Part 105

4.3K 97 6
                                    


Sehari selepas Widya Aruna Willis binti Abdullah selamat bergelar saaudara baru, 1 lagi sejarah bakal terlakar dalam hidupnya. Sebentar saja lagi Redza bakal dinikahkan dengan Widya. Si jelita menunggu penuh debar di atas pelamin putih dihiasi beratus-ratus bunga segar berwarna putih dan juga pink.

Sebelum Tengku Redza Naufal menjabat tangan Tok Kadi, dia mengerling seketika ke arah Widya yang sudah disolek cantik dengan shawl menutupi dada dan juga layah panjang di belakang kepala. Dari jauh Redza tersenyum manis dan rasa hiba itu datang tiba-tiba bila Widya mengerdipkan matanya lalu mengangguk. Memberi isyarat yang dia benar-benar bersedia dengan gelaran 'isteri' kepada lelaki yang dipujanya sejak dulu.

"Boleh kita mulakan sekarang?" tanya lelaki berjubah di depan Redza. Senyum dia menyaksikan adengan singkat Tengku Redza dengan bakal isterinya.

Redza angguk tanda dia sudah bersedia lalu bertentang mata dengan Ustaz Dasuki. Guru ugamanya yang sudah 3 bulan lebih berulang-alik dari sebuah Maahad Tahfiz di Jalan Kota Raja ke Cassa Suria dan akan terus membantu Redza sekeluarga selagi diperlukan.

Widya memerhatikan tetamu-tetamu yang memenuhi ruang tengah Cassa Suria yang hadir ke majlis kecil mereka. Pertama sekali dia nampak, Uncle Wildan dan abang Iqbal. Fiqri juga ada bersama-sama dengan sepupu-sepupu Hasya. Oh ya! Kawan-kawan rapat Redza juga ada, Azad dan Raymond yang segak berpakaian baju Melayu lengkap dengan songkok di kepala.

Di kelompok perempuan pula, ada Kak Maslina, Hasya di sebelah bondanya dan juga Nenda Tengku Laila. Wardah dan Effa turut serta. Amira dan Reene duduk di kiri dan kanannya menjadi pengapitnya untuk majlis ini.

Dan Joyce.... yang kini sudah bergelar isteri kepada Raymond sangat cantik dengan baju kurung pesak songket bunga tabur dan selendang di kepala.

Ada beberapa orang tetamu lain yang Widya tidak kenal. Cuma..... Tengku Harraz Arrian tidak kelihatan. Tak tahulah samada Redza sememangnya tak mahu menjemput Harraz atau Harraz sedang sibuk di England sehinggakan tak berkesempatan pulang ke tanah air.

"Sah!"

Dalam mengelamun itulah dia terdengar ungkapan akhir akad nikah sudah disempurnakan. Berkali-kali dia menonton upacara akad-nikahMelayu di Youtube. Tapi sayangnya dia terlepas untuk mendengar Redza sendiri mengucapkannya. Alangkah ruginya.

'Tulah kau, Wid? Mengelamun je kerja kau!' marah Widya pada diri sendiri.

"Congrats darling!" Reene mengucup pipi Widya

"Thanks!" balas Widya dengan senyuman bahagia. Bersyukur segalanya dipermudahkan olehNYA.

Selepas doa dibaca, Redza diiringi Tengku Atiqah ke pelamin untuk upacara menyarungkan cincin. Reene dan Amira bangun untuk memberi laluan untuk Redza duduk. Kilauan cahaya dari professional photographer dan kamera telefon di tangan masing-masing mula beraksi.

Sessi bergambar dipenuhi gelak ketawa dengan pelbagai aksi sehinggalah kesemua tetamu dijemput untuk makan di khemah yang berada di halaman sisi rumah.

&&&&&&&&&&

Widya merenung langit yang tak berbintang. Balkoni bilik Redza. Dalam pekat malam, sesuai samgat untuk dia bermenung. Peristiwa petang tadi masih terimbau-imbau di mata Widya. Dari selepas waktu solat Jumaat sehingga senja, Cassa Suria ini penuh dengan tetamu dari keluarga dan kenalan terdekat.

Minggu depan pula, majlis resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung di The Venue, Shah Alam. Tak tahulah berapa ramai tetamu yang Redza undang. Bagi pihak Widya, dia bukan punya saudara mara di sini. Uncle Wildan ada menyebut yang berapa orang sanak-saudara mereka akan terbang dari Tandanao untuk majlis besar itu. Kata Uncle Wildan lagi, bulan depan sebuah lagi majlis resepsi bakal diadakan di Minahasa, sebuah bandar kecil berdekatan kampung halaman mereka

"Sayang! Buat apa berembun dekat luar? Tak sejuk ke?"

Kedatangan Redza mengganggu ketenangan Widya yang sedang mengelamun jauh.

"Tak sejuk pun," Widya buat-buat mengelak bila Redza mahu memeluknya dari belakang.

Sebanyak mana pun Widya cuba melarikan diri, lengan sasa Redza tetap juga dapat menyauk pinggang ramping isterinya.

"You nak lari ke mana, sayang?"

Widya ketawa halus."I thought you suka dengan girl yang kuat melawan?" Widya ulangi ayat kegemaran Redza dulu.

Redza tayang gusi walau dia pasti yang Widya tak nampak sengihan lebarnys kerana isterinya sedang membelakanginya.

"Memang I suka tapi sekarang, kalau my wife ni melawan lagi, dia akan dapat hukuman."

"What? Hukuman apa pulak?" Widya mendongak, mata dikecilkan tanda tidak faham.

"Hukuman yang boleh buat you senyum berhari-hari," kenyitan mata Redza penuh dengan gelora selepas berbulan-bulan menahan keinginan lelakinya.

"Redzaaa!!!" jeritan halus Widya kedengaran selepas tubuhnya terlayang di udara dicempung Redza ke katil.

Malam pertama sebagai pasangan suami-isteri yang 'halal' mereka layari dengan penuh kasih-sayang. Merialisasikan cinta yang dipupuk sejak 3 tahun lalu.

Title 'Escort Girl' yang dipegang Widya sudah dinaik-tarafkan. Bukan sebagai perempuan simpanan tapi kini sudah menjadi suri di hati Tengku Redza Naufal.

ESCORTWhere stories live. Discover now