Part 76

3.1K 80 10
                                    



Harraz tilik pula jam tangan. Mujurlah masih awal dan kedai bunga belum lagi ditutup. Haruslah dia mendapatkan bunga untuk harijadi Widya. Hadiah tak penting dalam masa sesingkat ini. Kehadiran seseorang di sisi Widya lebih perlu diutamakan.

Singgah dulu di Le Sense Florist, Setia City Mall, Harraz tanpa ragu-ragu meminta bouquet 2 dozen bunga mawar merah dan putih bersama handreagea, bunga kegemaran Widya.

Ketika loceng berbunyi, Widya hampir terlelap di sofa. Terus terloncat dari baring dan dia bergegas ke pintu. Tak sabar mahu berjumpa dengan kekasih hati.

Sebelum membuka pintu, Widya betulkan pijama tidur ditubuhnya. Merungkaikan ikatannya dan terserlah gaun tidur jarang bertali halus bertatahkan lace menampakan sebahagian dari dada putihnya. Rambut ikalnya juga dibiarkan lepas sepertimana yang digemari Redza.

Ding! Dong!

Loceng berbunyi kali ke-dua, barulah tangan Widya menyelak daun pintu. Terus dia senyum lebar bila ada jambangan yang sangat besar menutupi wajah si pembawanya.

"At last, you datang juga . Puas I tunggu. Masuklah!" Widya tarik lengan lelaki yang masih berselindung di sebalik jambangan bunga.

"Happy birthday, sweetheart!" Harraz alihkan tangannya dan tersenyum manis. Lebih manis bila terpandangkan tubuh Widya yang separuh terdedah di depan mata.

"Harraz? You buat apa dekat sini?" bila mana tersedar yang renungan mata Harraz seolah menelanjangi tubuhnya, cepat-cepat Widya sarungkan kembali pijama luar dari kain satin, menutup dada dan perutnya lalu mengikat tali. Berderau darah Widya seketika. Dia fikir Redza yang datang tapi orang lain yang muncul.

"I'm here for your birthday. Redza cannot make it tonight,"

"Tapi tadi...... dia ada balas my text,"

"Yes he did but after that, doktor panggil dia masuk OT. His wife having their baby any time now." Harraz membuat cerita supaya kedengaran logik.

"Again, Redza suruh you gantikan dia untuk temankan I?"

Harraz tak menjawab sebaliknya jambangan bunga di tangan, dia hulurkan buat Widya yang sudah berubah air mukanya.

Sedih atau kecewa? Atau mungkin, kedua-duanya sekali.

"Thanks!" ucap Widya hambar. Dia merenung bouquet besar di tangannya seketika dan letakkannya di atas sette.

Widya beralih ke dapur lalu membuka peti sejuk. Kek aiskrim yang sudah dia beli dari Baskin Robbin di Setia City Mall tadi, Widya keluarkan dan bawa ke meja.

"Harraz, come and join me please?" panggil Widya seraya duduk di stool tinggi. Kek kecil berbentuk hati bertulis 'Be Mine!', Widya cacakkan sebatang lilin besar.

Lighter yang sememangnya sudah disiapkab awal-awal di atas meja, Widya nyalakan.

Happy birthday to me.......

Happy birthday to me.....

Widya menyanyikan buat diri sendiri dalam sebak.

"Widya....."

Tapak tangan, Widya angkat. Menahan Harraz untuk menyambung kata. Dia memejamkan mata sebentar. Air mata yang bergenang di tubir mata akhirnya menuruni pipi setelah kelopak matanya tertutup.

Apa yang dihajati untuk tahun ini? Puas Widya memikirkannya tapi tiada apa-apa yang berlegar di kepala. Baginya, semua sudah musnah. Impian untuk bersama Redza juga turut berkecai.

Kembali membuka mata, api lilin dihembus sehingga padam.

"You nak makan kek?" Widya buat-buat senyum sambil air hingus di hujung hidung. Dia turun dari kerusi daan berpaling mencapai tisu di atas kabinet di belakangnya.

Dau buah piring kaca, Widya ambil. Potongan kek dia alihkan ke piring dengan berhati-hati. 1 untuk Harraz dan 1 untuk diri sendiri. Kek aiskrim yang masih berbaki, Widya simpan semula ke dalam fridge.

"I'm not a sweet tooth person but I hope your birthday cake is sweet like you," Harraz kenyitkan mata bagi menceriakan wajah murung Widya.

Widya tergelak kecil. Ayat Harraz..... tak boleh 'blah' sungguh!

"Lega you dah boleh ketawa." Usik Harraz lagi. Kek yang lemak berkrim dan sedikit mencair, Harraz suapkan ke mulut menemani Widya yaang sedang mengunyah penuh berselera. Masuk suapan ke-tiga, Harraz angkat bendera putih. Sudah terasa muak di tekaknya.

"You lapar, ke? Kalau you lapar, I boleh bawa you keluar makan?"

"No thanks! I tak ada mood nak keluar," Widya menolak lembut. Dia ingin berehat dan tidur awal malam ini meredakan hati yang kecewa.

"O.k.," muk di tepi dinding, Harraz capai lalu menuangkan air putih. Tekak yang tersumbat dengan krim kek harus dilancarkan dengan segera.

ESCORTKde žijí příběhy. Začni objevovat