Part 45

7K 196 1
                                    

Isnin – hari ke-3 di Casa Suria.

Telefon bimbitnya berdering ketika dia dan Redza baru selesai sarapan pagi yang sudah terlewat. Sebentar lagi Redza mengajak dia ke Setia Mall City.

"Siapa called?" Redza bertanya apabila anak mata Widya menentang matanya setelah meneliti skrin kaca telefonnya.

"Maslina. I... jawab ni sekejap, ok?"

Redza mengangguk dan hanya memandang langkah Widya mendaki tangga ke aras pool deck yang tidak jauh dari meja makan.

"Morning Kak Mas,"

"Morning. Wid ada dekat mana sekarang?"

"Kat rumah. Er.... rumah Redza."

"Oh! Patutlah dari hari Sabtu Fiq kata Wid tak bukak pintu rumah Wid walau dia dah tekan loceng banyak kali." Hurmm....sedang berulit dengan si putera kacak rupa-rupanya. Sampai tak igat nak balik?
Kata-kata itu, Maslina hanya ucapkan di dalam hati.

"Ada perkara penting ke Fiq cari Wid?"

"Entah! Manalah Kak Mas tahu. Semalam, dia ada datang sini sekejap sebelum kelas petang mula. Kak Mas pun tak tahu nak beri alasan apa. Apa yang boleh Kak Mas jawab, Wid dah jarang mengajar kelas hujung minggu."

"Owhh...."

"Ha.... Lagi satu. Kak Mas telefon in bukan semata-mata kerana Fiq. Ada benda lain yang Kak Mas nak bagitau Wid. Wid kenal ke lelaki yang namanya Iqbal Hazwan?"

"Ke... kenal. Macamana pulak Kak Mas jumpa dia?" dada Widya kencang. Abang Iqbal mencari dia di studio ke?

"Pagi-pagi lagi dia datang studio cari Wid. Bukan datang sorang je tau? Dia bawak seorang lelaki. Namanya Wildan. Iqbal kata, Widan tu adik daddy Widya."

"Uncle Wildan?" Widya pejamkan mata, Ingat tak ingat akan nama itu."

"Entahlah Kak Mas. Wid tak ingat apa-apa pun pasal dia. Apa yang mereka nak dari Wid?"

"Pasal harta peninggalan mendiang daddy Wid. Wid pun ada hak,"

"Harta peninggalan daddy? Hak apanya Kak Mas? Yang Wid tahu, lepas daddy peluk Islam, mummy dan Wid dah tak boleh tuntut apa-apa. Semuanya isteri baru daddy dah bolot agaknya."

"Jangan tuduh sembarangan, Wid. Tak elok...."

Widya mengeluh kecil. Ya... memang tak berapa elok dia menuduh begitu. Habis? Yang daddy tinggalkan dia dan mummy tanpa sebarang nafkah tu, elok sangatlah?
"Wid malas lah nak cakap pasal daddy. Dah lama kot, daddy tinggalkan Wid,"

"Wid... dengar sini. Uncle Wildan cakap, daddy Wid ada namakan Wid dalam saham syarikat mengikut undang-undang sivil sebelum dia peluk Islam. Uncle Wildan dah uruskan semuanya untuk Wid. Tanah-tanah milik datuk Wid di Sulawesi, ada bahagian untuk Wid juga."

"Wid tak perlukan semua tu, Kak Mas. Wid dah selesa hidup macam sekarang."

"Sampai bila Wid? Kak Mas dapat tahu yang Tengku Redza nak kahwin tak lama lagi. Apa, Wid masih nak teruskan hubungan terlarang Wid dengan dia."

"Wid tahu apa yang Wid buat, Kak Mas."

"Suka hati Wid lah. Wid kena fikir masa depan Wid juga. Kalau apa-apa jadi, jangan salahkah Kak Mas pulak sebab tak beri nasihat."

Dan seterusnya...... suara Maslina hilang terus. Kecewa dengan penerimaan Widya dengan berita yang baru dia sampaikan. Apa yang Tengku Redza sudah 'mandrem' kan Widya hah? Sampai Widya lebih pentingkan lelaki itu dari darah daging sendiri?

ESCORTWhere stories live. Discover now