03'

76 10 3
                                    

aku menanggalkan kasut daripada kaki dan berjalan ke ruang tamu. taehyun yang sedang tonton tv aku jeling.

“ eo, dummy! ” aku mengeluh kasar.

“ kau nak apa datang sini? ” aku pandang taehyun yang berjalan ke arah aku sambil tersenyum lebar.

“ aku rindu lah dekat kawan aku sorang ni. ” aku tepis tangan dia yang gatal sangat nak peluk bahu aku.

“ kawan, ke? ” dia menggulingkan mata dia ke atas.

“ ye lah, sepupu jauh. kau taknak kawan dengan aku, ke? ” dia buat muka sedih, dan aku langsung tak terkesan.

“ dah sepupu, sepupu je lah. buat apa nak kawan. ” aku pandang sekeliling rumah. sunyi.

“ kau ingat sepupu tak boleh berkawan ke? sepupu tu keluarga, kawan pun keluarga. jadi— ”

“ mana yang lain? eomma appa aku? ” aku letak beg atas sofa, dan menuju ke dapur.

“ diorang keluar. dengan eomma aku. biasalah, kalau dah jumpa, pergi mana lagi kalau bukan shopping. ” taehyun ikut aku.

“ kau kenapa tak ikut? ” aku buka peti sejuk, mencari kalau-kalau ada makanan.

“ aku nak jumpa kau, jadi aku tunggu kat sini je. lagipun shopping bosan. not my taste, lah. ” dia duduk atas kerusi yang ada di meja dapur.

“ buat apa kau nak jumpa aku? ” susu segar, aku keluarkan dari peti ais dan letak atas meja. tudung salji atas meja, aku selak.

“ kan aku cakap aku rindu. ”

“ takkan tu je? ” dia sentuh dagu dia dan buat reaksi macam orang sedang berfikir.

aku ambil satu mangkuk kecil dan dua cawan. kemudian melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan taehyun.

“ aku sebenarnya nak ajak kau keluar ni. ” aku menyenduk nasi ke dalam mangkuk kecil beserta beberapa lauk.

“ kau tau kan, aku tak suka keluar. ” aku tarik mask aku ke bawah, dan tundukkan wajah ke bawah sedikit supaya taehyun takkan nampak muka bahagian bawah aku.

“ sebab tu lah aku nak bawa kau keluar. kita-kita je. ke kau nak ajak beomgyu hyung? ” aku biarkan je taehyun selitkan rambut aku ke telinga.

“ taknak lah. ” aku suapkan makanan ke dalam mulut.

“ alaaaaa. jomlah. aku rindu nak keluar dengan kau. ” dia buat muka desperate dia.

“ lagipun ada satu tempat ni yang aku nak tunjuk kat kau. ” aku pandang dia sekilas dan menggeleng. dia mengeluh.

“ hari ni je. jomlah. kita tak payah ajak beomgyu hyung. amacam? ” aku diam dan kunyah makanan dalam mulut.

aku pun nak luangkan masa dengan taehyun, tapi disebabkan aku rasa tak yakin dengan wajah aku ni, jadi aku tolak jauh-jauh niat tu.

aku dan taehyun tak rapat pun dulu, kami macam sepupu jauh biasa. kami tak sama sekolah, dan universiti.

tapi disebabkan beomgyu tu, sepupu taehyun, dia minta tolong tengokkan aku. disebabkan tu, beomgyu kenal aku.

semua ni terjadi bila aku kena buli sebab muka buruk. takdelah teruk tapi boleh rosakkan mental aku lah.

dan bila taehyun dapat tahu tentang ni daripada eomma (guru kelas aku ada jumpa eomma untuk maklumkan aku kena buli, jadi dia tau), dia terus minta tolong beomgyu tengokkan aku.

tiba-tiba aku rasa cliché .

“ boleh tak ni, dami? ” aku menggeleng dan menyuap makanan ke dalam mulut lagi.

“ alaa kau ni. kita dah lah jarang jumpa, masing-masing sibuk dengan pelajaran masing-masing. kali ni je..hmm? ” akhirnya aku mengangguk.

tak sampai hati sebenarnya nak tolak permintaan taehyun memandangkan dia dah banyak tolong aku.

“ terima kasih. aku tau kau pun rindu aku. ” aku pandang taehyun yang tersenyum lebar.

aku tak faham kenapa taehyun boleh terima keadaan aku macam ni. muka bahagian bawah aku banyak parut.

bukan di situ je, lengan dan tangan aku juga. sebab tu aku selalu pakai mask, baju lengan panjang dan seluar panjang bagi menutupi bahagian ada parut tu.

“ eiy, tak payah lah nangis. aku tau kau terharu, tapi makan lah dulu. later-later kau nangis, okey? ” aku mengalihkan pandangan aku.

“ mana ada aku menangis. ” aku suapkan nasi ke dalam mulut dengan gugup.

“ yelah, dummy. ” dia minum air susu tadi.

kang taehyun, apa motif kau buat semua ni sedangkan kau tau yang kau tak akan dapat apa-apa daripada aku sebagai balasan?

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWhere stories live. Discover now