CMD - 8

2.6K 163 1
                                    

DI KELAS...

"Mel, kau nak buat apa dengan Black lepas ni? Nak serang balik ke?" soal Hana yang duduk di tempat Ammar.

"Kita tunggu dulu, aku taknak buat kerja terburu-buru" jawab Mellisa. Tanganya masih menyalin nota subjek sains yang diberikan oleh Cikgu Fuad. Cikgu ni pun, bagi banyak sangat dah kenapa? Macam tak ada hari esok aje.

"Aku tak faham la, asal tiba-tiba dia nak serang kita pula? Dia bukan musuh kita pun.." sambung Hana lagi.

"Ye memang dia bukan musuh kita, tapi kau kena ingat Hana, yang dia tu musuh Abang Mika..." jawab Kayla bagi pihak Mellisa.

Perbualan mereka bertiga terhenti bila Ammar, Hasif dan Kalish masuk ke kelas. Abang-abang hot kita tu...

"Semua buat kerja sendiri, Cikgu Farah tak masuk tapi akan ada cikgu lain yang ganti!!" Kalish lantang bersuara.

Semua sudah bersorak keriangan, walaupun ada guru lain yang akan ganti. Kemudian ada seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas.

"Assalamualaikum, saya Cikgu Imran yang akan menggantikan Cikgu Farah.." Cikgu Imran memberi salam dan memperkenalkan dirinya dengan senyuman yang memukau. Biasalah, duda anak satu.

"Aku tak sangka cikgu ganti tu dia" kata Kalish sinis, namun masih lagi dapat didengari oleh Cikgu Imran.

"Ye Kalish? Awak ada masalah ke dengan saya?" soal Cikgu Imran. Yang lain sudah memerhati Kalish di sebelah Hasif. Kalish mendiamkan dirinya, tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

Cikgu Imran ni musuh Black Dragon. Tak tahulah kenapa. Sejak dari tingkatan satu lagi mereka ni tak ngam.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, kamu semua boleh buat kerja sendiri" Cikgu Imran berjalan mengambil tempat di meja guru.

"Wey Kalish, asal kau cakap macam tu, nanti yang lain syak bukan-bukan pula" bisik Hasif.

"Aku tak boleh tengok la muka dia, rasa macam nak sepak je" jawab Kalish selamba. Sempat dia bagi satu jelingan maut.

Mellisa tidak mempedulikan mereka yang sedang bercakap, lalu menyambung membuat nota sains. Kalau tak siap, dia juga yang dimarah. Tiba-tiba Cikgu Imran datang mendekati meja Mellisa, dan mengetuk mejanya.

Tok! Tok! Tok!

"Awak ni murid baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni.." tanya Cikgu Imran.

"Erm, ye" balas Mellisa, malas nak melayan..janji jangan miang sudah.

"Nama panjang apa?" 'cantik jugak budak ni, buat bini pun okay jugak' sambung Cikgu Imran dalam hati.

"Mellisa Dahlia.." jawab Mellisa 'dah kenapa nak tahu nama panjang orang pula ni?' Cari masalah betul!

"Ibu ayah nama apa?"

'aduh Cikgu ni nak apa sebenarnya?' bisik hati Mellisa

"Cikgu ni dah kenapa nak tahu nama ibu ayah saya bagai? Dah tak ada kerja ke?" Mellisa pula menyoal Cikgu Imran.

"Saja, kalau saya senang... saya boleh ke rumah keluarga awak.." tangan Cikgu Imran naik mengusap lembut pipi Mellisa. Tangannya automatik bergerak begitu. Aipp! Tangan ni!

"Cikgu!! Apa ni sampai usap pipi orang!!" marah Mellisa berani. Dia menepis kasar tangan Cikgu Imran. Satu kelas berpaling ke arah Mellisa yang memarahi Cikgu Imran. Berani budak ni.

Ammar di sebelah menumbuk mejanya dengan kuat sekali.

Pang!!!

"Kau jangan cuba-cuba nak sentuh dia! Tangan kau tu kotor, jijik! kau tak layak nak sentuh dia!!!" marah Ammar kerana bengang dengan tindakan Cikgu Imran yang begitu.

CINTA Mellisa Dahlia ✔️Where stories live. Discover now