"Assalamualaikum.."

Mira serta merta mengalihkan pandangan ke luar rumah. Pintu sudah dari tadi terbuka. Aku kenal suara yang bagi salam tu. Tak lain tak bukan

"Aqram.. biar aku yang buka pagar untuk dia." Mira terus menapak keluar.

Pada masa yang sama handphone-ku berdering. Si pemanggilnya sang suami. Dari semalam lagi aku tak jawab panggilan dan tak balas mesej dia. Entah kenapa aku tak sedia nak berbual dengan dia.

Saat Aqram muncul di muka pintu, aku lalu mematikan phone. Wajahnya aku pandang. Jelas air mukanya tak bermaya. Aku seakan dapat agak kenapa dia jadi macam tu.

"Masuklah," suruh Mira.

"Eh takpa. Aku cuma nak cakap sikit dengan Fira."

Aku mula bangun menghampiri mereka.

"Ada apa Am?" soalku kosong. Kalini aku perasan matanya mengerling ke arah telefon bimbitku di atas meja.

"Kenapa tak jawab call Dani?"

"Tak ada apa."

"Fira.."

"Saya malas nak fikir banyak Am. Cakap je apa awak nak." asal aku rasa aku egois sangat ni??

"Dani minta tolong saya hantarkan awak ke rumah mama awak."

"Okey." malas nak berlengah dan memanjangkan bicara aku terus menapak laju ke arah bilik tidur.

Aku betul-betul hilang mood bila tengok muka lesu Aqram. Tak sampai hati. Dia seolah tak cukup rehat. Itulah sibuk sangat nak tolong orang sampai kesihatan sendiri terjejas.

🥀🥀🥀

Aqram menurunkan Mira di hadapan sekolah tempat dia mengajar. Dia bermalam dekat rumah aku, kereta dia pula bermalam dekat sini. Selepas perginya Mira suasana di dalam kereta hening semula.

Ada nenek Mira tadi dia lah yang banyak mulut berborak dengan Aqram. Aqram tumpangkan dia sekali sebab kesian tengok dia naik teksi. Dan dah alang-alang juga kami nak keluar.

Aku yang duduk di seat hadapan masih fokus dengan segala benda yang ada di luar. Pokok pokok cantik tersusun berdiri di atas jalan. Bermacam-macam jenis kereta yang pergi dan balik. Cuaca kat luar redup redup mendung. Dongak ke arah langit, aku yakin hujan bakal jatuh menimpa bumi.

"Dani tak sampai hati biarkan awak tinggal seorang diri dekat sana. Sebab tu dia minta saya tolong hantarkan awak ke rumah mama awak." Aqram memecah kesepian.

Aku hanya mendengar.

"Dia mungkin terlalu sibuk dua tiga minggu ni. Sebab tu dia risaukan awak takut dia tak dapat balik."

"Sibuk sebab tengah buat perancangan nak tangkap Kamil kan?"

Aqram menghelas nafas. "Saya tahu awak ada tengok berita tadi kan?"

"Kenapa? Awak ingat saya akan bertepuk tangan ke lepas tahu tentang berita tu? Masa awak bergelut dengan Kamil haritu, masa tu kan bukti atas semua jenayah Kamil selama ni terjatuh depan rumah kami? And Dani jumpa benda tu tak bagitahu saya pun." bengang lah eishh.

"Fira please.. itu kan hal kerja dia. Sebab tu dia malas nak bising."

"Kalau saya tak kenal si Kamil tu, takpa lah dia nak rahsia bagai."

Aqram memberhentikan kereta di kawasan isi minyak yang kosong.

"Awak tak risaukan Dani ke? Dia sana berdepan dengan kerja sukar dia tu ditambah pula bimbang fikir tentang awak. Tak patut lah awak buat Dani macam tu. Abaikan call, mesej dia. Saya tak suka awak macam ni Fira. Fikiran awak semakin negatif. Awak terus dan terus cari salah orang."

Wajah hanya aku tundukkan.

"Saya sekarang dah macam tak kenal siapa gadis sebelah saya ni. Awak bukan Fira yang dulu. Yang saling memahami. Tak. Awak bukan macam dulu lagi dah. Fira yang sekarang suka marah, merajuk, layan orang sekeliling macam mereka tak ada hati. Awak nak saya jaga perasaan Sara tapi awak? Ada awak jaga perasaan suami awak?"

Okey. Dia berjaya buat air mata aku bertakung.

"Fira.. kalaulah Dani memang tak pandai jaga hati awak, pasti dia beritahu semuanya pasal Kamil pada awak. Biar awak susah hati."

Cepat cepat aku kesat air mata yang jatuh. Kedengaran phone Aqram menerima satu notification. Dia terus memeriksa.

"Dani mesej, dia bagitahu dia ada berdekatan sini."

Kami berdua mula bertentangan mata.

"I'm sorry Fira. Saya tak ada niat pun nak buat awak menangis." katanya mungkin rasa bersalah melihat mataku merah.

"Kenapa awak berpura-pura baik baik saja sedangkan tak sama sekali Am?"

"Maybe this is my last sacrifice for you. My love."

Aku terkesima. Dia pula boleh tersengih kambing lepas cakap macam tu.

"Saya pergi isi minyak dulu."

Kepala aku angguk perlahan. Setelah keluarnya dia dari perut kereta, aku menyandarkan kepala. Berat haih.

Kata kata Aqram tadi sedikit sebanyak menyedarkan aku. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Asyik nak beremosi memanjang. Nak call Dani sekarang tapi dia mesti tengah memandu.

Maafkan Fira hubby.

Aqram pula sudah masuk semula.

"Kejapnya awak?" aku berpaling ke sisi. Dia mula menghidupkan enjin kereta.

Dahiku berkerut dengan tingkah lakunya. Wajahnya diselindungi hoodie. Memang Aqram pakai hoodie hitam tadi tapi tak lah tutup kepala bagai.

Kereta sudah bergerak meninggalkan stesen minyak.

"Am awak okey?"

"Long time no see Fira."

?

🎈

Omgggg siapa tuuuu

Stay tuned!❤

Vote✔

Cinta Hati Mr. AnnoyingWhere stories live. Discover now