Bab 12 : Mak Cekkk!

1.6K 248 109
                                    

"Dah lewat ni Zin. Kau hantar aku dekat surau je,aku nak ambil motor lepastu nak hantar Eesa balik rumah dia.Kau gerak la dulu jemput bini dengan anak kau dekat rumah aku."

Razin yang masih fokus dengan pemanduannya hanya membalas dengan anggukan ringkas.

"Bawa Poetry sekali.Kau tak payah cerita apa apa lagi dekat Hawa. Biar aku je explain dekat dia nanti." kali ini Razin menjeling sekilas kearah Zamanee. Kening sebelah dijongketkan.

"Aku tak nak dia risau. Dia tu dah la jenis gelabah.Tak pasal pasal ada drama air mata sebabak pula dekat rumah aku tu nanti." Dan kata kata Zamanee disambut dengan hilaian tawa Razin.

HAHAHAHA

Minah jepun itu memang, tidak pelik lah dengan sifat Poetry Sakeenah yang suka berdrama itu. Semua adalah genetik yang diwarisi dari si ibu.Mengingatkan itu. Razin kembali mencuri pandang dari cermin depan, melihat Sakeenah yang duduk tersipu dengan badan melekap dipintu kereta.

Eesa dipintu belah kiri dan Sakeenah dipintu belah kanan. Jarak kedudukan mereka berdua sangatlah jauh.Tidak seperti tadi, Sakeenah tidak lagi memangku kepala Eesa dan mereka juga tidak bercakap sepatah perkataan pun.

Masing masing seakan tersipu sipu malu. Cuma kadang kadang dia tertangkap juga lirikan mata Sakeenah yang mencuri curi pandang ke arah Eesa.Dan bila Eesa perasan diri semacam diperhati,cepat cepat Sakeenah larikan pandangan kearah lain.

Razin menahan tawa yang sedari tadi tertahan. Apa apa saja lah budak berdua ni. Hahahaha.

"Eh Zam. Ahim kata kena bawa Eesa datang klinik lagi kan? untuk apa?"

"Buang benang jahitan dekat Eesa tu lah. Mungkin dalam seminggu dua lagi kot, aku hantar Eesa ke klinik lagi." terang Zamanee.

Kalut Ibrahim Tan tadi cuba mengejar mereka ditempat parking, rupanya hendak pesan supaya Eesa dibawa lagi untuk membuang benang pada jahitannya. Tunggu luka kering dulu lah nampanya, dan ia mungkin mengambil sedikit masa.

"Kau tahu ayah Eesa tu kerja apa?" sekali lagi Razin bertanya.

"Tok ketua ada bagitahu masa dekat surau tadi. Katanya Ayah Eesa kerja offshore. Lebih kurang macam kau lah.Bezanya kau ketua chef bahagian kitchen kan?" Teringat perbualan Zamanee dengan tok ketua petang tadi. Ketika mereka masih sibuk dengan kerja gotong royong.

Razin membulatkan sedikit matanya. Tak sangka ayah Eesa juga sama sepertinya.

Eesa rasa seperti namanya disebut sebut,pantas dia halakan pandangan  kearah dua orang lelaki didepan itu.

"Ayah Eesa kerja apa?" tanya Razin, cuba mengambil kepastian.

Eesa terkebil kebil mendengar soalan itu.

Ayah kerja.. selalu tak ada dekat rumah.

Ayah kata ayah kerja dekat tengah laut.

"Papa.. kerja dekat tengah laut." jawaban yang Eesa rasakan paling tepat.

"Ooh.. betul lah tu Zam. Offshore. Jadi sebab tu lah Papa Eesa selalu tak ada dekat rumah?" Razin menyoal lagi. Bukan senang hendak lihat Eesa bersuara.

Eesa mengangguk.

"Papa memang selalu tak ada dekat rumah. Papa kata Papa kena kerja." mendung saja suaranya.

Kerana kerja papa lah yang buatkan papa tidak tahu apa yang dilaluinya selama ini. Langsung tidak tahu.

Dan akhirnya suasa kembali menyepi. Masing masing sibuk melayan perasaan sendiri. Hinggalah kereta hitam Razin memasuki perkarangan laman surau.

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now