Part 54

6.5K 199 9
                                    


Dengan memegang clutch warna emas di tangan, Widya keluar dari pintu kaca dan menapak ke arah pintu SUV kepunyaan Harraz.

Harraz senyum meleret. Jika selalunya Widya hanya bergaya ringkas sudah nampak cantik, apatah lagi bila mengenakan dress mengikut bentuk badan dan solekan di wajah. Nampak berbeza penampilan Widya malam ini.

"Hi..... you look beautiful in that dress," puji Harraz selepas pipi Widya dia kucup lembut. Bau haruman dari Lancome Tresor in Love menerjah hidungnya.
Bergelora perasaan Harraz.

"You too. Gorgeous as always," Widya membalas. Suit biru gelap di tubuh Harraz menambahkan lagi gaya maskulin Harraz.
Kalaulah mereka betul-betul menjadi pasangan kekasih, pastilah ramai gadis-gadis di luar sana yang makan hati.
Tapi..... kenapa ya Harraz tak pernah bercinta?

Kembang hati Harraz dipuji.
"Dear, Louisa ada minta you menyanyi satu lagu untuk Redza."

"What? Are you kidding? Maknanya , Louisa tahu I ada hubungan dengan Redza?"

"Ofcourse she did. Dia ada cerita Redza kena tumbuk dekat pub masa you dan Redza tengah kissing."

Widya mengeluh perlahan. Ya, kejadian di malam itu benar-benar memalukan.

"My frens okey with that. You tak payah susah hati. Bukan Redza sorang saja yang pasang mistress."

"Harraz..... dah berapa kali I nak beritahu you. I'm not his mistress. I... escort girl yang jatuh cinta pada lelaki yang bayar I for 'sex'. Pelik tak?"

"Tak ada yang pelik dalam dunia ni, dear. Macam-macam boleh berlaku. Apa yang boleh I cakap, you falling in love with the wrong person."

Widya senyum pahit. Ada kebenarannya kata-kata Harraz itu. Bukan dia yang memilih untuk jatuh cinta pada Tengku Redza Naufal, tapi lelaki itu yang menjerumuskan dia ke alam percintaan yang penuh asyik.
"I don't know what is right and what is wrong at the moment. You tahu tak Redza pernah lamar I masa di Krabi."

"He did? Then apa jadi?"

"I refused,"

"Why?" pendek Widya membalas, pendek juga dia mengajukan soalan.

"I belum bersedia untuk peluk Islam. Which, I tak yakin Redza akan setia pada cinta."

"Hah? You..... non-muslim?"
Kereta Harraz sudahpun memasuki bangunan Concorde Shah Alam dan terus memandu ke petak pakir khas untuk tetamu VIP.

Selepas menarik handbrake, Harraz tidak segera menekan punat enjin sebaliknya dia mengiringkan bahunya ke kiri.

"Hurm... Redza tak pernah beritahu you?"

Harraz mengeluh perlahan. Patutlah Redza tak rasa berdosa langsung menduakan isterinya.
"Let me guess, you parents bukan orang Malaysia?"

Widya geleng perlahan.
"My parents keturunan Belanda-Sulawesi. I lahir di sini."

Barulah Harraz faham mengapa Widya sangat cantik dan kulitnya putih gebu tidak sama dengan tipikal gadis Melayu.
"No wonder you are so beautiful," belakang tapak tangan Widya, Harraz raih lalu mengucup di situ.

♡♡♡♡♡♡

Semua anak mata yang duduk di meja tetamu VIP berhadapan dengan pentas pelamin tertumpu pada pasangan Harraz dan Widya. Ada yang berbisik sesama sendiri.

"Kenalkan, my dad and my mum. Yang tu, adik perempuan I, Hasya and her husband. My grannny, uncle and untie dan anak-anak dia." 8 orang yang sudah memenuhi meja diperkenalkan kepadanya. Dengan hormat Widya menyalami seorang demi seorang. Cantik juga adik perempuan Harraz dan sepupu-sepupu Harraz nampak kacak dan bergaya. Tapi yang paling kacak tentulah Harraz Arrian.
Widya berpaling ke tepi pentas apabila terdengar olehnya Esquire Band memulakan sebuah lagi lagu.

ESCORTWhere stories live. Discover now