20'

37 6 1
                                    

suasana hening. sejak keluar dari gedung beli belah tadi, aku dan Beomgyu langsung tak bercakap.

sekarang kami sedang berjalan ke rumah aku selepas turun dari bas tadi.

dalam fikiran aku pula tak habis ulang ayat yang sama.

“ kalau aku boleh peluk kau, dah lama aku peluk kau. ”

“ Dami,...boleh saya jadi kawan awak? ”

itulah ayatnya. ayat Beomgyu membuatkan perut aku rasa macam ada rama-rama, dalam masa yang sama, aku rasa teruja.

tapi tak lama bila aku teringat kata-kata Yuri.

aku menghela nafas. tangan aku mengusap tali beg tangan aku. aku rasa gemuruh.

“ apa patut aku buat ? ”

“ Dami, Beomgyu! ” aku memandang hadapan aku.

Taehyun yang baru keluar dari kereta dia yang dia parkirkan di hadapan rumah aku, terus meluru ke arah kami berdua.

tanpa amaran, dia terus tarik aku ke dalam dakapan dia dan ini betul-betul membuatkan aku terkejut.

“ aku risau, tahu tak? ” dia melepaskan pelukan, dan memegang kedua-dua bahu aku.

“ kau okey? ” aku hanya mengangguk seraya menarik tangan Taehyun untuk melepaskan bahu aku.

Taehyun yang baru sedar, melepaskan bahu aku dan menepuk-nepuk belakang seluarnya, malu mungkin.

hyung, macam mana boleh jumpa Dami? ” soal Taehyun kepada Beomgyu.

“ dia telefon aku dan bla bla bla, aku malas nak cerita. ” balas Beomgyu dengan nada malas.

“ haha, okey. ” Taehyun kembali memandang aku. “ kau tak patut berjalan seorang diri. ”

aku memusingkan biji mata aku.

“ aku bukan budak kecil lagi lah, Taehyun. aku boleh jaga diri aku. ”

“ oh yeah? says who was get lost earlier, and couldn't find her way out. ” balas Taehyun dengan nada sinis.

cis, dia ni.

“ tak payah nak perli aku lah. ” aku menjeling dia.

“ erm, aku balik dulu lah. ” aku memandang Beomgyu yang menggosok belakang tengkuknya.

“ eh, hyung balik dengan aku je lah. aku bawa kereta. ” ujar Taehyun.

“ tak susahkan kau ke? ”

Taehyun pandang Beomgyu dengan pandangan menjengkelkan.

hyung, aku tinggal dengan kau kan sekarang ni. ” Beomgyu tergelak kekok.

“ haahlah. aku lupa. jom lah balik. ”

“ sekejap. aku nak bercakap dengan Dami. hyung masuk lah dalam kereta dulu. pintu tak kunci. ”

Beomgyu hanya mengangguk dan menuju ke kereta milik Taehyun. sekarang tinggal kami berdua di sini.

lama kami mendiamkan diri, sebelum Taehyun memecahkan keadaan kekok ni.

“ kau...okey? ” soalnya.

“ hmm. ” aku memandang bawah dan bermain dengan tali beg.

“ haih, aku minta maaf kalau aku buat kau terasa. ” dia berhenti untuk mendengar respon aku, tetapi aku tak membalas apa-apa.

“ aku bukannya tak nak bagitau masalah aku, atau mengadu kepada kau atau apa, tapi... ” dia tak meneruskan ayat dia dan aku tahu apa yang dia fikir.

【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWhere stories live. Discover now