05'

61 11 0
                                    

aku mengeluh dan tutup buku. aku paksalah diri aku macam mana pun untuk fokus, tetap tak berjaya. tak habis-habis muka beomgyu yang hiasi minda aku.

aku pandang miss yoo yang sedang menerangkan sesuatu di hadapan kelas. sejak bermulanya kelas, aku memang tak boleh nak fokus.

hasilnya, apa yang miss yoo terangkan kat depan langsung aku tak faham.

sejak dari hari aku keluar dengan taehyun dan beomgyu tu, aku tak habis-habis nak ingat pasal beomgyu. daripada mula-mula aku kenal dia sampailah sekarang.

“ okey class? who didn't understand ? ” aku pandang sekeliling, tiada siapa yang angkat tangan. aku mengeluh.

kenapa dengan aku ni?

+×+

“ dami-ahh. ” aku memandang yuri yang tiba-tiba ada sebelah aku. pintu locker ditutup.

“ nae? ” dia mengeluh dan pandang sekeliling sebelum pandang aku semula.

“ saya minta maaf. ” serta-merta dahi aku berkerut selepas yuri meminta maaf.

“ untuk apa? ” dia gigit bibir bawah dia dan sekali lagi mengeluh.

kenapa dia ni?

“ sebab pergunakan awak. saya minta maaf. saya patut beri sendiri surat tu kepada beomgyu, bukannya suruh awak. maaf, ya? ” aku hanya mengangguk.

aku syak beomgyu dah jumpa dia.

“ takpe. saya okey je. ”

“ saya tahu awak tak okey. sebagai balasan, saya belanja awak dinner malam ni, boleh? ” aku cepat-cepat menggeleng.

“ takpelah. saya okey je. tak perlu belanja. ” yuri pegang tangan aku.

“ boleh lah. saya rasa bersalah sangat ni. ” aku pandang tangan aku yang digenggam oleh yuri. bibir aku kemam.

“ takpe. saya okey. serious. saya pergi dulu. ” aku tarik tangan aku dan beredar dari situ. aku cuba kawal nafas aku yang semakin lama semakin berat.

aku berhenti di kawasan yang takde orang. mask ditarik ke bawah. air mineral aku teguk laju. peluh dingin yang menitik, aku biarkan.

cara yuri genggam tangan aku dan merayu tadi mengingatkan aku waktu sekolah dulu.

aku duduk atas lantai dan bersandar pada dinding. aku menarik nafas perlahan dan menghembus perlahan melalui mulut.

aku tau dia nak buat sesuatu yang tak baik pada aku.

+×+

beomgyu yang duduk di sebelah, aku jeling. aku pandang semula laptop aku.

‘ aku nak tanya dia sesuatu, tapi malu. sejak bila entah aku jadi pemalu dengan dia ni. ’

aku melepaskan nafas berat. aku pandang beomgyu semula.

“ ahh! ” aku ke belakang sikit bila terkejut yang dia pandang aku.

“ kau kenapa? ” dia pandang aku dengan dahi berkerut.

“ takde apa-apa. ” aku terus pandang tempat lain, elak bertentang mata dengan dia lebih lama.

aku rasa aku dah parah.

“ kalau nak tanya apa-apa, tanya je lah. ” aku menggeleng laju.

“ takde apa-apa. ” aku buat-buat sibuk menaip papan kekunci. bila dia pandang tempat lain, aku ketuk kepala aku kuat.

‘ pabo! ’

“ aku nak pergi tandas sekejap. ” aku pandang beomgyu yang bangun daripada duduk.

【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWhere stories live. Discover now