12'

37 8 1
                                    

" dami! " aku menanggalkan fon telinga apabila terdengar nama aku dipanggil.

pandangan beralih pada pintu bilik yang bertutup.

" omma panggil aku ke? " fon telinga aku cabut daripada telefon. selimut dialihkan supaya dapat mengeluarkan kaki dari selimut dengan mudah.

aku berjalan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

" omma. " omma yang sedang sibuk berjalan ke sana sini seperti mencari sesuatu, memandang aku sebentar.

" omma panggil ke? " muka dia yang berkerut membuatkan aku rasa pelik. apa yang dah jadi sehingga menyebabkan dia jadi kelam kabut macam ni.

" pergi bersiap cepat. kita balik ilsan malam ni juga. " omma mencapai jaket yang terdapat pada penyangkut baju dan menyarungkan pada badannya.

" kenapa pula? " dia pandang aku dengan pandangan yang susah aku nak tafsir.

" bersiap je jangan banyak tanya. appa dalam perjalanan balik. packing lah baju dalam dua tiga pasang. cepat sikit. "

aku hanya menurut, taknak bertanya lebih banyak memandangkan omma dah pun kelihatan serabut. tak nak menambahkan serabut dia.

+×+

kami sampai di hadapan rumah halmeoni. halmeoni dah lama tiada, jadi yang tinggal di rumah tu sekarang ialah sehyun imo yang juga eomma kepada taehyun.

aku keluar dari kereta setelah selesai membetulkan mask yang aku pakai.

aku pandang sekeliling. dah lama tak ke sini. tak banyak benda juga yang berubah.

" imo! " pandangan aku teralih kepada siyeon. adik kepada taehyun. tapi aku tak berapa rapat, memandangkan dia jenis pemalu. dan, budak asrama. jadi, jarang jumpa.

" siyeon-ah, mana omma? " wajah omma menunjukkan riak risau membuatkan aku semakin pelik.

" omma ada kat dalam. imo jangan risau lah. omma dah okey sikit lepas je doktor check tadi. "

" sehyun imo sakit ke? " mereka berdua memandang aku. aku boleh nampak siyeon teragak-agak ingin mengangguk.

aku buat salah ke?

" marilah. imo nak jumpa sehyun. " omma menarik tangan siyeon dan masuk ke dalam rumah, meninggalkan aku yang masih tercegat di sini.

" tak nak masuk,ke? " pandangan aku teralih kepada appa yang baru sahaja keluar dari kereta.

" appa masuklah dulu. saya nak ambil angin segar. " dia mengangguk, tanpa menunggu apa-apa, appa melangkah masuk ke dalam rumah.

aku melepaskan nafas dan memandang ke arah bertentangan dengan rumah. tangan diayunkan sambil mata memandang langit gelap.

tiada bintang. nak hujan ke?

pandangan aku beralih kepada garaj kereta. tiada kereta taehyun, bererti dia tiada di rumah.

tangan yang sejuk, aku masukkan ke dalam poket jaket. nafas dihela perlahan.

" ah! " baru aku ingat, aku masih belum informkan kepada beomgyu yang aku tak dapat membuat perjumpaan untuk assignment tu.

telefon dikeluarkan daripada beg silang aku, lalu punat 'on' ditekan.

laju jari mencari nama beomgyu pada contact list dalam aplikasi 'line'.

setelah jumpa, aku tekan ikon chat.

beomgyu

| 23:56 |

: hey
: aku minta maaf untuk beberapa hari ni.
: aku tak dapat buat assignment sama-sama dengan kau.
: tiba-tiba ada emergency
: jadi, aku terpaksa balik ke ilsan.
: omma taehyun sakit.
|seen|

: taehyun ada kat sana?

: takde.
: dia keluar rasanya.
|seen|

: dia ada kat sini

ha? dahi aku berkerut membaca mesej daripada beomgyu.

dia nak cakap yang taehyun ada dengan dia ke? tapi kenapa masih tanya dia ada kat sini ke tak?

: ok.
: jadi?
|seen|

: nak bagitau kau yang dia broken
: itu je.

apakah?

: betul ke?
: jarang nak tengok dia sedih
|seen|

: hmm

: oklah kalau macam tu
: terima kasih sebab inform tentang tu
: selamat malam.
|seen|

aku keluar daripada mesej beomgyu. mesej taehyun yang berada di bawah mesej beomgyu, aku tatap lama.

nak tekan atau tak?

aku menghela nafas perlahan kemudian tangan dijatuhkan ke bawah.

" dia mesti nak bersendirian dengan beomgyu je. " aku tutup telefon dan masukkan tangan serta telefon ke dalam kocek jaket.

sejuk.

•••

•••

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu