"Bushi nak apa, sayang? Mama tengah buat kerja ni," seakan-akan faham reaksi Bushi, Hazwini berbicara.

Dalam masa yang sama, Haziq Raiyyan menarik nafas lega. Mujur binatang itu sudah pergi mengacau kakaknya itu. Asyik mahu mendekati diri dia sahaja. Geli! Hodoh pula tu.

"Meow, meow, meow..."

Hazwini tergelak kecil begitu Pn. Hawa tatkala Bushi sudah membuat kuak lentang di atas lantai. Jelas kelihatan perut Bushi yang bulat itu.

"Bushi nak apa ni? Pergilah main dengan Abang Haziq tu. Dia suka SANGAT dengan kucing. Terutamanya dengan kucing comel dan gemuk macam Bushi ni. Tak percaya cakap mama? Pergi try main dengan dia. Confirm SERONOK!" Tutur Hazwini dengan riak masih selamba. Perkataan SANGAT dan SERONOK sengaja di tekankan untuk menyakat Haziq Raiyyan. Senyuman sinis sempat diukir olehnya.

"Huh, sah akak aku ni tak betul. Macam lah binatang hodoh tu boleh faham."

"Ehem! Bushi, pergi apa yang mama suruh tu," kata Hazwini dengan tegas kepada Bushi. Seperti faham, Bushi terus berlari kembali ke ruang tamu. Maka, segenap pelusuk rumah ini hanya bunyi kedengaran jeritan 'pondan' Haziq Raiyyan.

"Huwaaa, ibu! Kakak jahat! Tolonglah, ambil binatang ni!!" Jerit Haziq Raiyyan sambil berlari  pantas dari dikejar dari Bushi. Tujuan Bushi, mahu dibelai dan dimanjai sahaja. Bukan nak makan orang pun.

Hazwini sudah tergelak jahat. Pn. Hawa senyap-senyap sudah memakan sebiji baulu tanpa mengedah jeritan anaknya serupa nampak penanggal.

"Sampai hati buat adik begini... Huwaaaa...!!!" Dia berlari sehingga kedepan pintu utama rumah. Itu sahaja peluang dirinya lari jauh dari dikejar binatang hodoh dan gemuk itu.

Pintu dibuka pantas. Tetapi...

"Aduh!"

Mata Haziq Raiyyan terbuntang besar. Bagaimana dia boleh TER... Errr... Eh?

"Haziq Raiyyan! Eeee, kau ni kan!" Marah Fatini geram. Belakang badan lelaki itu ditampar berkali-kali dengan kuat. Suka hati otak dia je nak peluk aku! Dia lebih rela jatuh tergolek di anak tangga dari dipeluk bukan muhrimnya.

"Sorry, sorry!  Ada monster kejar aku tadi. Huwaaa..."

"Meow..."  tanpa sedar Bushi sudah terjengul di tepi pintu rumah seraya menjilat bulu-bulunya itu.

"Heee..." pantas, Haziq Raiyyan menyorok dibelakang Fatini. Seram sejuk dia melihat binatang yang dikatakan sememangnya hodoh dan gemuk olehnya. Bagaimana Abang Airil dan kakaknya boleh membela monster itu? Tak geli ke?

"Ya Allah! Bilalah kau punya trauma ni nak hilang? Daripada  kesian jadi menyampah aku tengok kau ni. Tahu tak?!"

Haziq Raiyyan di belakang Fatini mampu mencebik bibirnya. Matanya menjuling ke atas seraya mulutnya  terkumat-kamit mengajuk leteran perempuan itu.

"Hei,  si comel." Perlahan-lahan Fatini membongkok tubuhnya untuk mencapai Bushi. Baginya baka britsh shorthair  adalah kali pertama dia dapat melihat depan matanya. Selama ni dalam internet atau di televisyen sahaja. Untuk memiliki baka kucing british shorthair sememangnya mahal. Orang yang berkemampuan dapat memiliki kucing ini. Tapi dia tetap bersyukur, kucing kampung yang dibelanya telah banyak menabur bakti kepadanya.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now