Bab 18

4.6K 370 16
                                    

-

Aku merendamkan kaki ke dalam kolam renang semestinya takkan kolam ikan aku nak rendam kaki. Banglo besar kalau tak ada swimming pool macam kurang lah kan?

Dulu aku suka ajak mama papa pergi swimming pool sebab aku suka berendam. Tapi tak pandai berenang pun.

Kalau diikutkan hati nak aje aku terjun dalam kolam ni tapi kalau adanya Dani aku rasa selamat sikit. Sebab? Aku pun tak tahu kenapa.

Air kolam yang tenang ni tak dapat redakan otak aku yang tengah bergelora sekarang memikirkan dia. Apalagi kalau tengok dia pergi tak balik balik macam tu. Lagi lah bertambah risau aku.

Lamunanku terhenti tika suara Darwish menegur. "Hye Fira."

"Eh Rish tak ada class ke harini?" selalunya waktu waktu macam ni dia dah gerak dah pergi kolej.

"Class cancel." dia mengambil tempat di sampingku. Tapi ada jarak satu meter lah. Bukan mahram.

"Mama call tadi dia masih tak dapat balik harini."

Busy sangat Doktor Dahlia semenjak kebelakangan ni.

Tanganku lalu memicit dahiku yang terasa berdenyut sakit.

"You okay Fira? Macam tak sihat je.."

"Semalam tak dapat tidur. Tu pening sikit." yalah kalau dah nama Dani tak hilang dari fikiran macam mana boleh aku tidur lena?

Boleh sakit aku mengenangkan Dani tu.

"Tak nak berenang ke? Dapat exercise sikit."

"Eh saya tak pandai berenang lah."

Terdengar Darwish menyengih. "So kalah lah awak dengan Dayana," perasan riak wajah Darwish bertukar mendung.

"Berapa usia Dayana?"

"Dia meninggal umur 17 tahun. So sekarang dia dah masuk 20 tahun."

Muda dua tahun daripada aku.

"Mesti Dayana champion berenang kan?"

"Ye Fira. Dia suka sangat berenang. Sebab tu dia suruh papa buatkan kolam renang kat rumah ni."

Kalau awak masih ada sekarang bolehlah kita jadi kawan kan Dayana?

"Dayana meninggal sebab kemalangan jalan raya masa dia keluar cari kerja. Lepas spm kan tak ada buat apa apa. Mama tak bagi pun dia kerja. Dia yang beria kata bosan duduk rumah."

Aku mengunci mulut mendengar cerita Darwish. Matanya kelihatan sudah berair.

"Kami tak sangka Dayana pergi secepat tu. Masa hari result spm keluar kami pergi ambil result dia dengan hati yang sedang menangis. Dayana dapat lapan A and satu A plus. Kami bangga sangat dengan dia."

Awak budak yang bijak Dayana.

"Dayana pergi selepas enam bulan papa meninggal. Masa tu mama nampak depress sangat Fira. Dia ambil masa yang panjang untuk dapat balik semangat dia." Darwish mula mengesat air matanya.

Beruntung Doktor Dahlia. Ketiga-tiga anak lelakinya memang boleh diharap untuk jaga dia.

"Sebab tu rumah ni tak ada gambar keluarga. Kami simpan semua supaya mama tak sedih lagi. Itu je satu-satunya cara nak pulihkan semangat mama. Alhamdulillah lepas tu mama dah slow slow terima hakikat."

Keadaan Doktor Dahlia lebih teruk saat menghadapi masa sukar dia. Aku sendiri tak boleh nak bayangkan kesengsaraan dia.

"Papa awak bertiga mesti bangga juga dengan korang Rish. Jaga mama baik-baik. Korang kekuatan mama."

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now