.

"Ha bagus awak datang Dani. Pergi bawa isteri awak ni masuk bilik. Dah macam pengantin lari pula berdiri kat sini."

Aku terus memandang si suami yang muncul di sisi. Serta-merta dia mencapai tanganku dan membawaku pergi.

"Do the best guys."

Telingaku menangkap suara Mira menyakat. Kau tunggu kau kahwin nanti Mira. Aku malukan kau sampai ke muka pintu bilik tidur. Biar malam pertama kau tak jadi. Seronok sangat kenakan orang.

"Tak payah acah sangatlah nak tolong. Cakap je sebenarnya awak dah tak sabar nak tidur kan?"

Eh eh

Ada ke?

"Pergi mana tadi?"

"Saya berbual dengan mummy, daddy. Saya cari awak tadi tapi mungkin awak tengah mandi." aku tengok dia pun sudah berkurta hijau. Tangan aku tak lepas lepas dari pegangannya.

"Aqram ada sekali kan? Sebab tu lupakan saya."

Cop.

Asal nak berdrama pula laki ni? Apa masalahnya aku bercakap dengan Aqram? Kawan baik dia juga kan?

"Bual apa dengan Aqram?"

"Tak ada apa sangat. Dia ucap tahniah je."

"Ucap tahniah sampai awak boleh nangis bagai?"

Okey aku menyesal sebab cuba temberang dia.

Huh

*

Kakiku mengiring langkah Dani menapak masuk ke dalam bilik tidurnya. Setelah itu kunci pintu diselak. Jantung aku sedikit berdebar melihat tindakannya. Aku menelan air liur.

"So kita dah boleh start..." perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiriku.

Lantas aku berdehem. "Saya nak pergi mandi."

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now