"Lepas lah!"

Genggaman di lengan Tiara dilonggarkan. Alis kening dijongket, meluncurkan agenda yang melekat di kepala. Anak mata mereka saling memanah sesama sendiri. Dia tidak mahir untuk bermadah semata-mata untuk mencuri hati gadis itu. Berterus-terang lebih baik. Kalau Tiara sudah jelas dengan kemahuannya lebih mudah.

"Be mine because it's just going to work out that way."

Terbuntang mata Tiara mendengar pengakuan berani mati dari gerangan sasa di hadapan. Jantungnya berdebar melepasi had kadaran normal manusia. Terkejut dan tidak percaya. Tuan Hardeen memang benar-benar sudah hilang akal!

"Tuan gila ke?!" Soalnya lantang, menentang anak mata Hardeen tanpa rasa getar. Hatinya sudah melonjak-lonjak untuk segera keluar dari sini.

"That's the price and you have to pay it up. If you agree to what I've asked for, then things will be much better between us."

"Tuan jangan buat lawak lah. Untuk apa? For the sake of your ego-boosting? Apa yang relevannya untuk I bersetuju dengan keinginan tuan?"

Tiara menyoal pula namun kali ini nadanya jelas tidak berpuas hati. Tidak getar dia mendongak melawan pandangan lelaki itu. "Kita tak pernah bercinta, saling suka pun jauh sekali. I pasti kita tak suka antara satu sama lain. I tak tahu apa agenda tuan, permintaan tuan tak masuk dek akal langsung."

"I don't give a damn, Tiara. Just cut the crap and skip those damn steps. Kau nak bercinta? Kita boleh bercinta. Jadi milik aku. Is that so difficult for you?" Soal Hardeen dengan wajah ketat. Kekok sungguh menyatakan sesuatu yang tidak dirasai di dalam hati.

"That's not how it works. Hal perasaan dan hati tak semudah itu. I benci tuan. Jelas? I tak sebodoh itu untuk letakkan sebelah kaki dalam neraka ciptaan tuan." Tiara tertawa sinis. Tetap dengan pendiriannya untuk menolak. Berkemungkinan suatu hari nanti dia dijadikan kambing hitam lelaki bermuka-muka ini pula.

"Lepas, I nak keluar. Now."

Rahangnya bergerak. Jujur dia agak terkejut kerana ini merupakan kali pertama dia dipersendakan. Mana mungkin kata penolakan melekat di halwa telinga kerana dia ialah Hardeen Daniel, usahawan hartanah yang paling popular di serata dunia. Majoriti para wanita berebut-berebut untuk melunaskan impian sebagai pasangannya. Tapi mengapa bukan Tiara? Kenapa gadis itu tidak bisa menjadi normal seperti wanita yang mudah menyerah kepadanya?

"I said let me go. Tuan tak faham bahasa ke?" Nada suaranya sudah berubah berat. Tiara mengetap bibir. Di dalam hati cuma satu. Keluar, keluar dan keluar. Dia mahu segera melangkah pergi dari neraka ciptaan Tuan Hardeen ini. Sesak sungguh nafasnya sekarang ini.

"Aku boleh beri kau kemewahan kalau itu bayarannya untuk kau jadi milik aku. Just name what you want, and I'll make it happen."

Pang!

Hardeen terpana tatkala satu tamparan sulung dihadiahi di pipi kanannya. Rona wajah Tiara yang berubah kemerahan, semerah kotak baldu. Genggaman dilepaskan serta-merta. Cairan jernih di tubir mata gadis itu berkumpul, menanti untuk menyembah jatuh ke bumi. Mereka berdua saling berhadapan selepas gadis itu membetulkan dirian di hadapannya dengan satu pandangan yang sarat dengan kebencian. Rahang diketap rapat.

"Disebabkan sikap tuan, I jadi benci dengan manusia bongkak. Disebabkan tuan ada kuasa, tuan fikir tuan boleh beli maruah orang lain? Tuan fikir dengan kemewahan yang tuan ada, tuan boleh beli manusia? I masih ada harga diri." Bidas Tiara sambil menunjuk diri sendiri. Berombak-ombak dadaya mengawal kemarahan. Tubuhnya menggigil-gigil.

T I A R AWhere stories live. Discover now