Part 4

11.2K 281 0
                                    

Dari mimik wajah, Redza dapat merasakan gadis di sebelahnya terkilan minumannya sudah habis. Mungkin Widya juga tidak menyangka dengan tindakbalasnya bila dipelawa untuk berkongsi minuman. Dia sudah biasa berkongsi air liur dengan gadis lain. Bukanlah menjijikkan pun!

"Slurpee you dah habis. You nak I belikan satu lagi?" Redza menyoal kerana dia tahu Widya tak punya wang untuk mendapatkan yang lain.

"No thanks. Saya cuma nak tunggu mekanik sampai tengokkan kereta saya lepas tu, saya boleh balik. Lagipun, dah jauh malam ni."

"By the way, rumah you dekat mana?"

"Tak jauh dari sini. Setia Impian 5." balas Widya dengan jujur. Dari cara pemakaian Redza, Widya rasa Redza bukanlah orang jahat.

"How old are you, Widya?" Redza bertanya lagi. Kawasan perumahan Gloriosa kebanyakan didiami oleh penduduk yang sudah berkeluarga. Berapa 'muda' kah Widya ini? Takkanlah Widya isteri orang?

"Nighteen plus, plus. Kenapa nak tahu umur saya?"

'Muda nya?' getus hati Redza. Sangat jauh beza dari umurnya sendiri. Tapi... penampilan Widya tak setara dengan umur. Wajah Widya juga kelihatan lebih matang dari usianya.

"Let me guess. You... masih belajar?"

"Nope! Otak tak berapa nak pandai," Widya ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri.

Terlopong Redza dengan jawapan selamba Widya.
'Otak tak berapa nak pandai?' senang sangat dia mengaku begitu.
"Untunglah kalau ada parents banyak duit," perli Redza. Budak-budak muda sekarang, main ambil mudah semua perkara. Langsung tak reti nak fikirkan masa depan.

Widya senyum kelat. Biarlah Redza mahu menilai apa saja semahunya.

Pin! Pin!

Bunyi hon dari sebuah Honda City kedengaran. Yusman keluar dari kereta dan Redza bangun dari lantai simen yang didudukinya.

"Bro! Sorry lambat. Ada hal sikit tadi," mereka berjabat tangan.

"No hal, lah!" senyum Redza dan kenyitkan mata tanda berterima kasih dengan kelewatan Yusman.

"Ni ke keretanya?" selepas memandang pada bonet enjin yang terbuka, dia berkalih pada tuan punya kereta. Walah! patutlah Redza suruh dia berlambat-lambat. Kaw-kaw punya 'cun' awek ni.
Hai... untunglah badan! dia juga yang payah nak tackle mana-mana awek. Dah lah tak ada rupa. Kerja pula bergelumang dengan enjin dan minyak hitam. Perempuan nak dekat pun, fikir berpuluh kali.

"Dah berapa lama tak servis ni, cik adik?" tanya Yusman apabila dia menengok keadaan enjin Viva milik Widya. Di sticker yang tertampal di cermin kereta, tarikh dan milleage pun sudah jauh ketinggallan. Sepatutnya dua bulan lepas lagi, kereta ini diservis. Perempuan, macam nilah! Tahu bawak je. Menjaganya tak tahu!

Widya gigit jari.
"Tak ingat," beritahunya lurus.

"Haishh... teruk ni, Redza. Aku rasa kena buat major servis. Makan masa dua tiga hari juga. Esok hari Ahad. Budak-budak aku berapa kerat je yang kerja. Paling awal siap, petang Isnin."

"Isnin? Tapi bang.. saya tak ada kenderaan lain." Bukan itu saja difikirkan Widya. Malah, ongkos repairnya sekali. Mana dia nak cekau duit tengah-tengah bulan begini?

"Kalau tak repair sekarang, lagilah susah awak nak bergerak ke sana-sini kan? Redza, aku panggil tow-truck bawak ke bengkel aku, sekarang." Dari Widya, Yuzrman berkata-kata pada Redza pula.

"Widya... ambil semua barang-barang you. I hantar you balik,"

Widya rasa serba tak kena. Penat otaknya mahu berfikir sekarang. Baki di dalam akaun peribadinya bukan banyak mana pun. Kalau kena charge beribu-ribu ringgit, macamana?
Aduh! Pening, pening!

"Widya, move now. You tak nak balik ke? Nak tidur tepi jalan je ke?"

Widya tersedar dari lamunan tipis. Tergesa-gesa dia membuka pintu, menggapai beg plastik barang makanan dan juga beg silangnya.

"Kunci," pinta Yusman lalu menadah tangannya.

Widya letakkan juga kunci kereta di atas tapak tangan dengan perasaan berbaur.

"Come... let's go." Lengan Widya, Redza tarik menyusuri deretan petak parkir yang hampir kosong. BMW 330e sedang menunggunya.

Tit! Tit! Remote di tangan, Redza picit.

"Get in," gesa Redza. Tubuhnya pun sudah melekit sebenarnya. Dia ingin segera pulang ke rumah dan mandi.

Widya telan liur. Kereta berkilat yang ternyata baru dibeli ini sungguh janggal untuk dia naiki.

"You kerja apa, Redza sampai boleh pakai kereta mahal macam ni? Jual orang ke?" Widya menebak sambil membuat kelakar.

"Muka I ni ada rupa bapak ayam ke?" Redza membalas lucuan Widya.

"Entah! Sikit-sikit ada kot," berdebar juga kalau Redza buat kerja tu. Kepalanya melilau ke luar tingkap. Mujurlah Redza memandu di laluan yang betul menuju ke taman perumahan yang didiaminya.

ESCORTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora