09'

58 10 2
                                    

“ choi beomgyu and chae dami, can you please present your work, right now? ” aku menoleh ke arah beomgyu yang sudah pun berdiri.

aku nervous pula.

“ jom. ” dia bergerak ke hadapan bersama bahan perbentangan kerja kami berdua.

aku bangun dan mengikuti langkah beomgyu. pendrive daripada tangan beomgyu, aku ambil lalu komputer didekati.

pendrive tersebut dicucuk pada komputer. fail yang muncul, aku buka. terpapar lah
hasil kerja kami pada skrin putih di hadapan kelas.

“ good morning, everyone. today, chae dami and I will present our work, ‘ THE LONELINESS OF UNREQUITED LOVE ’. ” aku cepat-cepat tukar slide.

“ first of all, we like to ask who have been in relationship now or before? can you raise your hand up? ”

aku melihat beberapa orang dalam kelas ni mengangkat tangan mereka dan mula berbisik antara satu sama lain.

aku perasan beomgyu ada pandang aku, jadi aku balas pandangan dia. dia mengangkat sebelah keningnya.

‘ dah kenapa dia ni? ’

aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan, jadi aku hanya diam dan menukar slide seterusnya.

beomgyu menampar dahi dia dan menggeleng kecil. kemudian dia meneruskan perbentangan kami.

+×+

“ nah. ” aku mengambil huluran corndog daripada beomgyu. dia duduk sebelah aku sambil mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.

“ masa presentation tadi, kenapa kau pandang aku? ” soal aku, masih memikirkan tentang hal tadi.

“ saja. tak boleh ke? ” aku menjeling dia. jantung aku dah berdebar semacam bila dia jawab macam tu.

“ betul-betul lah. ” dia pandang aku sekejap kemudian melihat semula telefon dia.

“ betullah tu. ” aku menghela nafas perlahan. mask aku tarik ke bawah lalu corndog digigit.

“ macam mana dengan rawatan kulit kau tu? ” aku mengangkat bahu.

“ macam tu lah. tapi ada lah rasa perubahan. memang jadi walaupun baru berapa minggu. ” aku menggigit lagi corndog.

“ baguslah tu. aku tengok parut kau pun makin hilang. ” aku pandang beomgyu. dia sedang pandang aku sambil tersenyum nipis.

aku terpana. ini adalah pertama kali aku tengok dia senyum untuk aku.

aku rasa kan... kau patut cari semula skru yang hilang. aku tak nak lah kau jadi bodoh macam ni.

aku mengalihkan pandangan ke arah tempat lain. corndog digigit perlahan.

mimpi yang tiba-tiba menerjah ke dalam minda aku, membuatkan aku rasa muak nak makan corndog. atau corndog ni memang buat aku rasa muak?

“ kenapa kau setuju dengan taehyun untuk jaga aku? ” soal aku secara tiba.

“ sejak bila pula aku setuju? aku cuma tengok kau je. tak jaga pun. lagipun, kau bukannya budak kecik aku nak jaga. ” balas dia senada.

aku rasa aku betul-betul ada perasaan terhadap beomgyu.

“ terima kasih. ”

“ what for? ” dia pandang aku. dan aku balas pandangan dia.

“ sebab tolong tengokkan aku sejak kita bersekolah sampai sekarang. ” aku tersenyum nipis.

dia pandang aku lama sebelum mengalihkan pandangan dia kepada telefon.

“ kau tahu? kau tak lah secantik yang aku fikir. ” dahi aku serta-merta berkedut mendengar pernyataan mengejut dia.

“ haha. aku tak pernah cakap yang aku cantik. kau je yang fikir macam tu. ” aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

kekok. dan ya, agak sakit di hati.

“ aku buat semua ni sebab taehyun. kalau tak, takdenya aku nak tengokkan kau. nak kenal kau pun aku tak jamin. ”

aku mengetap bibir aku. mata yang sedikit berkaca, aku tahan.

“ taehyun sayang sangat dekat kau. ye lah, korang kan sepupu. macam tu lah aku sayang dia juga. jadi aku minta tolong kalau aku buat baik kat kau ke apa ke, janganlah jatuh hati kat aku. ”

mendengarkan itu, tahulah aku bahawa beomgyu takde langsung perasaan kat aku.

‘ tapi aku dah jatuh hati pun pada kau. ’

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
【on hold】scarce : k.taehyun | c.beomgyuWhere stories live. Discover now