04'

68 9 2
                                    

" hyung, tolong pegang ni sekejap. aku nak pergi tandas. " taehyun menghulurkan sebekas popcorn kepada beomgyu. tanpa tunggu apa-apa, dia terus beredar ke tandas.

tinggallah aku dan beomgyu.

aku berjalan ke satu tempat duduk, dan duduk. beomgyu duduk sebelah aku. kami berdua diam.

aku buka bekas popcorn dan ambil satu butir popcorn. mask diselak sedikit lalu popcorn dimasukkan ke dalam mulut. sekeliling mall aku tatap sambil mengunyah popcorn.

beomgyu di sebelah aku pandang sekilas. dia senyum sambil bermain telefon. chat orang.

aku tilik jam pada telefon, jam 16.21. lagi sembilan belas minit, wayang start. lamanya.

aku tak tahu macam mana beomgyu boleh sertai kami sedangkan taehyun sendiri cakap 'tanpa beomgyu hyung', kononnya. tapi dia ambil juga beomgyu.

kami datang sini naik kereta taehyun. dia yang ajak keluar, jadi guna minyak kereta dia je lah.

" jom lah masuk. lagi berapa minit je wayang nak start. " taehyun muncul dan ambil popcorn daripada beomgyu.

kami hanya mengangguk dan berlalu ke dalam panggung wayang bersama-sama.

+×+

waktu berjalan. dah tiga puluh minit kami berada dalam ni. masing-masing kusyuk tengok wayang. aku duduk di antara beomgyu dan taehyun.

ni semua idea taehyun. katanya takut orang kacau aku padahal sebelah beomgyu tu bukannya ada orang. aku mulanya nak duduk di tempat duduk beomgyu.

aku tarik mask ke bawah. bekas popcorn dibuka. sambil tengok wayang, aku makan popcorn.

" dami. " aku pandang beomgyu.

" mwoya? " dia tunjuk popcorn aku.

" sikit. " aku jeling dia.

tadi cakap tak makan popcorn lah apa lah sampai taknak beli untuk diri sendiri.

aku rampas popcorn taehyun dan bagi beomgyu. taehyun terkejut. dia pandang aku tak puas hati.

" beomgyu nak. " taehyun rampas popcorn aku pula.

" bagi lah kau punya. " belum sempat dia nak ambil popcorn dalam bekas tu, aku rampas semula.

" aku tak nak muka korang jadi macam aku. " tanpa diduga, taehyun ketuk kepala aku.

" ahh! asal kau? " aku pandang dia, geram.

" penyakit kau tu bukannya berjangkit pun. " dia ketap gigi dia. aku mengeluh.

aku pandang skrin wayang. entah kenapa aku rasa nak menangis sekarang.

taehyun panggil aku. tapi aku diam. akhirnya dia diam selepas beomgyu sumbat popcorn dalam mulut dia, dan ingatkan yang dorang dalam panggung wayang.

aku makan popcorn aku, dan pandang skrin dengan mata kabur. air mata aku cuba tahan, tak nak lah nampak lemah depan dua orang lelaki ni.

+×+

aku lihat je taehyun dan beomgyu selfie. bukan main seronok lagi si beomgyu tu. senyum bukan lebar. kalau dengan aku, muka beku je lah dia bagi.

nampak sangat tak suka.

" dami. " aku angkat kening aku kepada taehyun. " jom lah selfie sekali. " aku geleng kepala.

taehyun tarik tangan aku dan diletaknya aku di antara diorang berdua (sekali lagi). aku mengeluh dan hanya menurut je.

aku pandang kamera, kosong. kalau aku senyum pun, nampak ke?

taehyun siku lengan aku. aku pandang dia. " senyumlah sikit. " oh, kiranya nampak lah ni kalau aku senyum ke tak?

aku pandang semula skrin telefon. senyuman nipis diukir walaupun tak nampak disebalik mask.

taehyun snap beberapa gambar dengan posisi aku yang sama.

" hyung, tolong tangkap gambar aku dengan dami. " taehyun menghulurkan telefon milik dia kepada beomgyu.

beomgyu hanya ambil dan bersedia untuk tangkap gambar kami. taehyun lingkarkan tangan dia sekitar bahu dan pandang kamera. aku hanya biarkan.

" hana, dul, set. " dengan itu, tiba-tiba flashlight muncul.

" hyung, tutuplah flashlight tu dulu. " beomgyu menggaru kepalanya.

" manalah aku tau flashlight buka. " dia dengan muka seriousnya, buatlah apa yang patut pada telefon taehyun tu.

" okey. hana, dul, set. " selesai snap beberapa gambar dengan posisi taehyun peluk bahu aku, dia ambil tangan aku, dan buat bentuk love.

aku turunkan tangan aku. malu kalau orang pandang. tapi taehyun lagi degil, dia gabungkan semula tangan aku dengan dia sehingga membentuk love besar atas kepala.

aku biarkan. lagi cepat habis, lagi cepat balik.

beomgyu snap lagi beberapa gambar. selesai sesi bergambar dengan taehyun, taehyun terus berlari ke beomgyu.

nak tengok gambar lah tu.

aku berjalan perlahan ke arah mereka. nak tengok juga, cantik ke tak. tak sempat aku nak tengok, taehyun bergerak jauh daripada kami.

" giliran hyung dengan dami, pula. " dia tersengih lebar. " cepat-cepat. " dia bersedia untuk jadi photographer.

" taknak lah aku. " aku pandang beomgyu. tiba-tiba aku rasa sakit hati bila dia tolak nak tangkap gambar dengan aku.

" alahh, sekejap je. cepat. " dia mengeluh dan berdiri sebelah aku. aku pandang kamera.

" takkan post macam tu, hyung, dami? " dia pandang kami berdua, geram. " tak cantiklah. macam stranger. "

memang stranger pun, kan. kami bukannya berkawan pun. rapat pun tak.

sedang aku membebel dalam hati, beomgyu tarik tangan aku supaya dekatkan diri dengan dia. topi dia dicabut dan disarungkan pada kepala aku.

aku pandang dia, terkejut.

" pandanglah kamera. " aku terus pandang taehyun dan biarkan je beomgyu nak buat apa.

aku tak boleh nak fokus sekarang memandangkan jantung aku dah berdegup laju macam nak jatuh.

kenapa dengan aku ni?

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWhere stories live. Discover now