"Dia kata dia nak datang sini dengan Nik, Naufal dan Fa sekali. Hujung minggu ni."

Jasmine angguk.

"Achik dah tahu ke?"

"Tahu dah. Aku bagitahu dia semalam lagi masa dia tengah berbual dengan Azzam. Azzam izinkan je."

Jasmine angguk lagi. Tiba-tiba dia memegang perut Sumayyah. Sumayyah sedikit terkejut.

"Eh, kau kenapa?"

"Ni dah ada isi ke ni?"

"Eh, mana ada la."

Jasmine mengecilkan matanya ke arah Sumayyah. Sumayyah pelik.

"Tipu!"

"Mana ada aku tipu kau, Min."

"Su, aku kenal kau dah lama tahu? Tak mungkin la perut kau buncit kan? Cakap dengan aku, berapa bulan dah?"

Sumayyah tersengih-sengih.

"Macam mana kau tahu ek? Aku baru ingat nak buat surprise."

"Banyak la kau punya surprise. Aku pernah pregnant, Su. Aku tahu la. Berapa bulan?"

"Tiga!"

"Tiga? Sampai hati kau tak bagitahu aku. Dah lama la kau tahu ni?"

"Ya, sebelum datang sini lagi. Sorry, aku tak nak ganggu emosi kau je. Yelah, masa tu emosi kau tengah tak stabil. So, aku rasa macam tak patut je aku bagitahu kau. Maaf ya?"

Jasmine tersenyum.

"Congrats!"

"Thanks. Tapi, aku macam tertinggal train la pulak kan?"

"Kenapa pulak?"

"Yelah, anak-anak korang semua dah besar. Aku je yang masih menunggu."

"Ala... Tak apa la. Perlahan-lahan. Tapi, aku rasa bersalah pada anak-anak aku."

"Kenapa?"

"Su, lima tahun diorang membesar tanpa aku. Then, suddenly papa diorang pulak hilang. Aku rasa dalam masa tujuh tahun diorang membesar ni, diorang cuma dengan along dan Kak Dayah je. Aku rasa aku dengan Hazrin dah gagal jadi ibu bapa yang baik."

Sumayyah pula yang memegang tangan Jasmine.

"Aip, tak nak la cakap macam tu. Aku cakap apa tadi dengan kau? Positif kan? Semua yang jadi ni bukan korang yang minta. Kau dengan Hazrin tak pernah minta pun untuk jauh dengan Adam dan Hawa kan?" Ujar Sumayyah.

Jasmine angguk.

"So, kau tak boleh cakap macam tu. Kau dengan Hazrin tak pernah gagal untuk jadi ibu bapa yang baik. Selama kau koma, Hazrin besarkan dan didik anak-anak korang dengan baik. Then, sepanjang dua tahun Hazrin hilang, ada kau abaikan anak-anak kau? Tak kan? So, dekat mana yang gagalnya? Tak ada, Min. Korang dah jalankan tanggungjawab korang dengan sempurna sekali dan aku yakin Adam dan Hawa mesti bangga dapat mama dengan papa macam korang."

"Eh, aku tak tahu la kenapa lately ni aku macam emosional sikit."

"It's okay, aku faham. Kau jangan risau okey? Aku sentiasa ada dekat sini dengan kau. Kalau kau perlu aku, kau cari je aku." Ucap Sumayyah.

Jasmine angguk lagi dan lagi. Banyak nasihat yang diperolehinya dari Sumayyah.

*****

Jasmine masuk ke dalam bilik Hazrin tanpa membuat bising. Walaupun Hazrin masih tidak sedar, dia tidak mahu menganggu tidur panjang Hazrin. Perlahan-lahan dia duduk di sisi katil tempat suaminya berbaring.

Tangan yang diletakkan di atas katil ditongkat ke dagu sambil merenung wajah yang amat dirinduinya itu. Dia teringat cerita Sumayyah mengenai Hazrin tadi. Terus dia mengambil yassin yang berada di atas meja di sisi katil.

Dia masuk ke dalam bilik itu sebaik saja solat isyak berjemaah bersama yang lain sebentar tadi. Kini mereka semua sedang makan malam. Dia saja yang tidak mahu.

Yassin itu dibuka lalu dimulainya dengan Al Fatihah sebelum dia mula membaca jantung Al Quran iaitu surah yassin. Perlahan dan sayu suaranya mengalunkan ayat-ayat dari surah itu. Dalam hati, dia berdoa supaya Hazrin cepat sedar dari lena panjangnya.

Entah bila masanya dia terlena, Jasmine hanya terjaga bila Sumayyah mengejutnya untuk solat subuh.

"Su, aku nak solat dekat sini la." Ujar Jasmine.

"Hm, yelah. Aku keluar dulu ya? Kau jangan lupa turun breakfast tahu? Dah la semalam kau skip dinner. Kali ni aku tak benarkan kau skip breakfast. Kau tak turun, aku naik tahu?"

"Iya, lepas solat nanti aku turun la. Aku tolong kau masak."

"Okey!"

Sumayyah berlalu. Jasmine masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Dia membentang sejadah selepas siap memakai telekung.

Dia melipat telekung dan sejadah sebelum menyarung tudung di kepala. Sebelum keluar dari bilik, Jasmine duduk di sisi katil.

"Hazrin, saya cuma nak awak tahu yang saya ada dekat sini tahu? Awak dah boleh bangun dah rasanya. Itu pun kalau awak tunggu saya la. Saya sayang awak sangat tahu?"

Jasmine tersenyum dan mengucup dahi suaminya sejenak.

"I missed you so damn much. I wish I could see your precious smile again. I don't want anything. I just want you. I know you hear me. Fight for me okay? I know you're such a strong person. Saya turun dulu, nanti saya datang balik ya?" Ujar Jasmine yang memegang tangan Hazrin itu.

Dia bangun tapi, tangannya terasa seperti ditarik. Cepat dia menoleh.

"Hazrin?"


p/s; sorry ya gais? Lately ni busy kit.. tu yg lmbat update.. so here we go.. hope korang enjoy la ya? Idea lari weh😅.. tk dpt nk kejar.. jauh dia lari..😂 tolong la vote sikit.. sis nk tau gak korang suka ke tak dgn story sis ni.. eheh meminta pulak an..

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now