Bab 29: Nour Hikari.

1K 177 108
                                    

Megat Obaydillah dan Katana Asahi. Satu orang yang sama dengan latar belakang yang berbeza.

Katana Asahi. Sebaris nama yang sangat disegani gerangannya. Bicaranya tidak banyak namun setiap patah kata yang terlafaz olehnya jelas dapat  mengintimidasi keadaan. Menjadikan yang lain merasa inferior dek aura superior dari jejaka belia yang dikenali dengan kehebatannya menaikkan kembali martabat klan Katana, the fallen clan.

Asahi. Hanya dia satu satunya, pewaris lelaki yang menjadi rebutan tiga keluarga besar dengan perbezaan agama, bangsa dan kewarganegaraan.

Katana, Megat dan Lanford.

Tapi semua itu hanya pada luaran mata kasar saja. Imej itu hanya umum dapat dilihat oleh mereka yang 'mengetahui' siapa itu gerangan Katana Asahi, bukan mereka yang 'mengenali' siapa Megat Obaydillah.

Sedangkan Megat Obaydillah, hanyalah sosok lelaki pendiam yang sangat mentaati agamanya. Peribadi yang sangat rendah diri dan sederhana membuatkan orang sombong juga bisa merasa segan jika berada di dekatnya.

Itulah Obaydillah di matanya. Obaydillah yang dia kenal adalah jejaka budiman yang sangat tinggi pekerti dan sangat baik kualiti akhlaknya.

Untuk gadis bawahan yang masih tidak jelas asal usul salasilah keturunannya. Jejaka itu mempunyai martabat yang terlalu tinggi untuk didampingi dan sangat jauh untuk digapai.

Sangat.

Buat kesekian kalinya gadis itu hanya mampu mengukir senyuman kecil dan mula bergerak menggamit beg yang berisi barangan peribadinya.

Kali ini dia betul betul yakin dengan keputusannya. Mungkin cukup sampai di sini sahaja kesempatan yang dia ada. Pintu keluar khas untuk para pekerja di halaman belakang kediaman Katana, dia buka perlahan.

"HIKARI!"

Langkah kaki terpasak kaku di depan pintu. Dia dapat dengar dengan jelas ada orang yang memanggil namanya. Dan orang itu jugalah yang memberikan nama itu kepadanya, dia sangat kenal suara itu. Memikirkannya saja buatkan mata terpejam dengan sendirinya.

"HIKARI!"

Derap tapak kaki makin jelas mendekatinya dari arah belakang. Tubuh seakan membeku, tak dapat digerakkan mengikut kehendak diri.

.

.

.

Laluan panjang rumah kayu tradisional dengan pemandangan tepat menghadap halaman luas sangat mendamaikan. Angin dingin musim bunga yang menyinggah membuatkan Hawa mengerekot dalam dukungan suaminya.

"Shhhh. Shhhh.. it's okay. Shhhh." Bisikan lembut Zamanee dibalas dengan senyuman mamai si isteri.

"Eve dah bangunlah. Cepat turunkan.. Abang dah tua, nanti sakit belakang." dada suaminya dia tepuk perlahan.

"Really? Tua ya? Then, should we tell the children that this 'old' man will give them another sibling?" usiknya.

Hawa sudah sorok muka merapat ke dada suaminya.

"ALLAHU AKBAR!"

Suara Poetry Sakeenah dan Ukashah galak berkejaran di belakang.

"Apa akak ni? ibu! ayah! tengok kak Poetry ni kacau Kashah." rengek si adik.

Poetry masih belum berpuas hati dengan jawaban dari adiknya. Leher Ukashah dia cekik dengan lengannya.

"HIKARI!"

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now