Bab 40

72 2 0
                                    

Air mata Jasmine masih tidak berhenti apatah lagi selepas mendengar suara ibunya yang amat dirindui.

"Min sihat? Kenapa dah lama tak telefon ibu?" Soal Puan Liana.

Jasmine menahan air matanya dari mengalir. Suaranya sedaya upaya di kawal supaya tidak kedengaran dia sedang menangis.

"Alhamdulillah, Min sihat je ibu. Sorry, lately ni Min busy sikit. Min tak sempat nak call ibu. Ibu macam mana? Ibu sihat? Fariz dengan Yana sihat?"

"Alhamdulillah, kami pun sihat je ni. Min okey ke? Kenapa ibu dengar suara tu macam tak sihat je? Min sakit ke?"

Hazrin kurung Min dalam rumah, ibu. Hati Jasmine menjerit.

"Tak ada la, Min okey je. Cuma Min ada berita gembira nak bagitahu ibu."

"Apa dia tu?"

"Ibu bakal dapat cucu tak lama lagi."

"Ya? Alhamdulillah. Jaga kandungan tu baik-baik, jangan buat kerja berat ya, Min?" Pesan Puan Liana.

Jasmine mengangguk walaupun ibunya tak nampak pun.

"Min rindu ibu, rindu Fariz dengan Yana!" Ucap Jasmine.

"Kalau rindu, balik la. Dah lama Min tak balik kampung. Kami semua pun rindu Min jugak!"

Jasmine menutup mulutnya menahan tangisan yang hampir pecah.

"Sekarang tak boleh la, ibu. Hazrin busy, Min pun tengah banyak kerja. Nanti kalau kitorang free, kitorang balik kampung ya, ibu?"

"Yelah, jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan, solat jangan tinggal ya, sayang?" Ujar Puan Liana.

Kata-kata lembut ibunya itu membuatkan Jasmine semakin tidak dapat menahan air matanya.

"Ibu pun jaga diri. Kirim salam kat adik-adik, cakap dengan diorang kakak diorang ni rindu diorang sangat!"

"Yelah, inshaa Allah. Kirim salam Hazrin jugak!"

Mendengar nama Hazrin disebut oleh ibunya menjadikan Jasmine tidak tentu arah.

"Inshaa Allah. Assalamualaikum, ibu!"

"Waalaikumussalam!"

Selepas menamatkan panggilan bersama ibunya, Jasmine mencampak iPhone itu ke atas katil. Kepalanya yang masih dibaluti tudung itu kembali disembamkan ke atas katil.

🌸🌸🌸

HAZRIN terpaku melihat Jasmine yang sedang tidur di atas lantai dengan kepalanya beralaskan katil itu. Dia dekat situ dari pagi tadi ke? Dengan tudung pun tak buka lagi.

Perlahan-lahan Hazrin mendekati isterinya itu. Dia melutut di sisi Jasmine. Kepala Jasmine disentuh.

"Jasmine!" Kejut Hazrin.

Jasmine tersedar dari lenanya. Dia mengangkat kepala dari katil bila melihat wajah Hazrin.

"Kenapa awak tidur dekat sini?" Soal Hazrin dengan suara yang lembut.

Jasmine pelik. Pagi tadi bukan main garang lagi suaranya. Sekarang dah lembut semacam dah kenapa?

"Tertidur!" Jawab Jasmine sepatah.

"I'm sorry!"

Jasmine terus memandang wajah Hazrin di sisinya itu.

"Saya minta maaf atas apa yang saya dah buat pada awak pagi tadi, semalam. Saya minta maaf!"

Jasmine masih memandang wajah Hazrin. Cuba mencari keikhlasan dari mata lelaki itu. Bersinar, sah la dia ikhlas minta maaf dengan aku.

"Awak tolong jangan buat macam tu lagi?" Pinta Jasmine.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now