Part 106

4.8K 95 2
                                    


Pagi hari berikutnya, mereka menerima tetamu dari jauh. Tergamam Widya mendapati Tengku Harraz Arrian dan isterinya sedang menunggu di sofa.

Harraz bangun menghulurkan tangan dan disambut mesra oleh Redza. Mereka berpelukan lama.

"Congrates to both of you," ucap Harraz dan menundukkan kepalanya kepada Widya.

Widya hela nafas lega. Apa yang dia bayangkan awal tadi, mereka berdua bakal bergumpal di lantai.

"And this is my wife, Amelia." Harraz menggamit isterinya Amelia Husna memdekati mereka.

Widya mengamati wajah Amelia. Tak adalah rupa 'Minah Salih' sangat. Mungkin juga Pan Asian yang menetap di England.

"Assalamualaikum! Apa khabar?" fasih dia berbahasa Melayu. Amelia dan Widya berpelukan dan berlaga-laga pipi selepas Widya menjawab salamnya.

"Korang dah breakfast ke? Jom kita makan sama-sama?"

"Boleh je," Harraz senyum tapi anak matanya menakal juga mengerling Widya yang cantik di sebelah Amelia. Rindunya mahu menatap wajah ini tapi apakan daya Widya kini sudah menjadi milik Redza yang sah.

Redza capai tangan isterinya dan genggam jari-jemari Widya erat. Cemburunya tetap ada ketika dia perasan yamg Harraz mencuri pandang wajah Widya sebentar tadi.

"So how's London? Kau balik bercuti atau macamana?" Redza terus terang menanyakan. Berharap yang Harraz tak akan mengacau keharmonian rumah tangganya bersama Widya yang baru hendak bermula.

"Balik bercuti dua minggu. Aku tengah intai-intai prospek untuk take over few companies yang bermasalah. Kemungkinan tengah tahun depan, aku dan Amy nak pindah balik sini Amy pun dah lama sangat merantau dekat negara orang."

"Oh! Amy orang Malaysia jugak ke? Hari tu, Hasya cerita you dah nikah dengan 'minah Salih' dekat sana." Widya ketawa kecil dengan lucuan sendiri.

"I 'Minah Salih' separuh-separuh je, Widya. Sama macam you jugak. Harraz kata, you keturunan Indo-Belanda. Betul ke?"

"Betul lah tu." Widya senyum sambil menyuap nasi lemak hidangan sarapan pagi ini yang sangat menyelerakan.

Redza mula terusik hati mendengar perbualan rancak Widya bersama tetamu mereka yang tak diundang. Harraz masih ingat segalanya tentang diri Widya?

Ah! Kenapalah dia masih punya syak-wasangka? Mana imannya? Ustaz Dasuki pernah berpesan supaya jangan terpedaya dengan hasutan syaitan.

Lambaian tangan dihentikan ketika kereta silver milik Harraz sudah keluar dari perkarangan Casa Suria.

Segera Widya iringkan kepala dan mendongak. Memandang tepat ke dalam anak mata Redza.

"What?" soal Redza tak puas hati kerana Widya tiba-tiba merenungnya seolah dia sudah buat dosa besar.

"Why so rude?"

"I ada buat salah apa?"

"Erghhh! Buat-buat tak faham pula. You kata you dah maafkan Harraz. Cara you layan Harraz dan Amy tadi tu, apa?"

"Hey! tak sampai dua puluh empat jam kita nikah, you dah cuba nak cari gaduh?" Harraz naik berang.

Widya berpaling pergi. Sebelum dia menjerit meninggikan suara lebih baik dia lepaskan marah pada lukisan di studio. Sebolehnya dia tak mahu menjadi isteri derhaka.

ESCORTWhere stories live. Discover now