Part 13

9.8K 282 2
                                    

"Miss.... misss..." sayup-sayup terdengar suara seorang memanggilnya.

Uishhh!! Kenapalah ada yang mengganggu mimpi indahnya sedang menari dengan seorang putera di sebuah dewan besar. Seolah dialah si gadis miskin yang bertuah dapat memikat hati Prince Charming dalam animasi Cinderella.

"Miss Widya!!" suara lebih keras kedengaran.
Widya terbangun. Nampak saja wajah yang sedang merenungnya, Widya terloncat.

"Aaaaaaa!!!" jeritnya sekuat hati.
"Who are you?" soalnya lantang. Terus selimut ditarik sehingga ke leher. Takut sangat jika lelaki itu mahu menerkam dia.

"I'm Yazid, Tengku Redza's butler. Tuan Redza minta saya kejutkan Cik Widya."

"Yazid... you may go now,"

Belum sempat Widya bertanya ini bilik siapa, suara lain kedengaran di muka pintu yang sememangnya terbuka.
Selimut digenggam kemas-kemas. Tetap bimbang kalau-kalau Tengku Redza pula mahu apa-apakan dia.

"Susah juga nak bangunkan you, rupa-rupanya. Kaki tidur betul! You tahu dah pukul berapa sekarang? It's ten a.m."

"What??" selimut tebal, segera Widya selak. Kali terakhir yang dia ingat, dia duduk menunggu Redza di sofa rotan. Redza angkat dia ke bilik ini ke?
Alamak! Pukul 8.30 pagi, dia harus masuk kerja di galeri.

"I kena masuk kerja. I dah lewat," tergesa-gesa dia menuruni katil.

Buk! Tak sedar kakinya belum bebas sepenuhnya dari selimut. Macam nangka busuk dia tergolek di lantai.
"Auch!!" tangannya terhentak ke tepi kaki divan yang keras.

"Widya!" Redza segera menerkam
"Kenapa kalut sangat ni? Memang you dah lambat banyak. Kan, dah dapat sakit?" kemudian dia ketawa dengan kerutan di wajah Widya.

"You tahu apa? I dibayar ikut hari bekerja. Kalau satu hari I ponteng, I hilang gaji I sehari tau, tak?" marah Widya dalam menahan sakit. Redza ni, bukannya nak menolong. Menambahkan sakit hatinya lagi, adalah.

"I dah call Galeri and spoke to Encik Baha. Dah beritahu you cuti. I bayar gaji you untuk hari ni. Tell me, how much they pay you."

Langsung surut marah Widya. Kalau macam tu, baguslah.

"Come!" tangan, Redza hulurkan menyuruh Widya menyambutnya.

Widya capai juga tangan Redza supaya dia dapat berdiri dengan betul. Pakaiannya malam tadi, masih di tubuhnya. Dia sungguh pasti Redza tidak sebilik dengannya. Masa kan Redza menyuruh Yazid mengejutkan dia kalau Redza dan dia tidur sekatil?

"Go get a shower. Sarapan dulu dengan I before you leave."

"Shower? Tapi... I tak ada bawak baju spare,"

Redza senyum. Dia bergerak ke walldrobe di tepi dinding. Pintu slidingnya, Redza selak.
"Pilihlah mana-mana baju yang you berkenan."

"Ini bilik siapa?" tanya Widya. Redza ada adik perempuan kah?

"Don't ask too much." Redza memberi isyarat mata ke pintu kamar mandi.

"You bayar duit I sekarang dan I boleh terus balik. I... I tak lapar." Widya cuba memberi alasan.

"Nope, do what I asked you to do. Kalau tak, you tak akan dapat duit you. I bagi you setengah jam dari sekarang. I tunggu you di meja makan."

"Hishhh!" Widya tarik muka sambil mengetap bibir.

Redza mendekati Widya.
"I warned you before, don't ever bite your lips again. Nak I gigit bibir you?"

'Argghhhh!!' sambil berpaling menjauhi wajah Redza yang acah-acah mahu menjamah bibirnya, Widya menjerit geram. Bergegas dia melangkah mendapatkan pintu bilik mandi.

Redza sengih kemenangan. Otaknya mula berjalan, mencari helah supaya Widya akan terikat selamanya dengannya.

Dengan satu nekad. Widya yang cantik, tak akan dilepaskan begitu saja.

ESCORTOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz