"Jadi, buat apa diorang kejar kereta Hera Rose? Maksud aku Queen Haeri sendiri....", soal Hoseok ingin tahu. Yoongi terdiam sesaat, lelaki itu sedikit tersenyum sinis sebelum mengeluarkan suara.



"Mungkin ada seseorang yang rancang semua ni. Cuma aku belum tahu siapa orangnya.", dengar saja penjelasan daripada Yoongi, mereka masing-masing kembali senyap. Kurang enak mendengarnya kecuali Taehyung.

Taehyung terbawa dengan lamunan , jari-jemarinya bermain dengan bibir sendiri serta senyuman sinis.





"Queen Haeri baru berjumpa dengan Dong Hyeong bukan?", soal Taehyung yang membuatkan Namjoon mengalihkan pandangan ke arah belakang. Cermin mata ditanggalkan dengan kerutan di kening, Taehyung mengalihkan anak matanya ke arah Namjoon serta senyuman sinis yang tidak lekang.




"And then, Zeus kejar Queen Haeri?~", soal Taehyung lagi. Rasanya ini bukan soalan yang mahukan jawapan. Perlian atau klu yang ingin diberikan oleh lelaki itu? Namjoon sudah dapat tangkap. Lelaki berlesung pipit itu turut tersenyum kecil.




"We'll see Tae.", balas Namjoon. Yoongi dan Hoseok masih tidak faham dengan perbualan mereka berdua. Namjoon dan Taehyung sudah tersedia dengan senjata masing-masing.



"Ehek suka ah orang panggil aku Tae~ Panggil lagi tau."


"Ye lah.", balas Namjoon redo. Tabah aja dengan perangai seketul dongsaeng yang kekadang otak tersenget. Taehyung tersengih seorang diri.





"Jin hyung dah sampai di destinasi. Anggaran aku, diorang akan menuju ke bandar Gwangjin-gu. Maknanya team 2 akan sekat diorang dekat sana.", ujar Yoongi. Mereka yang lain mengangguk faham, laju juga team 2 sampai ke destinasi.





"Kalau diorang buat serangan? Kita still nak kena protect Queen Haeri?", tanya Taehyung yang menyuahkan kepala di antara Namjoon dan Yoongi.




"Untuk Black Ares jugak. Kau pun tau kan? Tak kisah kalau jasa kita untuk Queen Haeri tak membuahkan hasil apa-apa. Biar dia tak tertarik untuk bantu Black Ares but at least kita boleh pengaruh ahlinya yang lain. Sebab kita protect Queen diorang.", terang Namjoon.



"Tapi kan kau pun tau jugak yang ahli Hera Rose bukannya suka sangat dengan kita...", rungut Taehyung pula dengan bibirnya bermuncung.




"Dia ibu saudara kita Taehyung.", itu saja yang dibalas oleh Namjoon. Biarlah singkat tetapi maknanya mendalam, Haeri juga sebahagian daripada darah daging mereka. Tak salah untuk saling menjaga keselamatan antara satu sama lain.






"Sekejap, kenapa moto tu ikut arah lain? Namjoon tolong kesan perjalanan diorang tu.", arah Yoongi. Hairan juga, kedua-dua motosikal berkuasa tinggi itu menambahkan kelajuan mereka dan berlalu pergi menggunakan jalan yang lain.



"Sebelum tu, boleh aku tau yang Jin hyung dengan yang lain berhenti dengan Gwangjin-gu kan? Tu kawasan bandar kan?", Hoseok tampil menujukan soalan. Agak menarik soalan ni, Taehyung dengan wajah yang ketat memandang ke arah Hoseok.



"Dan...dekat situ ramai orang. Jangan cakap yang diorang berkemungkinan akan buat serangan...dekat situ....", sambung Taehyung lagi. Lantas mata Yoongi terbuntang luas. Tak rasa ke apa yang Yoongi rasa?





"Diorang akan menuju ke arah bandar Gwangjin-gu!! Team 2 dalam bahaya! Mungkin diorang diserang dulu sebelum kedatangan Queen Haeri ke sana!", jerit Namjoon selepas tahu koordinat perjalan motosikal tersebut dan cuba menghubungi Seokjin dan yang lain untuk berwaspada.







°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now