Bab 51

78 1 0
                                    

Hazrin masih dibebeli oleh ahli keluarganya yang menyuruhnya mencari Jasmine. Hazrin menarik nafas dalam. Dia sudah sakit mata melihat kakaknya di depan.

"Rin!" Panggil Puan Sri Hazimah.

"Apa, ma?" Balas Hazrin malas.

"Pergi la cari Min tu!"

Hazrin diam. Dia serabut.

"Rin, takkan la sebab aku, kau tak nak cari isteri kau?" Soal Hazirah.

"Kau diam la, Rah. Kau tahu tak, sebab kau semua ni jadi? Kalau kau tak buat benda bodoh tu semua, kau takkan masuk hospital gila dan aku takkan hilang Min macam ni. Semua ni sebab kau!"

"Rin, kau cakap apa ni? Kau nak salahkan takdir ke apa sekarang ni?" Soal Hazwan yang sedari tadi diam.

Hazrin memandang abangnya.

"Aku tak pernah salahkan takdir, long. Tapi, kau fikir la. Kalau Irah ni tak akal singkat, semua ni takkan jadi!"

"Rin, aku minta maaf!" Ucap Hazirah.

Hazrin kembali menoleh ke arah Hazirah.

"Kau hampir nak bunuh anak aku, Rah. Kau cakap macam mana aku nak maafkan kau? Kau pun dah berjaya bunuh anak aku. Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat pada Min masa dia keguguran dulu!"

Hazirah terpaku. Ahli keluarga yang lain juga turut terpaku mendengar kata-kata Hazrin itu.

"Apa maksud Rin?" Soal Tan Sri Zaman.

Hazrin meraup mukanya dengan tangan. Sedar dia sudah terlepas cakap depan keluarganya. Perkara itu hanya diketahui oleh Jasmine, Hazriq dan juga dirinya saja.

"Rin, jawab la. Apa maksud kau?" Ujar Hazwan pula.

"Irah yang tolak Jasmine jatuh tangga sampai dia keguguran masa tu!" Jawab Hazirah perlahan.

Semua mata menoleh ke arah Hazirah.

"Mama tak faham!"

Hazirah menunduk.

"Dah alang-alang semua ada dekat sini, apa kata kau cerita je apa yang dah jadi, ngah. Itu je satu cara untuk kau buktikan yang kau betul-betul dah insaf dan untuk Rin percaya kau balik!" Ujar Hazriq.

Mereka memandang Hazriq pula.

"Kau pun tahu pasal benda ni?" Soal Hazwan kepada Hazriq.

Hazriq angguk.

"Kenapa tak ada seorang pun yang bagitahu aku?" Ujar Hazwan.

"Min yang tak nak semua orang tahu, long. Dia seboleh-boleh nak lindungi aib Irah daripada keluarga kita!" Hazrin membalas.

Hazirah semakin dihimpit rasa bersalah selepas mendengar kata-kata Hazrin itu. Baiknya hati Jasmine.

"Okey, Irah akan cerita semuanya!" Ucap Hazirah.

Semua ahli keluarganya mula menumpukan perhatian kepadanya.

"Ya, memang Irah penyebab Jasmine keguguran!"

Mereka terkejut dengan pengakuan itu.

"Irah, sanggup kamu buat macam tu?"  Ujar Puan Sri Hazimah. Tidak sangka anaknya sekejam itu.

Tan Sri Zaman menenangkan isterinya.

"Sabar, Mah. Kita dengar dulu apa yang Irah nak cakap!"

Puan Sri Hazimah diam.

"Irah datang rumah Hazrin masa tu untuk halau Min dari rumah tu. Irah ambil kesempatan masa Rin tak ada dekat rumah. Irah paksa Min keluar dan bila Min panjat tangga nak naik atas, Irah tak sengaja tolak Min sampai dia jatuh."

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now