Bab 6

71 1 0
                                    

Aufa memandang wajah bahagia Jasmine di hadapannya itu. Senyumannya tidak lepas dari tadi.

"Macam mana kau dengan Hazrin? Dia layan kau dengan baik tak?" Soal Aufa.

Jasmine menoleh ke arah Aufa.

"Hazrin baik gila dengan aku, Fa. Aku tak pernah jumpa lelaki sebaik dia, setulus dia."

Aufa tersenyum senang.

"Bagus la kalau macam tu. Aku harap kau pun dapat bahagiakan dia. Dia kawan aku tahu? Jangan pernah kau kecewakan dia okey?"

"Aku janji, Fa. Aku takkan kecewakan dia. By the way, thanks sebab kau sudi jadi best friend aku!"

"Thanks untuk kau sebenarnya. Kalau tak ada kau, aku dah tak ada kawan baik lepas arwah Lily!"

Jasmine tersenyum memandang Aufa.

"Actually, aku awkward tahu nak panggil kau Min sebab muka kau sama gila macam Lily. Tapi, aku sedar yang Lily dah tak ada." Ucap Aufa.

"Sorry kalau aku tiba-tiba muncul dalam hidup korang lepas Lily tak ada. Tapi, tak apa la. Kalau korang nak anggap aku ni Lily, aku okey je kalau itu yang boleh buat korang happy!"

Aufa memegang tangan Jasmine.

"Min, sorry. Aku tak ada niat pun nak cakap macam tu. Sorry!"

"It's okay la, Fa. Aku faham, korang mesti rindukan Lily kan? Aku tahu aku tak selembut Lily, tak seayu Lily. Lily tu bagi aku perfect orangnya. Aku tak boleh nak jadi macam dia even dia tu kembar aku."

"Min, Lily tetap dah tak ada. Sekarang ni yang ada depan mata aku, Jasmine. Aku sorry kalau aku masih teringat kat arwah even aku dengan kau. Aku minta maaf okey?"

Jasmine tersenyum sambil mengangguk perlahan. Dia membalas pegangan tangan Aufa itu.

🌸🌸🌸

Semasa Hazrin sedang berjalan bersama Jasmine hujung minggu itu di mall, tiba-tiba saja ada seorang gadis yang menegur mereka. Atau lebih tepatnya menegur Jasmine yang disangka Lily.

"Eh, Lily?"

Serentak mereka berdua menoleh.

"Hai, Rin. Kau ingat aku lagi tak?" Soal Qaisara kepada Hazrin.

Hazrin tersenyum nipis.

"Mana boleh lupa, kau classmate Aufa kan?" Balas Hazrin.

"Ya, ingat pun kau. Lama gila tak jumpa korang lepas grade masa tu!"

Hazrin tidak membalas. Nak cakap apa kan? Qaisara mengalihkan pandangannya kepada Jasmine.

"Kau Lily kan?"

Jasmine yang tersentak terus menoleh ke arah Hazrin. Siapa dia ni? Mana la aku kenal.

"Tak. Qai, dia ni..." Belum sempat Hazrin meneruskan kata-katanya bila cepat saja Jasmine memintas.

"Haah, aku Lily!" Ucap Jasmine.

Hazrin terus memandang Jasmine.

"Kau dah sihat ke, Ly? Aku dengar kau sakit teruk kan?"

"Alhamdulillah, aku dah sihat!"

Qaisara mengangguk-angguk. Hazrin hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Sampai hati korang kahwin tak jemput aku. Senyap-senyap je ea?"

"Pasal tu, sorry la Qai. Kitorang kahwin pun family terdekat je yang ada. Tak nak la buat majlis besar-besar. Buat apa? Membazir duit je kan?" Ujar Jasmine.

Qaisara mengerling ke arah Hazrin.

"Suami kau ni kan anak orang kaya. Membazir apanya?" Balas Qaisara.

