Aduh... Mati lah aku begini.
Ah,  pi mampos ah!

Ikutkan hatinya nak aje baling meja ke arah Airil Adryan, Dr. Annoying tu seperti dalam sticker whatsapp.

Tapi sayang, dalam mimpi pun takkan terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tapi sayang, dalam mimpi pun takkan terjadi.

"Sempat lagi awak berangan eh? Berani juga ya awak tidur dalam kelas saya ni? Sedarlah, you have 114 days for your final exam, from today... I don't know if you get fail this subject.  Now, please come here and answer this... Now!" leter Airil Adryan dengan nada dingin dan tegasnya. Kelihatan lelaki itu sudah mula mencoret sesuatu di papan putih.

Ok, gue benci jawab soalan kat depan!

"Tunggu apa lagi tu? Nak saya bentang karpet merah ke macam mana?!" Jerkahnya lagi menyebab Hazwini...

"Oh! Mak cik, pakcik!" lantas menekup mulutnya. Mujur melatahnya tidak terlalu kuat. Dengan kelam kabut dia mencapai buku nota serta pen. Muka mula berbahang panas apabila sesetengah pelajar mula mengertawakannya. Ada juga senyuman sinis dari beberapa pelajar perempuan. Dia mula mengorak langkah ke depan.

Marker pen yang dihulur oleh Airil Adryan diambilnya kasar. Matanya tajam memandang bait-bait ayat di papan putih.

Hak aloh! Senang kacang aje ni.

Dia mula menulis.  Penuh keyakinan yang tinggi.

Selang beberapa minit, marker pen di kembalikan kepada si empunya. Panjang juga jawapan ditulisnya. Dia menarik nafas lega.

"Are you sure this answer?"

Pantas Hazwini mengangguk.  Hari-hari menghadap kod arahan... Mahunya tak pro. Haha. Susah juga sebenarnya nak membina satu kod arahan menjadi sistem kerana bahasa pengaturcaraanya adalah C++.

Kelihatan Airil Adryan bergerak ke mejanya. Macbook pro  miliknya dibuka dan jarinya pantas menaip. Laju. Kang terseliuh maunya koma jari tu setahun.

"See." Arahnya.

SYNTAX ERROR

Membulat besar matanya tatkala melihat sebaris ayat berwarna merah.

"Kenapa saya test  awak punya certain coding  dalam laptop saya, tiba-tiba keluar outputnya begini?"

Erk!

Hazwini kematian idea dan kata.

Tadi cakap pro...

Diam. Satu minit... Dua minit... Tiga minit...

"Enough." suara voice dualitynya sudah keluar. Huwa! Sebijik macam suara Felix!

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now