Hazwini yang dari tadi mengelemun panjang usai ibu mertuannya memberi nasihat, terus sahaja sedar tatkala suaminya mengusap bahunya. Tangannya mencapai jag kaca berisi air mawar. Kemudian matanya memandang sayu ke arah dua-dua kubur yang tertanamnya insan yang amat di sayanginya.

"Insya Allah, nanti kakak datang lagi... Kakak pergi dulu ayah, Abang Riq... Semoga baik-baik disana," monolognya dalam hati. Ketika itu, telinganya sempat menangkap bicara Airil Adryan yang begitu perlahan. "Ayah, Airil akan jaga anak perempuan macam Airil jaga nyawa sendiri... Ayah jangan risau ya? Dan kau, Riq... aku sayang kau. Insya Allah, kita akan jumpa disana. Grazie per essere stato il mio migliore amico nei momenti difficili e felici ... Lo apprezzo il più possibile."

Berkerut sedikit dahi Hazwini, hujung bicara Airil Adryan. Bahasa Tamil dia lagi ke? Dia cakap apa eh? Huwaaa... Authorku yang hensem tolonglah terjemahkan...

Author: Gue malas. Pergi lah tanya kakak google translate.

Hazwini mencebik bibir.

"Hana... Jom?"

"Ha? okey,okey!" Dia tersedar dari lamunannya. Perlahan kakinya mengikut langkah Airil Adryan. Dan... Hatinya berat untuk meninggalkan kawasan tanah perkuburan. Lagi-lagi kubur arwah ayah dan abangnya.

Dia mengeluh.

___________________________________________

"SELAMAT hari raya, ibu..." Hazwini mencium lembut tangan Pn. Hawa. Selang berapa saat dia berkata lagi, "Maafkan kakak ya ibu. Kalau kakak ada buat salah dengan ibu atau tersakitkan hati ibu... Kakak minta maaf sangat," tuturnya dengan sayu. Tetapi dari nadanya mahu menangis.

"Kakak tak ada buat apa-apa salah pun kat ibu. Ibu dah lama maafkan kakak, sayang."

Hazwini tersenyum manis. Syukurlah! Lantas tubuh si ibu didakap erat semahu-mahunya. "Kakak sayang ibu!"

"Ibu pun sayang dekat anak perempuan yang cantik ni..."

"Dan kacak!" Laju Hazwini menokok. Kedengaran gelak tawa dari Airil Adryan dan Haziq Raiyyan yang tidak jauh darinya. Aqil Aryan pula masih lagi sibuk dengan sesi bermaafan bersama papa dan mamanya setelah usai Airil Adryan bermaafan dahulu.

"Kacak untuk lelaki kakak..." tegur Pn. Hawa.

"Ya, kakak tahu..."

"Time's up! Dah...! Adik bermaafan dengan ibu pulak! Shuh, shuh!" Halau Haziq Raiyyan selamba kepada kakaknya seperti menghalau kucing. Hazwini menjeling tajam kepada adiknya. Karang bagi Bushi baru tau langit tu tinggi!

Akhirnya Hazwini akur. Dia memberi ruang kepada adik lelakinya untuk bermaafan dengan ibunya.

"Ibu, huwaa! Adik nak minta maaf dengan ibu... Sebenarnya ada adik tak puasa hari itu... Sehari je. Sebab adik lupa kita bulan puasa lagi... Adik terminum air sejuk ehe. Lepas tu adik makan roti dan adik tersedar... Lepas tu adik sambung makan lagi, hehe."

"Apa?! Kamu tak puasa!"

"Haaaa, ibu jangan tukar jadi mak singa! Hari ni kan hari raya... Adik janji adik qada' balik. Aduh. Jangan marah-marah. Tak lawa."

"Banyak kamu punya qada. Dah tahu sedar, kenapa pergi makan lagi? Kamu tu dah besar adik... Boleh jadi laki orang tahu?" Bidas Pn. Hawa geram. Telinga anak lelakinya dipiat. Terpejam-pejam mata Haziq Raiyyan menerima kesakitan yang diberi ibunya.

Hazwini sudah ketawa terbahak-bahak melihat adiknya sungguh meminta maaf kerana kekhilafannya itu. Haiyokk ibu dah marah... Haha.

Kemudian matanya bertemu sepasang mata iris berwarna biru. Bak kata, Aqil Aryan seperti warna bluetick whatsApp.

Dengan langkah malu-malu dia menghampiri ke arah suaminya.

"Abang... Hana nak duit raya. Hehe." Tak sangka kalimat ini yang terluncur dibibirnya.

Semerta-merta Airil Adryan membulatkan matanya. Duit raya?

