CMD - 11

2.4K 138 3
                                    

DI sebalik sebuah lorong yang gelap gelita lagi sunyi itu, terdapat dua orang lelaki sedang bercakap tentang sesuatu perkara.

"So, kau dah buat apa yang aku minta?" 'Si Dia' menyoal kawannya yang memegang sebatang kayu. Jarinya bermain-main dengan pistol.

"Ye, aku dah pukul dia.." lelaki itu meletakkan kayu di hadapan 'Si Dia', supaya bukti tidak dapat di kesan oleh orang lain.

"Bagus, kau memang boleh dipercayai..ni upah kau" 'Si Dia' menghulurkan sampul surat yang berisi duit sebanyak rm 500 ringgit.

"Wah, aku pergi dulu.." kawannya meminta diri terlebih dahulu. Kini tinggallah 'Si Dia' seorang diri. 'bila dapat duit, terus bla ey mamat ni'

Penumbuk digenggam, 'Si Dia' menumbuk berkali-kali dinding di belakangnya sekuat hati. Cecair merah keluar dari celah jari-jemari. Sikit pun 'Si Dia' tidak berasa sakit. Sakit jarinya tidaklah sesakit hatinya yang terluka.

"Tu baru sikit aku buat. Kau tunggu, aku akan buat hidup kau merana!!"

DATIN Sri Juliana masuk ke dalam bilik anak gadisnya itu. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Kepala Mellisa diusap.

"Mel, ibu tengok kamu macam tak sihat je, nampak pucat muka tu. Ibu risau la, dah dua hari keadaan kamu macam ni..." Datin Sri Juliana menyentuh lengan puterinya itu.

"..Ya Allah, badan kamu ni panas sayang. Jom pergi hospital"

"Mel ok je la ibu, Mel cuma pening sikit" Mellisa mengurut perlahan-lahan kepalanya yang berdenyut .

"Tak, kamu tak sihat. Mika! Ton!" bergema bilik tidur Mellisa dengan suara Datin Sri Juliana. Ibu mana yang tak risau kalau anak dah macam ni.

"Kenapa ibu!? Ada apa!?" Mikail datang bersama Mak Ton.

"Mel ni, dah teruk sangat ibu tengok.. Ton, suruh Hamid siapkan kereta. Kita pergi hospital malam ni juga"

"Baiklah Datin Sri" Mak Ton bergegas keluar dari bilik.

"Ibu.. Mel ok... tak payah la pergi hospital bagai"

Mellisa kuatkan dirinya untuk bangun dari katil. Tiba-tiba pandangannya mula kabur. Kepala terasa sakit sangat. Kakinya mula tak stabil dan... Mellisa jatuh ke lantai.

"Ya Allah Mel!" terkejut Datin Sri Juliana dan Mikail melihat Mellisa yang tiba-tiba jatuh.

"Datin Sri , kereta dah siap!" kata Mak Ton.

Mikail mencempung tubuh lemah Mellisa keluar dari bilik dan dia bawa ke kereta yang disediakan oleh Pak Hamid. Lalu mereka, Datin Sri Juliana, Mikail dan Pak Hamid pergi ke hospital.


HOSPITAL

Seorang doktor perempuan keluar dari wad Mellisa.

"Macam mana dengan Mel, Naisya?" soal Datin Sri Juliana.

Tengku Naisya Putri, nama seindah rupa, anak saudara Datin Sri Juliana. Sama umur dengan Mikail. Satu universiti dengan Mikail juga, cuma bidang sahaja yang lain.

"Mel hanya demam biasa tapi demam dia agak teruk juga mak ngah. Erm... sebelum Naisya lupa. Naisya nak tanya, tadi Mel ada terhantuk pada apa-apa objek yang keras tak? Sebab atas sikit pada pangkal leher dia tu bengkak..." terang Naisya sambil menunjukkan di mana bahagian bengkak.

"Mak ngah tak tahu la pulak Naisya, tapi teruk sangat ke bengkak tu? Bila dia boleh balik? " Datin Sri Juliana amat risau dengan keadaan anaknya sekarang ini. Mikail hanya mendengar sahaja.

"Takda la teruk sangat mak ngah, mungkin tiga atau empat hari lagi macam tu baru boleh balik. Nanti bila Mel dah sedar , mak ngah bagi dia makan ubat ni tau. Naisya pergi dulu Mak Ngah, Mika... ada kerja nak kena buat. Assalamualaikum" Naisya memberikan ubat kepada Datin Sri Juliana.

"Terima kasih Naisya, waalaikumsalam..." jawab mereka serentak

"Sama-sama" Naisya pergi meninggalkan mereka.

"Jom lah masuk tengok Mel"  Datin Sri Juliana menarik tangan Mikail.

Pintu dibuka, luluh hati mereka melihat satu satunya puteri dalam keluarga terlantar di atas katil hospital. Walaupun hanya demam biasa sahaja. Mereka berdua duduk di atas kerusi menunggu sementara Mellisa tidak sedarkan diri.

"Kalau ibu nak balik, ibu balik la dulu. Mika boleh jaga Mel.." Mikail memegang bahu Datin Sri Juliana.

"Tak apa lah Mika, ibu boleh jaga Mel" Datin Sri Juliana melihat sayu puterinya itu.

Mata perlahan-lahan di buka, melihat keadaan bilik tidak sama seperti biliknya.

"Erm, aku kat mana?" suara itu menyapa telinga Datin Sri Juliana dan Abang Mika. Klise betul soalannya.

"Mel dah sedar ibu" ujar Mikail. Mereka bangun daripada kerusi.

"Abang, ibu. Kita kat mana ni?" soalnya.

"Mel kat hospital sayang. Mel nak apa-apa tak?" Datin Sri Juliana membantu Mellisa bangun.

"Hospital... Mel nak air" dia menggosok tekaknya yang terasa haus itu.

"Ni, makan ubat sekali" Datin Sri Juliana menghulurkan sebiji kapsul ubat dan segelas air kepada Mellisa. Mellisa mengambil ubat dan air... dan menelan perlahan-lahan.

"Abang nak tanya Mel, ada apa apa yang berlaku ke kat sekolah tadi? Yang ibu tak tahu" Mikail berpeluk tubuh. Sengaja ditekan lerkataan 'yang' itu.

'kalau ye pun nak tanya, tunggu la ubat ni sampai kat perut dulu. Dia tak tahu ke yang ubat ni pahit!'

"Maksud abang?" Mellisa pura- pura tidak tahu, kalau dia cerita perkara yang terjadi tadi di blok lama sekolah dah sah-sah la dia akan di marahi oleh Datin Sri Juliana.

"Atas sikit pada pangkal leher tu bengkak. ada apa-apa yang jadi ke kat sekolah tadi?"

"Erm, Mel terhantuk masa nak ambil buku jatuh bawah meja kat sekolah pagi tadi. Tu la yang bengkak sikit..." Mellisa menayang giginya yang putih itu.

'bagus, menipu lagi'

"Ouh ye ke, buat abang risau je lah"

"Bila Mel boleh keluar ibu? Bosan la kalau duduk lama-lama kat wad ni"

"Tiga atau empat hari lagi boleh la keluar, Mel rehat dulu.."

'hmm, lamanya'

"Ye lahh" Mellisa memuncungkan bibirnya.

"Tak payah buat mulut macam tu la, abang tarik nantikan.." ujar Mikail, pecah ketawa Datin Sri Juliana di buatnya...

........................................................................

CINTA Mellisa Dahlia ✔️Where stories live. Discover now