"Saja."

Jawapan sepatah dan selamba dari Airil Adryan membuatkan Hazwini mencebik bibirnya. Dengan tak puas hati dia bersuara. "abang ni tak reti pakai baju ke? Boleh tak pakai cepat sikit? Lapar tau tak... Hana tunggu lama kut abang mandi. Dah lah abang mandi macam mengalahkan perempuan je."

Airil Adryan mendengar bebelan isterinya tersengih kecil.

"Abang mandi wajib, sayang..."

Hazwini diam. Eh kejap?
Tiba-tiba dia menghantuk kepalanya perlahan di kepala katil. Ya Allah!

"Last night, we are... Hahaha its'okay. By the way thank you so much, sweetheart. For last nig..."Bicara Airil Adryan terhenti apabila Hazwini memintas laju.

"Stop it or I will cekik-cekik you! I don't wanna hear it.
Aaaa, so digusting!" Ujar Hazwini sambil menekup telinga menggunakan kedua-dua tangannya. Tak cukup dengan itu dia menyembam mukanya ke tilam dan bantal menekup kepalanya sekaligus menutup kedua-dua telinganya.

Kali ini galak Airil Adryan menghambur ketawa.

"Berani ke nak cekik abang?" soalnya. Tuala kecil berwarna putih yang berada pegangannya terus mengelap rambutnya sehingga kering. Senang nanti dia hendak mengayakan rambutnya.

"Mestilah!"

Tersengih Airil Adryan. Kemudian dia melangkah ke almari baju. T-shirt putih lengan pendek, jacket denim dan seluar jean yang tersangkut dicapainya.

Hazwini yang masih menyembam mukanya di tilam, sikit-sikit dia mengintai perlakuan suaminya. Sekian lama suaminya berdiam diri selama seminit. Melihat suaminya ingin menanggal tuala di pinggang cepat-cepat dia menekup kembali wajahnya di tilam. Selepas itu dia berkata.

"Tak boleh ke abang pakai baju dalam tandas?"

"Tak."

Hazwini mengeluh kecil. Tanya lapan patah perkataan dibalas dengan satu patah perkataan. Huh, bagus ke macam tu?

"Ha, mengumpat abang dalam hati. Fikir abang tak tahu ke?" Seperti tahu apa yang Hazwini lakukan, mudah Airil Adryan berkata.

"Eleh, macam mana abang tahu?"

"Did you forget? I was hacked your heart," jawab Airil Adryan selamba. Kakinya mula mengatur ke meja makan. Makanan-makanan yang terhidang di meja itu sebelum dia membersihkan diri, perkerja hotel sudah bertandang di depan muka pintu untuk menghantar sarapan pagi. Tetapi makanan semuanya bertutup yang penting halal. Susah payah dia mencari hotel muslim di online. Dan hasilnya amat begitu memuaskan. Walaupun, ramai pelancong dari Malaysia menggunakan pakej pelancongan tetapi sengaja dia tidak menggunakannya. Baginya percutian bulan madu mereka biarlah tiada gangguan dari sesiapa. Dan percutian mereka berdua ini tidaklah terlalu mahal cuma sederhana. Dia mahu yang sederhana tetapi menyeronokkan walaupun dia seorang jutawan yang tidak di kenali di Itali. Hahaha.

"Nareul gamsihaneun jeo Spot spot spotlight
Bichulsurok eodum sogeuro ppallyeo deureo
Kkeuchi boineunde I know it's not right
I can't stop me, can't stop me. Uwoh, uwoh!" Sambil membuka bekas penutup makanan, sempat lagi Airil Adryan menyanyi.

"Uiks, Hana ku sayang... Jom makan." panggil Airil Adryan kepada Hazwini yang masih lagi dengan adegannya.

"Pakai baju dah?"

"Ya Allah, budak ni... Abang dah siap pakai siap duduk nak makan lagi... Haih dia ni." Airil Adryan mula sudah membebel.

Pantas Hazwini memgangkat mukanya. Kelihatan suaminya duduk di meja makan sambil mencekak pingang.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now