Part 55

6.5K 184 4
                                    

Lena Nelly terganggu apabila wajahnya disimbah silauan matahari yang masuk melalui tingkap kaca. Tentu Redza yang menyelak night curtain.
"Dah bangun pun! Baguslah, kita kena keluar cepat."

"You tidur mana malam tadi? Sanggup you tinggalkan I waktu malam pertama kita?"

"Malam pertama? Ada lagi ke malam pertama untuk perempuan macam you, Nelly?" Redza ketawa sinis.

Nelly ketap bibir. Sama saja ayat yang diucap Harraz 2 minggu lepas. Geram tak terkata. Dua-dua sepupunya memang tak guna!

"Semalam kan, wedding kita? Kira malam pertama jugak lah kan? I nak suami I tidur sekatil dengan I macam pengantin lain," Nelly tetap dengan pendiriannya.

"Jangan nak merepek sangat, boleh tak? I dah beri syarat dari awal. Kalau you nak sangat jadi bini I, you tak boleh ambil tahu apa yang I buat di belakang you."

"You tidur dengan pelacur tu ke? Yang haram jugak yang you suka, kan?"

"Shut up! Nah, pergi mandi. We had flight to catch. You bising-bising lagi pasal halal-haram, I tak teragak-agak nak ceraikan you esok."

Terdiam Nelly. Baru menikah beberapa hari, Redza menggugut mahu menceraikan dia? Apa kata keluarganya? Mestilah mereka malu!

Nelly mendengus lalu mencapai juga tuala yang dilemparkan Redza tadi.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Setibanya di Krabi Airport, Widya ambil sarapan dulu sebelum mengambil teksi ke Krabi Boat Lagoon. Ah! Buat apa terkejar-kejar sebab tiada sesiapa pun yang menunggunya di Cleat Condominium itu.

Harap-harap Redza benar-benar menepati janjinya. Jika tidak, bosanlah dia tidur di kondo berseorangan?

Sesampai di studio unit milik Redza, Widya menyambung tidur hingga ke petang. Mana taknya, dari selepas majlis resepsi Redza, lelaki itu tak benarkan dia tidur hingga ke pagi.
Ketika wake-up call masuk ke Vertu milik Redza, mereka berdua masih lagi berulit dengan nafsu dan terpaksa menghentikannya separuh jalan.

Widya meraba-raba suis lampu tidur di sebelah katil. Bilik gelap gelita. Salah sendiri kerana telah menutup pintu bilik pagi tadi walhal bukan ada sesiapa pun yang mahu terjah masuk ke bilik ini.

Oh! Sudah senja rupa-rupanya. Dan tiba-tiba perut kosong Widya berbunyi.
Lapar pulak! Patutlah, dia hanya ambil sarapan di airport selepas itu, dia hanya tidur.
Memang padanlah Redza selalu mengutuk dia kuat tidur!

Bosan duduk sendirian menunggu Redza yang entah bila sampai, Widya berjalan kaki menuju ke The Captain Galley di tengah-tengah Marina. Set burger, kentang dan salad Widya pesan. Tanpa membuang masa, Widya makan dengan berselera sekali memandangkan dia memang lapar benar.

Sementara itu, Redza dan Nelly sudah pun check in di Holiday Inn Resort berdekatan Ao Nang Beach selepas selamat mendarat di Krabi Airport lebih kurang pukul 5.00 petang waktu tempatan. Tak mungkinlah Redza akan membawa Nelly Zehra ke Krabi Boat Lagoon. Dan, Nelly tidak pernah tahu dia punya unit sendiri di Cleat Condominium. Biarlah Nelly menganggap percutian ini adalah bulan madu mereka.
Redza sudah punya rancangannya sendiri!

Nelly buka pintu balkoni yang menghadap swimming pool. Hatinya bernyanyi riang. Tak sangka Redza membuat kejutan honeymoon di Krabi. Patutlah awal-awal lagi Redza menyuruh dia membawa pasport sekali ke hotel. Pakaian yang sesuai sepanjang berada di tepi pantai ini, boleh saja dia mengajak Redza shopping esok pagi.

Melangkah masuk ke kamar semula, Nelly mendengus geram. Redza sudah terbongkang di atas katil bersama dengkuran.
Hati Nelly menggerutu. Honeymoon apa macam ni kalau Redza lebih pentingkan tidur dari isteri sendiri? Tak syak lagilah! Malam tadi suaminya tidur dengan perempuan lain. Mana tak penat?

2 jam selepas itu, Nelly mengejutkan suaminya.
"Redza, bangunlah! Jomlah turun dinner. I dah lapar,"

Redza terus terbangun.
"Hah? Dinner?" dia teringat janjinya mahu bertemu Widya malam ini.

"Ye la, dari sampai tadi kita tak makan apa-apa. You nak biar I kebulur ke?"

"Sorry, bagi I mandi dulu. Lepas tu, kita turun makan."

Hanya sekejap yang diambil Redza untuk bersiap. Dia bimbangkan Widya yang ternanti-nanti kedatangannya.
Licin nasi di pinggan, lekas-lekas Redza mengesat mulut.

"Er... I ada appointment dengan investor Alampuri. You makanlah, lepas tu balik bilik, rest. I maybe lewat sebab kami berdua dah booked untuk spa and Thai massage."

"I nak ikut?" Nelly menahan supaya Redza menunggunya. Dia cukup bimbang yang Redza terus menghilangkan diri seperti malam tadi.

"Ladies' Spa dah nak tutup. Yang I dah booked, kena bayar extra charges. Atau.... suka hati youlah nak berhibur dekat night club. Itu kan, aktiviti kegemaran you?"

"Redza....." Nelly tarik muka. Sengajalah tu Redza nak sakitkan hatinya?

"I pergi dulu." Napkin, Redza letak di atas meja seraya menolak kerusi ke belakang. Dia melirik jam di pergelangan tangannya. Harap-harap 'Grab Car' yang baru ditempahnya sudah sedia menunggu di depan lobi hotel. Tak sabar mahu berjumpa Widya. Rindunya menggebu buat kekasih hati.

ESCORTUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum