19'

32 6 2
                                    

masuk kali ni, dah lima kali aku mengerling jam pada telefon aku.

aku sepatutnya jumpa Taehyun hari ni, selepas habis kelas tadi, sekarang ni. tapi di sini aku berada, dalam arcade bersama Beomgyu.

“ Beomgyu. ” aku panggil dia sekali lagi. dan panggilan aku sia-sia apabila dia mengambil keputusan untuk memalau aku.

aku mengeluh kasar. Beomgyu yang sedang fokus bermain permainan kereta lumba tu aku pandang tajam.

setengah jam aku ada kat sini dengan dia dan setengah jam juga dia tak pernah respon dengan panggilan aku.

aku tanya, dia tak jawab. aku panggil , dia diam.

aku rasa macam—

bodohnya aku. kenapa aku tak pergi je dari sini ?

tiba-tiba otak aku memberi penyelesaian yang bagus.

aku bangun daripada duduk dan membetulkan beg serta topeng muka pada wajah aku.

sebelum dia sedar, lebih baik aku pergi dari sini.

aku berjalan keluar dari arcade dan memandang sekeliling pusat beli belah.

“ okey. aku tak tahu mana jalan keluar. dan aku tak tahu aku kat tingkat berapa sekarang ni. ” aku mengumam perlahan.

aku memandang atas, mencari papan penunjuk. ada satu, dan gambar tandas serta monorel terdapat pada papan tersebut.

tapi, dia tak tunjuk jalan keluar.

aku berfikir, mungkin aku boleh naik monorel untuk pulang ke rumah ?

tapi aku tak pernah naik monorel.

aku menggigit bibir bawah. lama berfikir, akhirnya aku mengambil jalan di sebelah kiri.

tak salah kalau aku mencuba

+×+

aku berehat pada bangku panjang  yang disediakan di tengah-tengah gedung.

great. sekarang aku dah sesat.

aku melepas nafas dan meraup wajah aku. tak lama kemudian, aku mengeluarkan telefon dari beg.

skrin gelap dipandang sekejap kemudian aku menekan punat on.

5 missed call from Beomgyu

8 missed call from Taehyun

35 chat from LINE

aku tergamam sekejap. sekali lagi aku meraup wajah aku.

aku lupa fon aku silent.

aku slide skrin telefon dan membuka aplikasi LINE. tanpa membuka ruang chat dari sesiapa, aku segera menekan ikon gambar Beomgyu.

teragak-agak aku nak tekan butang call.

aku mengemam bibir aku dan tekan butang call. tak sampai seminit, Beomgyu menjawab panggilan aku.

telefon aku lekapkan pada telinga.

“ Beomgyu— ”

“ kau kat mana? ” suara dingin Beomgyu menyapa gegendang telinga aku. aku mengeluh perlahan, sambil menundukkan wajah.

“ ...aku...tak tahu. aku rasa aku dah sesat. ”

lama aku menunggu balasan dari Beomgyu. aku mengeluh sekali lagi.

“ tengok kau kat tingkat mana. dekat escalator ada tulis tingkat mana. ” ujar Beomgyu secara tiba-tiba.

“ oh, arasseo. ” aku berdiri dan segera mencari escalator terdekat.

setelah jumpa, aku lihat nombor yang tertera pada tiang sebelah escalator.

nombor 2.

“ tingkat 2, Beomgyu. ”

beep

aku pandang telefon aku. Beomgyu dah letak panggilan.

aku pergi ke kedai berhampiran escalator dan berdiri di situ, menunggu kedatangan Beomgyu.

6 minit dah berlalu dan Beomgyu masih tak muncul.

aku melihat gambar Beomgyu yang terdapat pada ikon chatroom dia.

aku ingatkan idea yang otak aku bagi tadi boleh buat aku keluar dari tempat ni, tapi aku sesat pula.

“ mesti Beomgyu marah. ”

“ Dami! ” aku mengangkat wajah aku dan memandang Beomgyu yang tak jauh.

segera aku menegakkan badan dan menutup skrin telefon. aku dapat rasa debaran yang tersangat debar pada jantung aku.

Beomgyu berjalan mendekati aku dengan ekspresi wajah dingin. ekspresi yang selalu aku lihat, tapi kali ni lebih dingin.

bila dia dah sampai hadapan aku, aku menundukkan wajah.

risau, malu dan bersalah melanda diri aku.

kya. ” aku melepaskan nafas perlahan apabila dia panggil aku.

“ Beomgyu, aku minta maaf. aku tahu aku tak patut keluar dari arcade. kau nak marah aku, kau marah je lah. aku tahu aku dah susahkan kau. tapi, salah kau juga sebab bawa—  akh! ”

aku menyentuh dahi aku yang tiba-tiba dijentik oleh lelaki di depan aku ni.

aku mendongakkan kepala aku dan memandang lelaki yang semestinya lebih tinggi daripada aku.

“ kau...jentik aku? ” soal aku, tak percaya.

dia mengeluh kecil. wajah dingin dia bertukar menjadi lembut.

“ kalau aku boleh peluk kau, dah lama aku peluk kau. ” kata Beomgyu dengan suara perlahan.

“ a-apa? ” berkerut dahi aku.

you heard me. jom. ” ujar dia kemudian terus berjalan meninggalkan aku yang masih terpaku.

dia nak peluk aku, ke?

“ Chae Dami! ” aku menoleh ke arah Beomgyu yang dah jauh dari aku.

dengan tergesa-gesa, aku meluru ke arah dia  sambil tangan aku menyentuh dada aku yang semakin berdebar.


•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWhere stories live. Discover now