Bab 42

84 3 0
                                    

Sumayyah berlari sepanjang koridor menuju ke wad ICU selepas mendapat tahu tentang keadaan Jasmine. Langkahnya semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti di hadapan keluarga Jasmine yang berada di luar wad ICU itu.

Riak sedih jelas terpapar di setiap wajah ahli keluarga itu. Hazrin juga masih bersama mereka di luar. Mungkin masih tidak sanggup untuk melihat keadaan si isteri. Semuanya masih tidak menyedari kehadirannya di situ.

"Assalamualaikum!" Ucap Sumayyah.

Serentak ahli keluarga itu menoleh ke arah Sumayyah yang berbaju kurung serta jubah putih tersarung di tubuhnya itu. Mereka sedikit terpaku dengan kehadiran si doktor itu apa lagi Hazriq. Sudah sekian lama dia tidak melihat wajah doktor ayu itu.

"Waalaikumussalam!" Sahut mereka.

"Doktor nak check keadaan Jasmine ke?" Soal Puan Sri Hazimah.

Sumayyah pantas menggeleng.

"Tak, puan. Saya datang sini sebab nak tengok keadaan Jasmine. Saya Sumayyah, kawan Jasmine!" Sumayyah menghulurkan tangannya kepada Puan Sri Hazimah, Hidayah dan juga Hazwani untuk bersalaman.

Mata Hazriq masih tidak lepas dari memandang wajah Sumayyah. Hazrin ikut memandang wajah itu. Dia juga sudah lama tidak menemui wanita itu.

"Jasmine macam mana?" Soal Sumayyah lembut.

Puan Sri Hazimah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sumayyah tidak mengerti.

"Jasmine kritikal!"

Sumayyah menutup mulutnya akibat sangat terkejut. Betul-betul tidak menyangka.

"Ma-macam mana Jasmine boleh masuk hospital?" Soal Sumayyah.

"Jatuh tangga!" Jawab Hazwani.

Sumayyah menoleh ke arah gadis yang tidak dikenali itu. Mungkin adik beradik Hazriq agaknya. Sumayyah angguk perlahan.

"Awak nak tengok Min ke?" Soal Hazrin perlahan.

Sumayyah menoleh ke arah Hazrin.

"Ya!" Jawab Sumayyah.

"Awak tunggu sekejap boleh tak? Bagi saya masuk dulu?" Ujar Hazrin yang sudah tidak bermaya itu.

Sumayyah angguk.

"Jasmine isteri awak, kenapa awak nak kena tanya saya? Go on!"

Hazrin tersenyum nipis sebelum masuk ke dalam wad ICU itu. Sumayyah tersenyum kepada ahli keluarga itu.

"Maaf ganggu, saya akan datang semula nanti!" Ujar Sumayyah.

Baru saja Sumayyah berpusing, dia dipanggil oleh salah seorang dari ahli keluarga itu.

"Doktor!"

Sumayyah menoleh. Puan Sri Hazimah tersenyum kepadanya sebelum perlahan-lahan mendekati nya. Hazriq terpaku melihat situasi itu. Dah kenapa mama ni?

"Ya?" Sahut Sumayyah.

Puan Sri Hazimah memegang tangan Sumayyah. Wanita itu sedikit terkejut dengan perlakuan spontan Puan Sri Hazimah.

"Doktor ada masa? Boleh kita bercakap sekejap?"

Sumayyah terkedu seketika.

"Hah? Err... Boleh!"

Puan Sri Hazimah angguk dan menggamit Sumayyah duduk di kerusi yang tidak jauh dari keluarganya itu. Hazriq masih memerhati mereka.

"Puan nak cakap pasal apa ya?" Soal Sumayyah teragak-agak. Dah kenapa mak mertua Min ni nak cakap dengan aku pulak?

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now