"Hana biar betul? Abang ingatkan Hana datang dekat abang nak maaf-maaf... Tapi..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya Hazwini memintas laju.

"Hehehe... Hana gurau ajelah. Selamat hari raya suamiku... Maaf zahir dan batin. Huhuhu..." terus tangan Airil Adryan dicapai dan dikucup lembut.

"Nafkah batin bila nak bagi?" Bisik Airil Adryan perlahan ditelinga Hazwini yang berlapikkan shawl berwarna biru tua.

Hazwini yang mendegar kata Airil Adryan sudah membulatkan mata. Lalu jarinya pamtas mencubit paha suaminya yang sasa itu.

"Adoi! Abang gurau jelah! Ingatkan Hana sorang je boleh gurau? Tapikan apa yang abang cakap tadi betul apa..." kata Airil Adryan yang sudah tersengih-sengih nakal.

"Malaslah nak kawan dengan abang ni. Baik Hana makan baulu..."

"Tak kesah. Abang boleh je kahwin dengan Bushi kalau Hana tak nak kawan dengan abang lagi."

"Apa mengena kawan dah kahwin? Nak mengaku abang gay lah tu." Balas Hazwini tak puas hati.

"Haha abang gay dengan Bushi? Nabi tak mengaku umat oi. Hahahaha..."

"Kalau nak tahu... Kat UK masa mamat ni buat phD, banyak scandal kut haha." Tanpa salam atau hai ada hamba Allah ni mengacau pasangan sejoli ini.

"Tak baik memfitnah, bro. Kang aku sekeh kepala kau terus melayang kat hutan Amazon nanti."

Aqil Aryan mencebik. Tapi tak lama dia mengambil songkok kembarnya yang tengah pakai itu lalu di atas kepala Bushi, si kucing yang enak diulit mimpi di tepi sofa.

"Hahaha baru handsome macam aku... Ini tak. Muka kembar aku yang hodoh juga nak ikut." Katanya selamba beruk tanpa mempedulikan wajah Airil Adryan yang mahu bertukar jadi hulk hijau.

"Kucing aku, suka hatilah... Yang kau ni sibuk kacau aku dengan bini aku pahal? Tak ada life eh? Tulah... Aku suruh kahwin tak nak. Itu mulalah nak mengacau aku dating dengan bini aku. Tak apa-takpa... Ada ubi ada batas, bila kau dah kahwin aku kacau balik!" Bebel Airil Adryan panjang kepada kembarnya. Siap berpantun lagi. Songkok milikya di kepala Bushi di ambil. Takpasal- pasal lemas pula kucing kesayangannya itu.

"Eleh. Sadap you. Dah, bye-bye! Gue mahu makan. Yehaaa! Pergi Pavillion membeli baju, Sting aku yahuu!"

Maka, Aqil Aryan sudah melangkah pergi ke meja makan. Bushi pula masih lena. Kesian, semalam dia penat tolong bakar lemang. Hahaha... Bakar lemang ke, kejar Haziq Raiyyan? Hahaha adeh.

Tanpa sedar Hazwini tergelak besar. Geli hatinya melihat kembar sama kembar bergaduh. Mungkin bergaduh manja.

"Lawak sangat ke?" Tanya Airil Adryan dengan nada acah-acah dingin.

Pantas Hazwini mengangguk seraya memegang perutnya yang senak dek terlalu banyak ketawa.

"Sudah. Berhenti gelak tu. Kang abang cium kat sini!"

Erk. Amaran dan tegas.

"Okey... Ala. Gelak pun salah ke?"

"Salah!" Hazwini mencebik. Heh. Nak marah-marah pula.

" Yelah... Abang. Dyaz dengan Affan tak datang raya rumah ibu ke?"

"Not sure... Tapi dorang memang ada kat sini, stay kat hotel. Semalam lepas abang bayar zakat fitrah dengan Aqil terus abang lepak dekat hotel dorang duduk." Terang Airil Adryan.

"Euuewww gay! Hahaha..." gelak lagi Hazwini. Langsung tak kesah pandangan tajam Airil Adryan memanah anak matanya

"Assalamualaikum warah matullahiwaba rokatuh! Kami datang nak raya..."

"Waalaikumussalam, masuklah." Kedengaran suara Pn. Hawa mempelawa.

Kelihatan Liana, Adriana, Aisyatul, Fify dan Aleya melangkah masuk kedalam rumah. Hazwini tersenyum keriangan. Sahabat in the house yo!

Membuat Hazwini terkejut lagi, Dyaz dan Affan pun ada sekali.

Raya pertama yang penuh indah... Bunyi suasana dalam rumah itu agak bising dek kehadiran tetamu-tetamu yang datang untuk beraya.

Dalam tak sedar.... Ada sepasang mata yang memerhati.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now