CMD - 15

2.2K 125 4
                                    

SETAPAK demi setapak Zaquan mengundurkan dirinya daripada sekumpulan lelaki bertopeng yang cuba untuk menangkapnya.

"Korang nak apa!" tanya si Zaquan. Lengannya yang terkena tembakan itu pegang.

"Bukan kitaorang yang nak kau tapi bos besar kitaorang" jawab salah seorang dari ahli kumpulan bertopeng itu.

"Aku tak kenal siapa boss korang tu!" badan Zaquan menggigil ketakutan.

"Kalau kau tak kenal dia, macam mana kau boleh pukul dia dari belakang?" tanya lelaki bertopeng itu dengan tenang.

'tak mungkin...' Zaquan terdiam seketika.

Seorang lagi lelaki bertopeng datang dari belakang Zaquan, hidung dan mulutnya ditekup dengan sapu tangan yang sudah diletakkan cecair kloroform. Zaquan meronta-ronta untuk melepaskan diri, tapi tidak berjaya. Dia rebah namun sempat disambut oleh lelaki bertopeng itu.

"Bagus kerja kau Qarl" kata Muaz, dia menepuk bahu Qarl.

"Weh korang cepat ah, Queen dah tunggu kita!" jerit Zariq.

Qarl dan Muaz mengangkat Zaquan lalu tubuh Zaquan dimasukkan ke dalam van mereka.



SETELAH beberapa jam tidak sedarkan diri, Zaquan membuka matanya. Kepalanya terasa sakit akibat terhidu terlalu banyak kloroform. Dia cuba untuk bangun. Malangnya tangan dan kakinya telah diikat pada sebuah kebuah kerusi.

Dia melihat kawasan bilik, sungguh dia gerun kerana banyak peralatan tajam seperti pisau rambo, kapak, pedang dan sebagainya. Ini membuat dirinya sangat takut.
Apa yang membuatkan dirinya terkejut, ialah apabila matanya melihat sebuah gambar mahkota di atas pintu dan ini bermakna dia sudah berada di dalam genggaman Queen.

Pintu dibuka oleh seorang perempuan dengan kasar. Perempuan itu memakai hoodie, mask dan berseluar track hitam. Semuanya hitam. Kemudian masuk lagi dua orang perempuan dan 2 orang lelaki. Mereka semua memakai mask hitam.

"Ko... korang s... sia... siapa?!" Zaquan mula cuak apabila melihat Queen mengambil pisau rambo lalu mengasahnya.

"Shhhhh, ada aku suruh kau bercakap? Tak da kan, baik kau diam... " Queen berjalan mendekati Zaquan bersama pisau rambo yang tajam itu. Fuh sekali kena memang terus tembus ah perut kau.

"Zaq, kau jangan buat pura pura tak kenal aku" Queen menanggalkan mask yang di pakainya.

"Smile Killer Queen, Queen Dahlia. Senyuman kau mampu membuat sesiapa saja cair" ujar Zaquan.

Semua orang terkejut apabila Zaquan memanggil Queen dengan gelaran Smile Killer itu. Gelaran itu sudah lama tidak disebut. Namun ia tidak dilupakan. Sejak kematian Dato' Sri Tengku Nizam Mukhriz, Queen tidak membenarkan sesiapa memanggilnya dengan gelaran itu.

Kerana gelaran itu diberi oleh arwah Dato' Sri Tengku Nizam Mukhriz sendiri. Dia

"Kau jangan sebut panggilan tu Zaq!" tengking Queen. Dia mengepal penumbuk, bila-bila masa saja penumbuk itu boleh mendarat di muka Zaquan.

"Kenapa? Kau sedih sebab bapak kau dah takda? " Zaquan tersenyum sinis.

"Eh! kau cakap elok sikit dengan Queen!" marah Hana dia memberi jelingan kepada Zaquan dan dia ternampak setitis air mata Queen jatuh ke pipi. Hatinya sakit bila melihat kawannya sedih.

"Dari jelingan mata kau, aku dah tahu. Yang kau Hana kan, Eyes Killer Princess. Bentuk mata almond kau tu memang tak salah lagi. Kau memang Hana" ujar Zaquan, matanya merenung tajam mata Hana.

"Kau ni memang menempah maut betul la" sampuk Kayla, dia berpeluk tubuh.

"Kau pula Mikayla, Laser Princess. Suara lembut kau dan bahasa kau yang kurang sopan tu memang kena dengan perwatakan kau" ujar Zaquan lagi. Dia memandang Kayla atas bawah.

CINTA Mellisa Dahlia ✔️Where stories live. Discover now