10'

59 10 0
                                    


“ nah. ” aku menyambut huluran duit daripada tangan appa dengan teragak-agak.

“ nanti kalau dah selesai semua, call appa. ” aku tunduk dan tersenyum nipis.

“ nae. ”

“ okey, hati-hati. ” aku pandang appa dan mengangguk.

“ gomawo, appa. ” appa tersenyum nipis.

tanpa tunggu lebih lama, aku segera keluar dari kereta. tangan aku lambaikan.

aku melepaskan nafas apabila appa dah berlepas ke jalan raya. aku berjalan masuk ke dalam bangunan sambil menghayunkan tangan dengan gembira.

nampaknya hubungan aku dengan appa semakin baik...i guess?

dengan tiba-tiba, ada tangan yang memeluk bahu aku.

dan itu membuatkan aku berhenti daripada berjalan. aku berpaling ke sebelah kiri.
“ poop ” aku menjeling tajam taehyun yang suka hati dia je sentuh pipi aku yang bertutup kan mask.

“ kau kenapa boleh ada kat sini? ” dia tersengih dan mengheret aku masuk ke dalam klinik kesihatan kulit.

BEAUTY CARE HOME

“ like always, aku teman kau. ” aku memberi kad appointment kepada kerani perempuan yang menjaga kaunter.

dia tersenyum manis. “ cik tunggu sekejap ya. ” aku hanya mengangguk dan berpaling semula ke arah taehyun.

“ aku boleh je sorang-sorang. kau tu nanti bosan pula duduk sini lama-lama. ” dia bersandar pada kaunter dan tersenyum senget.

telefon pada tangannya diangkat.

“ apa guna ada telefon? ” aku menghadiahkan muka menyampah. macam riak pun ada dia ni.

“ iya lah, taehyun. lantak kau lah. ”

“ cik boleh masuk dalam bilik nombor 3. doktor dah tunggu. ” ujar kerani tersebut.

“ okey. terima kasih. ” aku menundukkan kepala sedikit. tangan taehyun aku tarik dan kami masuk ke dalam bilik nombor 3 yang tak jauh.

“ annyeonghaseyo, doktor. ” aku memberi kata sapaan.

pelik. doktor kali ni doktor lelaki. mana doktor dooyeon?

aku boleh nampak dia tersenyum walaupun pakai mask. matanya tertumpu pula pada taehyun yang berada di sebelah aku.

“ hai hyung. ”

aku memandang taehyun bila sedar reaksi pelik yang dipaparkan oleh doktor tu.

taehyun macam biasa, normal. muka selamba dia yang dia tayangkan. tak ada apa-apa yang pelik cuma kenapa dia sapa doktor tu dengan perkataan 'hyung' ?

mata aku kembali memandang doktor tu. otak dah beroperasi.

“ Soobin...sunbae ke? ” dia nampak macam terkejut.

“ eo? awak kenal saya? ” aku menghelakan nafas perlahan dan tersenyum nipis.

kerusi di hadapan meja, aku duduk. taehyun duduk di sebelah aku.

“ mestilah dia kenal hyung. hyung yang tolong dia masa sekolah dulu. ”

semakin berkerut dahi Soobin sunbae dibuatnya. dia menarik mask ke bawah dan tatap aku pelik.

“ siapa eh? ” aku menarik nafas perlahan dan membuka mask dengan perlahan.

“ saya...dami. Soobin sunbae pernah tolong saya waktu saya kena buli dulu. ” aku cuba untuk senyum.

dia mengangguk dan tersenyum kecil.

“ gembira dapat jumpa awak semula. ” aku terdiam sekejap.

soobin sunbae makin hensem selepas habis sekolah, tapi aku...masih sama macam dulu.

bila difikirkan balik, semua di sekeliling aku banyak berubah, kecuali aku.

tiba-tiba rasa malu haha.

•••


Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin