Bab 32

62 2 0
                                    

Sumayyah mengejar langkah Hazriq yang sudah jauh itu. Pantas dia memanggil nama Hazriq bila lelaki itu sudah membuka pintu kereta.

"Hazriq!"

Perlakuan Hazriq terhenti. Dia menoleh dengan perasaan yang bercampur baur. Sakit hati, kecewa, marah, semua la. Agak kuat dia menutup pintu keretanya itu. Terangkat bahu Sumayyah kerana terkejut.

"Apa lagi? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat tadi?" Soal Hazriq buat Sumayyah serba salah.

Dia kaku sejenak.

"I'm sorry, Hazriq. Saya tak ada niat macam tu pun. Saya cuma nak tolong Sara. Dia betul-betul nak berkenalan dengan awak!"

Hazriq senyum sinis.

"Tolong Sara dengan mempergunakan saya? Good job, Dr Sumayyah. Awak memang kawan yang terbaik!"

"Hazriq!"

"Awak sebenarnya tahu kan yang saya suka awak? Kenapa awak buat saya macam ni?"

Sumayyah hilang kata-kata. Hazriq suka aku? Biar betul? Ya Allah, sumpah aku tak tahu. Kalau aku tahu, aku takkan kenalkan Sara dengan dia. Baik aku sendiri je yang mengaku aku suka dia. Hazriq, saya pun suka awak.

"Awak ingat saya ni apa? Barang? Boleh pass-pass macam tu je?"

"Hazriq, that's not what I meant. Saya cuma..."

"Dah la, Su. Setakat ni jelah kita kenal. After this, awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak. We're done!" Terus Hazriq masuk ke dalam keretanya sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sumayyah tergamam.

"Hazriq!"

Di dalam kereta, Hazriq menumbuk stereng sekuat hatinya. Dia menjerit dalam hati. Kenapa kau buat aku macam ni hah? Sampai hati kau!

🌸🌸🌸

"ACHIK, kejap!"

Hazriq yang baru saja hendak mendaki tangga itu menoleh. Terlihat Hazirah yang baru muncul dari dapur.

"What?"

"Kau ada pergi mana-mana tak malam ni?"

Hazriq mengerutkan dahinya.

"Asal?"

"Teman aku pergi kenduri rumah kawan aku!"

Hazriq semakin pelik. Dah kenapa kakak aku ni? Tiba-tiba pulak nak ajak aku. Selalu boleh je keluar seorang.

"Kenapa kau tak pergi sendiri je? Ajak adik ke?"

"Boleh ke tak? Adik tak ada la!"

Hazriq diam seketika.

"Tengok la macam mana!"

"Inform aku sebelum maghrib!"

"Erm!" Balas Hazriq sepatah sebelum mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Selepas menunaikan solat maghrib, Hazriq menuju ke bilik kakaknya yang bersebelahan dengan bilik Hazrin itu. Pintu diketuk.

Tidak lama menunggu, terjengul wajah Hazirah di muka pintu yang sudah siap berbaju kurung serta selendang warna senada.

"Jom!" Ujar Hazriq.

"Kau teman aku?" Soal Hazirah.

"Yelah, kau dah siap belum ni?"

"Dah, dah. Jom la!"

Hazriq mendahului dahulu sementara Hazirah mengambil tas tangannya di dalam bilik.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now