Bab 56

67 2 0
                                    

Pagi-pagi lagi seluruh isi rumah besar itu dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat AZ 232 (hanya rekaan). Mereka semua fokus di depan televisyen manakala Jasmine sudah jatuh terduduk di dalam biliknya selepas mendapat panggilan dari syarikat penerbangan tempat Hazrin bekerja.

"Mama!"

Jeritan Adam dari tingkat atas menyentakkan mereka yang berada di bawah. Pantas Sumayyah dan Hidayah berlari naik ke tingkat atas.

"Min!"

Hidayah dan Sumayyah mendekati Jasmine yang sudah menangis teresak-esak itu. Adam hanya melihat dari jauh.

"Kak, Hazrin, kak!" Ucap Jasmine.

Hidayah memeluk tubuh Jasmine untuk cuba menenangkan wanita itu. Jasmine hanya kaku dengan air mata yang semakin laju mengalir.

"Min, kau kuat kan? Kau sabar ya?" Sumayyah turut memujuk.

"Aku tak kuat, Su. Aku tak kuat!"

"Min, sabar ya dik? Pesawat tu mesti akan ditemui tak lama lagi. Kita pun belum confirm lagi yang pesawat tu betul-betul hilang kan?" Ujar Hidayah.

"Kalau tak jumpa macam mana, kak?"

Sumayyah menggosok-gosok bahu Jasmine. Mereka kehilangan kata-kata. Mereka juga kaget dengan berita itu.

*****

MALAM ITU, Naufal, Aufa, Nik dan Rose datang ke rumah keluarga Hazrin untuk memastikan berita yang didengari oleh mereka itu benar atau tidak.

"Min, betul ke apa yang aku dengar? Pesawat yang Hazrin bawa tu hilang?" Soal Aufa.

Jasmine hanya mampu mengangguk lemah. Semangatnya sudah hilang.

"Min, kau sabar ea? Inshaa Allah tak ada apa-apa!" Ujar Rose pula.

"Aku tak tahu nak cakap macam mana dah, Rose. Aku cuma boleh tunggu dan tunggu je sekarang ni!"

Aufa dan Rose saling berpandangan. Ya Allah, besar sungguh dugaanMu buat mereka berdua ini. Jasmine baru saja sedar dari koma setelah lima tahun. Kini Hazrin pula dinyatakan hilang. Tak hanya Hazrin malah seluruh krew penerbangan dan juga penumpang hilang.

🌸🌸🌸

Setiap hari Jasmine menunggu dan terus menunggu tetapi, dia masih belum menerima berita baik. Setiap hari juga dia menonton berita mengenai kehilangan pesawat AZ 232.

Bila mendengar nama Hazrin disebut sebagai salah seorang krew, air mata nya mengalir laju tanpa dapat ditahan. Hazwani memeluk tubuh kakak iparnya itu erat. Dia juga sangat terkesan dengan berita itu memandangkan dia sangat rapat dengan Hazrin.

"Dah sepuluh hari, kak. Tapi, senyap macam tu je. Adik nak abang balik!"

"Akak pun nak abang balik, dik. Akak lagi harap abang balik." Balas Jasmine.

"Macam mana kalau abang takkan balik, kak?"

Soalan Hazwani itu buat Jasmine diam. Hanya air mata yang berbicara. Dia juga tidak dapat membayangkan jika benar Hazrin tidak pernah akan kembali lagi. Aku macam mana?

Jasmine terimbas kembali saat sebelum Hazrin berangkat. Hazrin hanya biasa seperti sebelumnya. Cumanya, dia memandang lama wajah Jasmine seakan-akan mahu memberitahu sesuatu atau mungkin itu petanda bahawa dia akan pergi? Tak! Hazrin masih hidup. Aku yakin suami aku masih hidup!

"Min!" Panggil Puan Sri Hazimah.

Serentak, dua wanita itu menoleh. Hazwani melepaskan pelukannya.

"Ya, ma?" Sahut Jasmine.

"Adam demam tu."

Jasmine tersentak.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now