Jasmine memandang Hazrin yang hanya membisu itu. Dia tahu lelaki itu sedang menahan marah kerana kata-katanya tadi. Kenapa la Aku pergi mengaku aku ni Lily? Kau memang bodoh la, Min!

"Dia anak orang kaya, aku tak!"

"Apa-apa jelah. By the way, masih tak terlambat kalau aku nak ucap congrats kan?"

"Thanks!" Ucap Jasmine.

Qaisara hanya tersenyum membalas.

"HAZRIN, nanti la dulu. Awak kenapa jalan cepat sangat?" Ujar Jasmine yang termengah-mengah mengejar langkah Hazrin dari belakang.

Lelaki itu menonong saja berjalan tanpa melihat kiri kanan. Tahu la marah tapi, sabar la. Kaki aku ni dah la pendek. Tak mampu nak kejar langkah kau yang sedepa tu.

Hazrin menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Jasmine.

"Kenapa awak buat macam tu?" Soal Hazrin dengan nada yang tegas.

"Semua orang kenal Lily, semua orang tak kenal saya, Hazrin!" Balas Jasmine.

Hazrin terdiam seketika.

"Tapi, bukan dengan cara awak mengaku awak ni Lily, Min. Kalau macam ni, sampai bila-bila pun orang akan anggap awak ni Lily. Awak ada identiti awak sendiri, Min. Awak bukan Lily, awak Jasmine!"

"Okey, cuba awak bayangkan. Diorang semua tak tahu yang Lily ada kembar.
Takkan la saya nak cakap saya ni bukan Lily then kembar dia? Awak ingat orang nak percaya ke? Nanti diorang ingat Lily tu gila. Saya tak nak burukkan dia, Hazrin. Kakak saya dah tak ada, saya tak nak disahkan dia lagi!"

Ada logiknya juga kata-kata Jasmine itu. Hazrin membisu sejenak. Dia menarik nafas dalam.

"Saya cuma nak orang kenal awak sebagai awak, Min. Bukan Lily, itu je!"

Jasmine mengambil tangan lelaki itu lalu digenggamnya erat.

"Hazrin, sepuluh tahun saya hilangkan diri. Siapa je yang kenal saya dulu, mungkin dah tak kenal saya sekarang. Saya tak harap pun diorang kenal saya, Hazrin!"

"Ly, kenapa awak suka sangat merepek?" Hazrin terlepas memanggil Jasmine itu Lily. Dia terpaku sendiri.

Jasmine terkedu di situ. Perlahan-lahan tangan Hazrin dilepaskan.

"Min, sorry. Saya tak sengaja!"

Jasmine tersenyum nipis.

"Lily tu baik orangnya, sebab tu ramai yang sayang dia kan? It's okay, saya faham kalau awak pun masih belum boleh lupakan dia!"

Hazrin menyentuh pipi Jasmine lembut. Wanita itu memandang suaminya.

"I'm sorry okay? Saya tak sengaja nak panggil awak Lily. Bukan saya tak boleh lupakan dia cuma, saya... Saya minta maaf okey?"

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya walaupun awak tahu saya ni kembar Lily? Lagipun, awak baru je kenal saya!"

"Kenapa awak pun nak kahwin dengan saya sedangkan awak pun baru kenal saya?" Balas Hazrin.

Jasmine sudah terdiam.

"Jodoh tu rahsia Allah, Min. Mungkin Allah nak saya bahagiakan awak lepas saya gagal bahagiakan arwah Lily."

"Awak tak pernah gagal bahagiakan dia, Hazrin. Ibu ada bagitahu saya yang Lily bahagia sangat dengan awak even tak lama pun korang kahwin."

"Sorry kalau saya masih tersasul panggil awak Lily sampai sekarang. Saya masih keliru sebenarnya, Min. Muka awak dengan arwah memang tak ada beza langsung."

"Tak apa!" Balas Jasmine.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now