08'

54 9 2
                                    

“ appa. ” aku tersenyum nipis melihat appa yang sedang menyarungkan kasutnya pada kaki. mahu ke sekolah semula lah tu.

“ hmm. kenapa? ” dia berdiri kemudian memandang aku dengan pandangan dingin.

“ erm. macam mana eh nak cakap? ”

“ cepat lah. appa dah lambat ni. ” aku menarik nafas perlahan.

“ dami...nak duit. untuk perubatan kulit dami. ” aku pandang appa dengan harapan yang tinggi.

“ berapa? ” aku berkira-kira dalam otak.

“ tak ingatlah. ” appa menggelengkan kepalanya dan mengusutkan rambut aku.

“ nanti chat appa kalau dah tau. appa pergi dulu. ” segera dia melangkah keluar dari rumah.

aku tersenyum nipis. sedingin-dingin appa, dia masih menjalankan tugas dia sebagai seorang bapa. walaupun dia tak berapa suka dengan wajah aku.

aku berjalan ke ruang tamu. sofa diduduki. televisyen yang tersedia buka, aku tatap lama tanpa tonton apa yang dipertayangkan.

“ dami, appa kata apa? ” aku menoleh ke arah eomma yang baru mengenyakkan punggung di sebelah aku.

“ appa tanya berapa. tu je. dami rasa, dia nak bayarkan. dia siap kusutkan rambut dami lagi. ” aku tersengih. eomma tersenyum lega selepas mendengar apa yang aku katakan.

“ baguslah tu. eomma rasa, dia sebenarnya tak sampai hati nak buat dami macam ni. appa sayang je dami, cuma tu lah... ego. ”

aku hanya mengangguk.

hubungan aku dan appa memang tak berapa baik sejak aku hidap penyakit kulit ni.

dia malu sebab dapat anak hodoh macam aku, sehinggakan dia tak mengaku aku ni anak dia depan kenalan dia.

bila aku dapat tau tentang tu, aku sakit hati. kami bergaduh besar, dan masing-masing ego.

hampir empat tahun berkeadaan macam tu, aku ambil keputusan untuk minta maaf. appa tak kata apa-apa.

tapi daripada apa yang aku lihat sekarang ni, dia pun nak berbaik dengan aku. cuma mungkin dia malu.

aku tahu semua ni terlampau konflik, dan tak logik langsung. tapi inilah kenyataan yang terjadi antara aku dan appa aku sekarang.

“ eomma bersyukur sangat sebab dami tak larikan diri dari rumah dulu. ” aku peluk lengan kiri eomma dan sandarkan kepala pada bahu dia.

“ kalau tak, eomma tak tahu apa jadi antara eomma dan appa sekarang ni. ” tangan eomma aku capai dan bermain-main dengan jarinya.

“ dami tak akan pernah lari dari rumah. kalau dami lari, ke mana dami nak pergi? dami cuma ada eomma dan appa je dalam dunia ni. ”

kalau tadi aku yang lihat drama dalam televisyen, sekarang televisyen pula yang lihat drama aku dan eomma.

“ iya lah, dami. eomma akan terus menerus pujuk appa untuk berbaik dengan dami, okey? ” aku mengangguk laju.

“ tapi jangan lah sampai appa annoyed. okey, eomma? ” eomma cubit pipi aku, kuat sehingga aku terkeluar kan perkataan 'sakit'.

“ eomma tahu lah, sayang. ” aku tergelak kecil. lengan eomma, aku peluk erat.

eomma dan appa lah orang yang paling aku sayang dalam dunia ni.

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWhere stories live. Discover now