Bab 31 : Kembali

1.5K 142 108
                                    

Hai, jemputlah membaca. Rajin-rajin lah ye 4k sampai ke bawah. Tapi rasanya lagi banyak merapu dengan membebel. Hehe

Nantikan scene serunding dinosaur di bawah ya.

Jumpa dekat sana nanti! Ja~ne~

Ehem, Saya mewakili pihak typo ingin meminta maaf awal-awal kalau ada salah silap typo ya. Typo baik orangnya. Isk, sebak.

Pardon the typo~ tak cek lagi. Nanti saya baiki kalau ada. Ehek

•••••

Sepulangnya Eesa dan Obayd dari Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo tanpa sempat pun melepas lelah setelah hampir seharian perjalanan, mereka berdua terus bergegas untuk menemui Zamanee dan Uncle Emmet.

Usai memaklumkan perihal Nour Hikari berkenaan latar belakang dan ayah kandungnya di Malaysia.

Mereka memutuskan untuk mempertemukan sendiri Nour dan Mizune.

Dan dalam tempoh terdekat setelah menguruskan visa Nour, mereka akan kembali pulang ke tanah air tercinta. Didahului oleh Uncle Emmet dan Cik Lyn yang akan membawa pulang Nour kemudian barulah disusuli oleh mereka sekeluarga.

Pastinya bersama Eesa.

Perbincangan selesai. Zamanee menepuk perlahan bahu anak sulungnya, meninggalkan sedikit pesanan yang membuatkan Obayd berkerut dahi cuba memahami.

Belum pun sempat untuk bertanya maksud dari ucapan ayahnya, uncle Emmet dan Zamanee melangkah keluar dari ruangan keluarga Katana.

Dari apa yang mereka tahu, selama pemergian mereka berdua ke Tokyo, Zamanee dan Uncle Emmet menghabiskan masa mereka menemani Oji-sama di dalam ruang keluarga ini.

Ruang hangat yang digunakan hanya ketika ada perbincangan penting berkenaan keluarga Katana.

Pastinya ayah, uncle Emmet dan Oji-sama membincangkan perkara yang cukup serius.

"Kau tak rasa macam ada perkara yang ganjil?" Soalan Eesa menyedarkan Obayd.

Mereka berdua tetap dalam posisi duduk seperti ketika bersama Zamanee dan Emmet.

Kali ini menunggu ketibaan Oji-sama pula, untuk membincangkan hal hal berkenaan kemajuan Projek Smart Lock terbaru Katana Beta yang bakal Obayd serahkan seutuhnya kepada datuknya.

Perbincangan mereka berlangsung agak lama dari yang dijangkakan. Semua detail pemegang saham dan butiran terperinci berkenaan investor baru dalam projek itu semuanya dalam semakan oji-sama.

Akhir sekali Obayd menyerahkan fail mengenai mesyuarat penting yang harus dihadiri oleh chief director Katana Beta iaitu oji-sama sendiri.

Mungkin inilah akhir dari perjalanan dua jejaka muda itu menaikkan syarikat sistem keselamatan di bumi asing matahari terbit.

"Mesyuarat penting ini saya serahkan kepada oji-sama selaku chief director Katana Beta. Isaki dan saya akan pulang ke Malaysia untuk beberapa waktu." Sopan Obayd bertutur.

UGLY DUCKLINGWhere stories live. Discover now