Bab 63

80 5 1
                                    

Jasmine terduduk dengan air mata yang mengalir laju. Dia sangka Hazrin sudah sedar tetapi, sangkaannya ternyata silap. Rupanya lengan baju yang dipakainya tersangkut di kepala katil. Kenapa dia menangis? Kerana kecewa!

Jasmine menyembamkan wajahnya ke katil. Dia sangat kecewa. Dia menangis teresak-esak. Tapi, tidak lama kemudian, kepalanya terasa di usap. Terus diangkat kepalanya.

"Hazrin?"

Hazrin sudah membuka matanya tapi, dipejamkan semula. Mungkin masih tak biasa dengan imbasan cahaya yang masuk ke ruang penglihatannya. Dia membuka kembali secara perlahan-lahan.

"Awak dah sedar?"

Hazrin angguk perlahan. Jasmine tersenyum dengan linangan air mata.

"Alhamdulillah. Hazrin, saya rindu awak sangat." Ujar Jasmine.

"Saya minta maaf." Ucap Hazrin dengan nada yang sangat perlahan.

Jasmine menggeleng. Tidak terkata Jasmine. Hanya air mata yang masih menemaninya. Dia tak tahu dia nangis kerana apa.

"Sorry." Ucap Hazrin lagi.

"No, awak tak salah. Terima kasih sebab kembali. Terima kasih sebab tak tinggalkan saya." Jasmine menggenggam tangan Hazrin kuat.

Hazrin tersenyum lemah.

"Min, kau dah si..." Sumayyah yang berada di muka pintu itu terkejut bila melihat Hazrin sudah membuka mata.

"Rin?" Ujarnya.

Jasmine memandang Sumayyah.

"Su, Hazrin dah sedar, Su."

Sumayyah terpatung sejenak.

"Alhamdulillah." Ucap Sumayyah.

Jasmine tersenyum.

"Aku panggil Hazriq dengan Azzam." Cepat Sumayyah keluar dari bilik.

Jasmine kembali memandang Hazrin.

"Kita kat mana ni?" Soal Hazrin.

Dahi Jasmine berkerut.

"Awak tak ingat?"

Hazrin pandang wajah isterinya dengan riak tidak mengerti.

"Ingat apa?"

Jasmine semakin tidak mengerti. Takkan Hazrin langsung tak ingat tentang peristiwa itu?

"Hazrin, awak betul tak ingat ke ni?"

Hazrin angguk.

*****

"Abang, Azzam, alhamdulillah. Rin dah sedar." Ucap Sumayyah.

Serentak, dua lelaki itu menoleh ke arah Sumayyah.

"Rin dah sedar?" Soal Hazriq.

Sumayyah angguk. Mereka bertiga naik ke bilik Hazrin sama-sama.

"Rin!" Hazriq mendekati Hazrin.

Dipeluk tubuh adiknya yang sedang bersandar di kepala katil itu.

"Ah achik, lemas la." Ucap Hazrin.

Hazriq melepaskan pelukannya.

"Sorry, sorry. Alhamdulillah, sedar jugak kau akhirnya." Ujar Hazriq.

Hazrin hanya tersenyum.

"Kau tahu tak Rin, risau gila aku tengok keadaan kau masa tu." Ujar Azzam.

Hazrin memandang Azzam. Dia masih tidak dapat tangkap apa sebenarnya yang sudah terjadi.

"Sebenarnya apa yang dah jadi? Aku kenapa?" Soal Hazrin.

Seharum Bunga JasmineМесто, где живут истории. Откройте их для себя