Bab 24: Karipap Seludup

1.3K 227 71
                                    

Sepanjang makan malam tadi berlangsung , sedaya upaya Sakeenah cuba menahan diri dari bertindak yang bukan bukan.

Sebaik sahaja mata bundarnya bertembung dengan panahan anak mata tajam Eesa, hampir saja membuatkan Sakeenah hilang pedoman.

Terkejut. Teruja. Berdebar. Semua rasa menjadi satu.

Ikutkan hati, mahu saja dia bangun dari duduknya dan berlari kearah Eesa sambil membawa sepanduk yang bertulis.

'EESA! HERO POETRY YANG HILANG!'

Okay hiperbola.

Mengingatkan pada realiti nyata bahawa mereka masih berada dalam majlis makan malam formal keluarga besar Katana. Membuatkan Sakeenah tekad menanam kewarasan dalam dirinya.

Behave Sakeenah. Mohon behave.

Fuhh.

Riak wajah dia cuba kawal sebaik mungkin.

Dari jauh dia dapat lihat Ojii-sama, 'Asahi' dan juga 'Isaki' berbual bual mesra dalam bahasa jepun.

Seakan baru disimbah air dingin. Membulat mata Sakeenah merenung wajah tenang bersahaja Si Abang sulung.

'Abang Obayd! Macam mana Abang Obayd boleh kenal Eesa? Opps..  maksud Poetry, Abang Is? How can?' Mood ingin tahu ditambah teruja dan gedik, on!

Tapi semua plan kegedikan tidak berjalan lancar seperti yang dirancang.

Peraturan dan adat keluarga Katana yang sangat ketat, menjadikan batas Sakeenah untuk mendekati mereka si para lelaki. Terhalang.

Ughhh!

Dan penghakhirannya Sakeenah disini bersama para wanita lain, termasuk Cik Lyn. Duduk berteleku dan bersimpuh sopan sambil membancuh teh hijau.

Sadis.

"Poetry, can you stop staring. It's kinda rude, hurm honey?" Keras bisikan amaran dari Cik Lyn hinggap di gegendang telinganya.

.
.
.

Percaya atau tidak, majlis makan malam formal yang penuh kebosanan itu berakhir begitu saja.

No drama. No fun.

Hanya kosong dengan suara Ojii-sama yang mendominasi keadaan sedari awal hingga penghujung majlis. Boring.

"Tuan muda Asahi perlukan apa apa?" Tanya seorang pembantu wanita.

Sopan menunduk hormat pada Obayd. Ukashah awal awal sudah berjalan lenggang memasuki kediaman besar Katana.

"Sediakan air suam dan teh hijau ditempat biasa."

Tiga orang pelayan wanita itu menundukkan separuh badannya sebelum berlalu keruang dapur untuk menyediakan pesanan sesuai perintah dari Obayd Dillah.

Sakeenah yang tadinya berjalan lesu dari garaj kereta. Serta merta segar. Teringat sesuatu.

'Abang Obayd!'

Seperti palesit Sakeenah mencicit mendekati Abang sulungnya. Lengan tegap Obayd dia peluk kemas, sisi badan dibawa menyendeng kearah badan Abangnya. Kepala dilentokkan manja.

Obayd Dillah yang agak terkejut dengan tindakan drastik adik perempuannya, hanya melepas tawa walaupun dalam nada yang jelas kepenatan.

"Keshian Abang Obayd Poetry. Kena buat macam macam kerja. Mesti Abang penat kan? Hurmm. Ojii-sama hidoi!" (Atuk kejam!)

Sekali lagi Obayd ketawa terhibur. Ada ada sajalah Puisi Ketenangan mereka ini. Manja. Menghibur. Pandai ambil hati.

Haihh.. ini dah melekat macam belangkas ni, tak lain tak bukan pasti ada agenda tersendiri ni.

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now